Pages

Thursday, 26 December 2019

Life update acah busy

Assalamualaikum. 

Dah berapa lama entah tak jenguk blog ni. Konon nak jawap email and komen hangpa semua tapi sampai ke sudah tak jawap-jawap. Kalau jawap pun, slow. 

Sorry naa.

Nak bagitau, aku baru kawin bulan 10 haritu :) Sabtu ni kenduri belah laki aku.

Saja teringat nak update blog sebab masa pi jumpa person-in-charge utk majlis kali ni, dia suruh isi borang atur cara majlis dan salah satu soalan dia ialah 'detik perkenalan'.

Bila orang tanya, kami biasanya bagitau yg kami kenai melalui kawan. Tapi kalau nak cerita panjang, start nya adalah melalui blog ni. Hahaha. So buat la blog, mana tau kot-kot bertemu jodoh kat blog. Baru la berilmiah sikit dan tak segan nak bagitau hang kenai ikut internet wkwkwkw.

Email-email yg hangpa hantaq tu, kadang-kadang laki aku yg jawap kan sbb dia lebih mengetahui kalau bab-bab degree and pekerjaan.

Sebelum ni blog aku adalah mengenai tips ACCA, pastu tetiba rasa mcm nak buat tips pasal preparation kawin dan cara jimat. Pastu tetiba rasa malas hahaha.

Ok la nak bagitau tu je.

Ohye, aku tak habis lagi ACCA. Masih F papers. Aku failed F8 (audit) 2 kali dan F6 (tax) sekali. Audit failed sbb paper tu bosan, aku tak suka paper tu dan kurang pemahaman tentang cara nak jawap. Tax tu aku failed sbb aku tak sempat study, busy kerja. 

Sebelum ni ayah yg hantaq pi exam centre. Sekarang laki aku pulak hantaq. Thank you ayah sebab hantaq kakak pi exam lepastu belanja mi sotong :')

Sorry takda new updates tentang ACCA sebab dah lama tak ambik tau tentang scholarship/study/news ACCA. And thank you for still reading my blog :)

P/s : Bunga teloq dgn baju nikah aku buat sendiri okay. Bilik pengantin pun sendiri. Pelamin je upah orang. Saja nak bangga :p

Saturday, 6 July 2019

ACCA Exam Paper : F3, F4 & F5

Hi all,

Sorry dah lama tak update and aku rasa entry ni memang dah basi sebab aku amik paper ni 2-3 tahun lepas kot rasanya.

So aku akan try untuk recall balik apa yang aku buat masa aku prepared for this exam.

F3 (Financial Management)

Mode of study : Self-study

Study materials : Lecture videos from Opentuition.com and revision kit Kaplan and BPP.

Duration : 2-3 months

Exam base : Computer-based-exam (CBE)

Total damage : RM 560
- Tuition fee : RM 0
- Exam fee : RM 560 at Sentral College

Tips for exam : Buat latihan banyak-banyak


F4 (Law)

Mode of study : Self-study

Variant : Global

Reason for choosing global variant instead of Malaysian variant :
- MYS variant kena amik paper-based-exam (PBE), while global pulak guna CBE. Aku prefer CBE sebab boleh dapat result instantly.
- MYS kena pi kelas sebab study material takda kat opentuition. Opentuition.com tu cuma ada utk global and UK

Study materials : Lecture videos from Opentuition.com and revision kit Kaplan

Duration : 2-3 months

Exam base : CBE

Time aku amik exam ni, aku dah pernah kerja sebagai assistant kepada company secretary. FYI, topik dalam F4 global ni consist of 3 parts; international trading, company secretary dgn apa entah satu lagi tak ingat. So experience aku masa kerja dulu sangat membantu aku time aku study paper F4 ni especially part company secretary tu.

Total damage : RM 600 -700 
- Tuition fee : RM 0
- Exam fee : RM  600 -700 kot tak ingat dah exact amount berapa, at Sentral College


F5 (Performance Management)

Mode of study : Self-study

Study materials : Lecture videos from Opentuition.com, past year questions and revision kit Kaplan and BPP (tapi revision kit ni aku tak sentuh sangat pun, ada la kot sentuh dalam beberapa soalan, aku fokus lebih kat past year questions je)

Duration : 2-3 months

Exam base : PBE

Total damage : RM 500 - 600
- Tuition fee : RM 0
- Exam fee : RM 500 - 600 kot tak ingat dah exact amount berapa, at Sentral College

Tips for exam : Buat past year banyak-banyak. Aku suka tengok lecture video kat opentuition tu sebab lagi senang faham berbanding baca buku, lagipun John Moffat (lecturer dlm video tu) ajar bagi kita senang faham instead of menghafal.



* * * * * * * *
Okay that's all for the moment. Untuk papers yang lain aku akan update nanti in shaa Allah. Thank you for reading and I wish you all the very best :)

Saturday, 6 April 2019

Bukan comeback.

Salam. Hi all.

Sorry for the terribly late reply for those that sent me emails and comments.

Kalau ada soalan, prefer email terus kat cardiganmerah@gmail.com

Soalan kalau boleh pendek, pendekkan la, senang nak baca and jawap haha.

Updates on my ACCA :

1) belum habis ACCA

2) sedang bekerja di tengah kota raya

3) tengah sakit gigi sbb gigi bongsu nak tumbuh T_T

Kalau ada sesiapa yg nak tanya tentang degree akaun, boleh tanya, nanti my partner akan tolong jawapkan kalau dia boleh jawab. Aku taktau sangat pasal degree akaun. Kalau acca tu boleh la sikit2 :) tapi kalau pasal latest info utk enrol mana2 kolej/uni, sorry takleh nak share sbb dah lama sangat tak update.

Anyhow, all the best to all of us and may Allah ease everything :)

Cheers,
Aisha

Sunday, 14 October 2018

Please help

Baru setahun setengah je kan tak update, hehe.

Hello everybody. Pa habaq ACCA hangpa? Semoga sihat hendaknya.

This time takda entry pasal ACCA sebab malas nak menaip panjang dan taktau nak cakap tentang apa. 

Just nak tanya, ada tak sesiapa yang tahu kelas ACCA utk F6 (tax) kat area Penang/Kedah bagi hari sabtu/ahad?

Kalau ada sesiapa yg tau, tolong share please :’)

1) Sentral College, Penang cuma ada weekdays malam (takmau ambik situ sebab siang hari aku kerja). Dulu masa aku ambik kelas F9 kat situ time 2 tahun lepas (kot), tuition fee RM 800, sekarang not sure.

2) TAR University College, Penang takda F6. Advanced Taxation (P6) ada la, Monday or Tuesday, 6.30 – 9.30 pm (Tuition fee RM1,040). Asked this in June 2018

3) SC College, Alor Setar takda F6. P6 ada la, and Friday 9.00 am – 4.00 pm. (tuition RM 1,530 + Resource Fee RM 230 = RM1,760). Asked this in June 2018


Kalau ada sesiapa yang tau kelas ACCA utk F6, or any taxation class, please let me know. I'm planning on taking taxation class next year in early 2019 :)

* * * * * * * * *

So.. Updates on my F papers :

- Left with F6 (tax) and F8(audit)
- Failed F8 twice, planning on re taking F8 but God knows when haha
- Took F4 (law) Global Law because I can't find F4 class for Malaysian variant
- Used opentuition notes (and videos), and past year papers. Revision kits ada la kot dlm 10% aku guna haha, buku teks memang tak guna langsung. If aku tak faham, aku google or youtube sampai faham. Kadang aku tanya kat AskTutor kat opentuition tu. Except for F9, attended the F9 class at Sentral College.

Ok tu je update kali ni, semoga blog ni membantu korang sikit-sikit walau tak banyak huhu.

Anyhow, thank you for reading my entries, and thank you for still sending me emails :)

All the best!

Wednesday, 22 March 2017

Nak Buku Aku Tak? FREE

Salam dan hi.

Aku ada buku ACCA nak bagi, tapi bukan buku teks BPP or Kaplan la. Mana la tau kot-kot ada yg self-study ke and nak guna extra notes ke apa ke kan. Semuanya FREE, tapi postage kau bayar la hehe.

1) FAB (F1)
- Textbook from Sunway. Baguih untuk orang yg malas membaca buku yg complicated sbb ayat dia senang faham (contoh buku yg complicated bagi aku adalah BPP haha)




2) FFA (F3)
- Textbook from Sunway





3) F9
- Textbook from Becker (exam sampai June 2017)


Kalau ada yg nak, boleh email aku. Thank you! :) Reason nak jual : Dah pass dan nak clearkan rak hehe.

Updates : Semua buku di atas dah tak available

Saturday, 31 December 2016

Steps To Do Self-Study for ACCA Newbies




Banyak email yg aku terima and tanya pasal macam mana nak buat self-study ACCA, macam mana nak register, macam mana nak ambik exam, jadual belajar, kiranya macam step-by-step apa benda nak kena buat.

Aku pun dah tak ingat sama ada pernah share ke tak pasal cara nak register, cara nak ambik exam, cara bayar etc kat dalam previous entry, rasa macam ada tapi maybe sebab terlampau panjang dan sikit kat situ, sikit kat sini, so aku decide untuk buat satu entry khas untuk 'Self-study for ACCA Newbies' ni.

Aku bagi langkah-langkah 1 2 3 4 jelah terus, senang untuk semua orang baca, ok?

1) Decide sama ada nak ambik CAT/ACCA or Diploma/Degree/Matrik/Asasi/STPM etc.

Kalau tanya aku prefer yg mana, of course aku jawap aku prefer buat ACCA terus sebab itu adalah apa yg aku buat sekarang ni. Tiap-tiap orang berbeza (bergantung kepada kemampuan diri, kewangan, time constraint, notes and resources, environment, study style, language), so tak semua benda adalah sesuai utk semua orang. Awak sendiri fikir pros and cons, and decide sendiri ya? :)

Untuk orang yg nak ambik ACCA tapi dah ada diploma/degree/matrik/foundation/STPM, check dengan ACCA terlebih dahulu sama ada layak tak untuk gunakan korang punya diploma/degree/matrik/foundation/STPM tu sebagai entry requirement, dan layak tak untuk dapatkan paper exemption, so tak perlu buat CAT or Diploma Akaun.

Cara check ialah dengan tengok kat bahagian entry requirement, refer SINI atau kau boleh scan transcript kau dan email kepada ACCA terus.

2) Decide untuk self-study or masuk kolej?

Kalau nak self-study, boleh proceed untuk baca. Kalau nak masuk kolej, tak payah baca (bukan aku acah-acah halau readers tau tapi step ni nanti akan diterangkan oleh kolej hangpa nanti kalau hangpa decide nak masuk kolej, tapi nak baca pun takpa, digalakkan)

3) Register di website ACCA

Boleh register nama korang di website ACCA di sini. Pepandai la kau baca situ step-by-step online registration dia, simple je, macam mana nak register facebook, hah cemtu la register ACCA ni, cuma kena ada supporting documents macam
- scanned passport picture
- scanned IC (passport pun boleh)
- scanned SPM (if you want to register for CAT and want to get exemption for FA1 memang kena upload la, kalau taknak exemption or tak dapat exemption, takyah upload SPM pun takpa)
- scanned academic transcript of your diploma/degree (if you are applying for ACCA)

4) Bayar registration fees

Perlu dibayar semasa kau buat online ACCA registration. Then dia akan kasi email and kau kena bayar fees sebanyak £79 secara online di MyACCA (kiranya macam kau punya student portal la benda ni). Guna debit card boleh, credit card pun boleh.

PENTING!
- Kalau kau register sebagai student ACCA latest by 9 May 2017, kau kena bayar registration fees + annual fees (aku akan explain pasal annual fees kat bawah ni di langkah yg ke 7), iaitu £79 + £95 = £174 
- Kalau kau register selepas 9 May 2017, kau cuma perlu bayar registration fees sahaja, iaitu £79.

5) Belajar sendiri / Self-study

Ok. Sekarang ni kau kena tahu 
- berapa paper kau kena ambik untuk CAT/ACCA kau, 
- paper apa nak kena ambik, 
- dan bila exam supaya senang untuk kau plan study kau

Untuk yg tak reti nak plan untuk ambik paper apa, just tengok kat mana-mana website kolej and usha depa punya timetable/bilangan paper per semester/berapa lama perlu di ambil untuk satu paper.

Senang cerita cemni...

Untuk CAT
- aku suggest 1 tahun untuk completekan, paling lama pun 1 tahun setengah, ikut la mana-mana yg kau suka, nama pun self-study kan, so flexible la hehe

Untuk ACCA
-  for full-time students, at least 2 papers for 6 months (ikut suka nak buat 2 papers for 6 months or 1 paper for 3 months sebab exam session ada 4 kali setahun). Kalau nak buat lebih pun takpe, maximum 4 papers per exam session
- part-time students pulak, at least  1 paper for 6 months

Estimated Duration
- Lepasan Diploma akaun, normally ambik ACCA dalam 2-3 tahun as a full-time student
- Lepasan Degree akaun, normally 1-1.5 tahun as a full-time student
- Lepasan Matrik/STPM/Foundation/, normally 2.5-3.5 tahun as a full-time student

Buku teks
- Ada 3 publishers yang ACCA kasi Platinum status; BPP, Kaplan and Becker (publisher lain pun ada jugak macam GTG, Emile Woolf etc tapi bukan platinum lah)
- Nak senang faham, guna Kaplan. Nak buku yang banyak details, beli BPP. Becker pulak tulisan dia besaq, senang nak baca hahaha
- Tak wajib ada pun takpe sebab boleh refer nota di Opentuition.com je

Revision kits
- Revision kits ni kiranya macam buku latihan la, pun sama ada 3 publishers yg famous; BPP, Kaplan and Becker.
- Untuk student CAT, wajib ada sebab ianya sangat membantu dalam menjawab exam (tapi tak la sampai menyalahi undang-undang kalau tak beli, satgi hang nangih pulak kalau tak beli gara-gara aku kata wajib -_-)
- Untuk student ACCA, tak wajib sangat sebab kau ada Past Year Questions from ACCA website untuk kau guna sebagai latihan. Tapi kalau beli, baguih la sebab ada MCQs dalam revision kits tu, FYI dalam Past Year Questions tu ACCA tak boh banyak sangat soalan MCQ so mana lagi nak korek contoh soalan MCQs kalau bukan kat revision kits
- Aku tak beli pon haha



Study/lecture/video resources
- bukak je opentuition.com, complete in shaa Allah, TAPI lecture videos yg dia upload adalah hanya untuk ACCA sahaja, untuk CAT tak ada. So pandai-pandai la kau cari topik CAT di dalam lecture video ACCA (sebab topik dalam CAT ni ada overlap dengan certain syllabus dalam ACCA)
- boleh jugak try acowtancy.com untuk buat latihan. Aku jarang guna tapi orang cakap best jugak website tu

Pembelian buku
- Kalau nak buku baru, boleh cari di kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular. Kedai lain aku tak pasti, and mahal la sikit, beratus
- Kalau nak yg secondhand, boleh usha kat Mudah.my and Apps Carousell. Ada je aku beli dari situ.

Tips : 
- Untuk buku CAT, boleh usha masa students baru habis exam, contoh macam bulan June/July, December/January.
- Untuk buku ACCA, boleh usha masa students baru dapat results. Results normally keluar 16-18hb of January, April, July, October. 

Why? Of course la orang akan jual buku lepas depa passed their exam hehe.

Past Year Questions
- Only available for ACCA, not CAT
- Free download di website ACCA

Technical Articles
- Sangat membantu untuk kau memahami topik-topik dalam syllabus ACCA
- Aku biasanya guna untuk pahamkan part-part yg aku memang tak faham, and untuk jawap soalan yg berbentuk essay.

Tempat tanya soalan kalau blur
- Boleh tanya kat AskTutor di opentuition.com, kat situ lecturer yg record video lectures for opentuition yg akan jawap persoalan kau, dan biasanya depa akan reply dalam masa 24 hours.
- Aku selalu tanya kat OpenTuition.com



6) Register exam

Exam terbahagi kepada 2;
- Computer-based-exam (CBE)
- Paper-based-exam (PBE)

CBE
- Untuk CAT, hanya available untuk FA1, FA2, MA1, MA2, FAB, FMA, FFA sahaja
- Untuk ACCA, hanya available untuk F1, F2, F3 dan F4 for Global and English Variant.
- CBE centre boleh dicari melalui apps ACCA (kau download je kat fon), or kau boleh refer sini
- Lepas pilih CBE centre yang paling kau berkenan, kau contact dorang (tepon boleh, email boleh, pi kaunter pun boleh) and tanya macam mana nak ambik CBE kat tempat dia, berapa harga exam untuk paper yg kau nak ambik dan bila boleh ambik exam. Jangan lupa mention yg kau ni self-study sebab ada yg kasi harga berbeza untuk student kolej dia and orang luar.
- Ada yg suruh bayar cash kat kaunter and isi borang di kaunter dia, and ada jugak yang suruh email je and buat online banking. Depends pada kolej tersebut.
- Then kau set lah tarikh mana kau nak, or dorang akan tolong set-kan tarikh bagi pihak kau berdasarkan bulan bila kau nak ambik exam (depend la pada kolej tu)
- Ingat, exam fee untuk CBE ni bayar kepada CBE centre (a.k.a kolej), bukan bayar online kat myACCA.

PBE
- Untuk CAT, ianya available untuk FTX, FFM dan FAU, dan jugak siapa-siapa yg takmau buat CBE untuk FA1, FA2, MA1, MA2, FAB, FMA, FFA.
- Untuk ACCA, ianya available untuk F4 (selain global and English Variant), F5-9 dan P1-7.
Untuk F1-3, dan F4 (Global and English Variant) pun ada jugak PBE untuk siapa-siapa yg takmau buat CBE.
- Register exam di myACCA dan bayar online di situ jugak. Pilih exam hall pun kat situ jugak. Tapi ada kemungkinan yg tempat kau pilih tu dah penuh so ACCA akan kasi hall yg lain yg berdekatan. ACCA akan inform pasal ni masa kau download exam docket (kiranya macam pass masuk exam la lebih kurang) 3 weeks before the exam date.
- Bayar exam fees guna debit card or credit card

7) Annual Fee

Annual fee adalah subscription fee yg wajib dibayar kepada ACCA annually sebelum 1 January setiap tahun. Boleh bayar kat myACCA menggunakan debit card or credit card.

Annual fee utk 2017 perlu dibayar sebelum masuk tahun baru 2017, iaitu latest by 1 January 2017. Kiranya macam kau kena bayar dulu annual fee then only kau boleh menikmati tahun tersebut.

Kalau kau register sebagai student ACCA latest by 9 May 2017, kau kena bayar registration fees + annual fees iaitu £79 + £95 = £174.

Kalau kau register selepas 9 May 2017, kau cuma perlu bayar registration fees sahaja, iaitu £79. Annual fee untuk tahun 2017 kau takyah bayar lagi sebab hang masuk pun nak dekat tengah tahun dah, nearly setengah tahun dah pun, so ACCA macam kesian kat kita la kot, kot laaaa, haha. So tahun 2018 baru hang bayar annual fee buat julung kalinya.

Annual fee perlu dibayar latest by 1 January dan ianya tidak dikira mengikut 'setahun dari tarikh kita register', kerana ianya dikira dari 1 Jan - 31 Dec terus.

* * * * * * * * * * * *

Aku rasa tu adalah sedikit sebanyak main guideline yg aku rasa paling asas korang kena tau as a self-study student. Boleh refer website ACCA kalau nak tau lebih lanjut dan mendalam.

Siapa-siapa ada pertanyaan, boleh email and tanya or share kat cardiganmerah@gmail.com :) 
Tapi kalau soalan redundant yg selalu aku mention dlm blog, haa yg tu takyah la tanya na -,- haha

All the best, and happy new year!




Friday, 4 November 2016

Diploma in Accounting and Business, and Ethics Module

Sebulan lepas (eh ke sebulan lebih?), aku borak-borak dgn member aku, dia cerita yg dia pernah interview kerja guna diploma akaun sebagai audit trainee ke apa entah, gaji RM900 sebab fresh grad tanpa experience.

Aku hairan gak la sejak bila dia ada diploma in accounting, sebab kalau tak silap aku, dia dulu Foundation in Science dan ambik F1-3, macam aku. So aku tanya la...

"You diploma apa? Kalau you ambik diploma in accounting, awat you tak dapat exemption? Bukan boleh dapat exemption meh?" 

Aik awat tetiba ada slang melayu-cina bila cakap dgn dia -_-

"Kan ACCA bagi diploma kalau kamu complete kan F1-3 sama Professional Ethics Module. Haa diploma yg itu la."

Boleh tengok kat website ACCA

So aku pun bukak la Professional Ethics Module yang macam member aku cakap tu and completekan demi mendapatkan Diploma in Accounting and Business seperti yang dijanjikan. Dalam beberapa jam jugak la aku buat benda alah tu.

Then lepas dah complete tu, aku pun tunggu la Diploma Certificate yg ACCA kata nak bagi tu. ACCA kata, masa September results keluar nanti baru aku boleh download kat MyACCA aku. So ok la fine la aku tunggu...

...tapi tak ada pun, results dah keluar berapa hari dah pun still takde dalam MyACCA -_-

Membebel jugak aku sorang-sorang kat depan laptop ni time tu.

Rupa-rupanya aku sendiri yang silap.

Sepatutnya aku kena complete-kan Foundation in Professionalism Module, bukan Ethics Module, kalau nak dapatkan Diploma in Accounting and Business daripada ACCA. Selama ni aku assume both modules tu adalah benda yang sama cuma nama je berbeza sebab aku ingat 'Foundations' tu untuk budak-budak CAT (aka FIA), sebab nama dia 'foundations', duhh, manakala Ethics module pulak untuk budak ACCA (agipun, selama ni aku tak boleh buka FIP tu, sebab tu aku tak buat).

Ceh, berbeza rupanya.



Pffft.

Kemain laaa aku komplen kat ACCA awat aku tak dapat-dapat pun Diploma seperti yang dijanjikan dalam website ACCA tu -_- No wonder lah tak dapat, aku pi complete-kan module yang lain. Haih. Nak tau dak, ACCA ingat aku maksudkan Professional Ethics Certificate, so dia pi email personally kat aku untuk bagi sijil ethics tu -_- (aku nak buat apa dengan sijil etika professional tu, bukannya boleh guna utk apply kerja tsk tsk)

Kesian jugak la kat ACCA admin team dok dapat email reply daripada aku yg bertubi-tubi, padahal aku yang silap haha.

So now aku dah completekan Foundations in Professionalism module tu and dah dapat dah pun Diploma in Accounting and Business Certificate daripada ACCA hehe. Thank you admin team sebab sabaq dengan saya :P

So, apa beza Professional Ethics Module ni and Foundations in Professionalism (FIP)?

Professional Ethics module
- wajib di-complete oleh semua student ACCA sebelum jadi ACCA member
- tak ada markah
- Kalau kau nak ambik OBU degree, kau kena complete-kan module ni awal sikit, iaitu before submit Research and Analysis Project kepada OBU (Oxford Brooke University)

FIP 
- tak wajib (optional)
- unless, kau nak dapatkan Sijil Diploma daripada ACCA, then kena la buat. Tapi, kalau taknak pun takpe.
- ada markah, 50% passing mark.

Both tak ada time limit dan boleh buat banyak kali.

FIP aku buat banyak kali jugak la, 4 attempts kahkah. Nasib baik bukan macam exam paper ACCA yg kena bayar utk tiap-tiap kali repeat, kalau tak, jenuh terbang duit aku.

40% > 43% > 47% > 82% (Ugh, finally!)

Nak tau kenapa dari 40% boleh lompat terus kepada 80%? Haa sebab sebelum-sebelum tu aku buat dalam keadaan lapaq, tapi bila attempt yang ke-4 tu aku buat sambil makan roti canai, so kenyang la and otak boleh fokus wkwkwkw

Nanti lepas September 2018, Professional Ethics Module akan ada perubahan. So buat jela awal-awal, bukannya susah pun ethics module tu, just baca je and jawap quiz sikit-sikit (ada berapa part entah aku tak ingat). Harini buat satu part, bulan depan satu part, tahun depan satu part, pun boleh takde masalah :)

Ohye, Diploma tu boleh download je kat MyACCA,

 Pi kat Exam status and results > Print a certificate

Lepas tu akan keluar macam ni. So boleh la download sendiri. Kalau nak ACCA post kan ke rumah pun boleh, tapi kena bayar la, berapa pound entah tak ingat dah aku haha



*All the best untuk yang nak ambik December exam, still ada lagi sebulan :) Aku ambik F9 in shaa Allah, kat SEAMEO RECSAM, Penang. F5 dah passed September lepas :')