Pages

Friday 4 November 2016

Diploma in Accounting and Business, and Ethics Module

Sebulan lepas (eh ke sebulan lebih?), aku borak-borak dgn member aku, dia cerita yg dia pernah interview kerja guna diploma akaun sebagai audit trainee ke apa entah, gaji RM900 sebab fresh grad tanpa experience.

Aku hairan gak la sejak bila dia ada diploma in accounting, sebab kalau tak silap aku, dia dulu Foundation in Science dan ambik F1-3, macam aku. So aku tanya la...

"You diploma apa? Kalau you ambik diploma in accounting, awat you tak dapat exemption? Bukan boleh dapat exemption meh?" 

Aik awat tetiba ada slang melayu-cina bila cakap dgn dia -_-

"Kan ACCA bagi diploma kalau kamu complete kan F1-3 sama Professional Ethics Module. Haa diploma yg itu la."

Boleh tengok kat website ACCA

So aku pun bukak la Professional Ethics Module yang macam member aku cakap tu and completekan demi mendapatkan Diploma in Accounting and Business seperti yang dijanjikan. Dalam beberapa jam jugak la aku buat benda alah tu.

Then lepas dah complete tu, aku pun tunggu la Diploma Certificate yg ACCA kata nak bagi tu. ACCA kata, masa September results keluar nanti baru aku boleh download kat MyACCA aku. So ok la fine la aku tunggu...

...tapi tak ada pun, results dah keluar berapa hari dah pun still takde dalam MyACCA -_-

Membebel jugak aku sorang-sorang kat depan laptop ni time tu.

Rupa-rupanya aku sendiri yang silap.

Sepatutnya aku kena complete-kan Foundation in Professionalism Module, bukan Ethics Module, kalau nak dapatkan Diploma in Accounting and Business daripada ACCA. Selama ni aku assume both modules tu adalah benda yang sama cuma nama je berbeza sebab aku ingat 'Foundations' tu untuk budak-budak CAT (aka FIA), sebab nama dia 'foundations', duhh, manakala Ethics module pulak untuk budak ACCA (agipun, selama ni aku tak boleh buka FIP tu, sebab tu aku tak buat).

Ceh, berbeza rupanya.



Pffft.

Kemain laaa aku komplen kat ACCA awat aku tak dapat-dapat pun Diploma seperti yang dijanjikan dalam website ACCA tu -_- No wonder lah tak dapat, aku pi complete-kan module yang lain. Haih. Nak tau dak, ACCA ingat aku maksudkan Professional Ethics Certificate, so dia pi email personally kat aku untuk bagi sijil ethics tu -_- (aku nak buat apa dengan sijil etika professional tu, bukannya boleh guna utk apply kerja tsk tsk)

Kesian jugak la kat ACCA admin team dok dapat email reply daripada aku yg bertubi-tubi, padahal aku yang silap haha.

So now aku dah completekan Foundations in Professionalism module tu and dah dapat dah pun Diploma in Accounting and Business Certificate daripada ACCA hehe. Thank you admin team sebab sabaq dengan saya :P

So, apa beza Professional Ethics Module ni and Foundations in Professionalism (FIP)?

Professional Ethics module
- wajib di-complete oleh semua student ACCA sebelum jadi ACCA member
- tak ada markah
- Kalau kau nak ambik OBU degree, kau kena complete-kan module ni awal sikit, iaitu before submit Research and Analysis Project kepada OBU (Oxford Brooke University)

FIP 
- tak wajib (optional)
- unless, kau nak dapatkan Sijil Diploma daripada ACCA, then kena la buat. Tapi, kalau taknak pun takpe.
- ada markah, 50% passing mark.

Both tak ada time limit dan boleh buat banyak kali.

FIP aku buat banyak kali jugak la, 4 attempts kahkah. Nasib baik bukan macam exam paper ACCA yg kena bayar utk tiap-tiap kali repeat, kalau tak, jenuh terbang duit aku.

40% > 43% > 47% > 82% (Ugh, finally!)

Nak tau kenapa dari 40% boleh lompat terus kepada 80%? Haa sebab sebelum-sebelum tu aku buat dalam keadaan lapaq, tapi bila attempt yang ke-4 tu aku buat sambil makan roti canai, so kenyang la and otak boleh fokus wkwkwkw

Nanti lepas September 2018, Professional Ethics Module akan ada perubahan. So buat jela awal-awal, bukannya susah pun ethics module tu, just baca je and jawap quiz sikit-sikit (ada berapa part entah aku tak ingat). Harini buat satu part, bulan depan satu part, tahun depan satu part, pun boleh takde masalah :)

Ohye, Diploma tu boleh download je kat MyACCA,

 Pi kat Exam status and results > Print a certificate

Lepas tu akan keluar macam ni. So boleh la download sendiri. Kalau nak ACCA post kan ke rumah pun boleh, tapi kena bayar la, berapa pound entah tak ingat dah aku haha



*All the best untuk yang nak ambik December exam, still ada lagi sebulan :) Aku ambik F9 in shaa Allah, kat SEAMEO RECSAM, Penang. F5 dah passed September lepas :')