Pages

Saturday, 14 May 2016

FAQ : CAT ACCA KPTM

Logo lama KPTM KL, malas nak cari logo baru, maafkan saya wahai KUPTM KL

Aku ada terima banyak email drpd adik-adik (wuiyoh guna perkataan 'adik-adik') pasal CAT-ACCA di KPTM KL (now dah jadi KUPTM).

Dan memandangkan mostly tanya benda yg sama, dan aku pulak jenis suka explain dengan penuh detail sampai org tu taktau nak tanya apa lagi dah, so penat la jugak aku nak taip banyak kali, dan agak susah utk aku copy + paste jawapan sebab aku reply guna talipon sahaje.

So aku harap lepasni adik-adik yg dirahmati Allah sekalian boleh baca entry ni dulu sebelum email ye. Dan jugak boleh baca FAQ yg ni.

1) Ok tak CAT kat KPTM ni?

Soalan ni mendapat rating tertinggi daripada para penonton.

ACCA akan bagi 'bintang' dekat learning providers yg dia approve. Paling tinggi adalah platinum, kedua adalah gold. Platinum ni cuma ada pada INTEC, Sunway TES, Sunway Kuching (Sunway Ipoh adalah gold, bukan platinum), UNITAR, Sentral, KDU dan HELP (rasanya la yg ni je, kalau ada lagi, sorry terlepas pandang). Manakala, KPTM mempunyai gold status. So dari segi status tu, biasa-biasa je la KPTM ni.

2) Lecturer dia okay tak?

Aku masuk situ selama satu sem sahaja so aku tak boleh nak bagi komen sangat secara total. Kalau dapat yg okay, okay la. Kalau dapat yg tak okay, tak okay la. Rasanya uni/college lain pun experience benda ni jugak. Aku personally prefer lecturer yg ada background CAT + ACCA sebab diorang experience sendiri benda-benda tu semua. Tapi yg background degree + master pun okay jugak, tak ada masalah, cuma benda ni preference sendiri sahaja :)

Ok je KPTM ni, lecturer situ kan bumiputra so depa akan tolong la students sebab sesama melayu. So kira bagus la kat part tu :) kalau dari segi teaching experience pulak, aku dok situ satu sem sahaja, so tak sempat nak survey utk semua paper CAT/ACCA. Ada yang dah mengajar lama, and ada yang baru lagi.


3) Asrama

Kitorang dapat asrama yg condo Bayu @ Pandan Jaya yg memuatkan 14 orang dalam satu rumah. Dalam satu rumah ada 3 bilik. So ada yg dapat sebilik 4 orang dan ada yg 6 orang sebilik.

Ye aku tahu, ramai gile. 14 orang. 14 orang. 

Gambar bilik tak sempat snap haritu sebab malas.
Meja besar ada 4, ada sinki kat penjuru tu, pastu pintu kat sinki tu terletaknya washing machine. Belakang aku time aku snap pic adalah balcony. Bila kau masuk kau akan nampak ada aircond. Wah!

Tunggu. Jangan seronok dulu. Aircond tu takde remote and takleh guna pun. Sekadar harapan palsu.

Toilet ada 2 dalam sebuah rumah dan asrama ni kira lawa la bagi aku, cantik sebab bangunan baru.

Jarak hostel Bayu ke Kolej adalah lebih kurang 15-20 min berjalan kaki.
Bus hanya disediakan pada pukul 7.30, 8.30 dan 9.30 am sahaja (kalau tak silap aku lah). Tapi ada juga van yg disediakan dari bawah blok sampai la ke LRT Pandan Jaya, sebab kalau jalan kaki, kitorang kena lalu kat jejantas LRT utk ke Kolej. So kiranya macam van tu hantar sekerat jalan jela, lepastu kau kena jalan kaki. LRT dengan Bayu tu dekat sangat, so senang nak gi memana.

Ohye, students kena balik before 11pm and kalau nak keluar, kena hantar kad kat guard.

Asrama Bayu takde wifi, asrama lain aku taktau ada free wifi ke tak. Tak penah tanya.

Kolej ada free wifi, tapi cuma 1GB je ah setiap sorang. Cukup laa utk kau google benda-benda berilimiah, kalau guna untuk Instagram, bagi 10GB pun tak pernah puas.

4) Pakaian

Hari Selasa kena pakai formal; lelaki pakai kemeja while perempuan pakai baju kurung (tapi perempuan nak pakai jubah pun boleh je). Kasut kena kasut bertutup. Aku rasa mcm semua hari kena kasut bertutup, rasanya la. Tak penah lagi la nampak budak kelas aku pakai selipar jepun dan senegara dengannya.

Hari lain tak kisah, pakai baju biasa je weh, tapi tak kisah-tak kisah pun, kena pakai yg menutup aurat la sebab yg itu yg paling afdhol. Lelaki dibenarkan utk pakai jeans, tapi perempuan takleh, sebab peraturan cemtu. Ada je yg pakai jeans, tapi kalau kena marah or denda kau kena terima dengan seadanya lah. Lelaki pulak, aku tak sure boleh ke tak pakai baju tak berkolar, sebab aku tak perasan pun lelaki punya baju ada kolar ke tak uhuk uhuk. Perempuan, walaupun non-muslim, kena pakai baju lengan panjang. And rambut oulak perlulah warna asal semulajadi tak kira siapa pun anda.

Yuusuke ni pakai baju berkolar tu elok dah, betui dah, tapi dia pi dye rambut.
So kena kompaun..


5) Kelas kat KPTM macam mana?

Ada kelas tiap2 hari, tapi tak padat pun kelas dia, banyak free time. Ada hari yg packed and ada hari yg tak, depends la cemana jadual kelas kita. Ada setengah section (kat KPTM depa bahagikan student kpd section, mcm section 1, 2, 3, 4... And dlm satu section ada la dlm 20-30 students), ada kelas dari isnin-khamis je jumaat takde, ada pulak yg isnin-jumaat cam biasa. Dar segi keselesaan, selesa la, cuma hang jangan expect la nak pi lecture hall yg ratusan students tu, kelas dia kecik-kecik mcm sekolah tu.

KPTM takde tutorial. Kalau matrik kan ada tutorial and timetable pulak penuh 8-5 (eh ke 6? tak ingat dah), tp CAT kat KPTM tak cemtu pun. Ada yg start tghari and banyak kelas waktu ptg. Ada yg kelas pagi pastu gap lamaaaaa pastu kelas tghari pastu gap lagiiiii then kelas ptg. Ada yg pagi full, then ptg free. Depends la.

Ni contoh timetable.


6) Kedai makan
Kat dalam KPTM ada cafe, kat luar KPTM pun ada kedai makan. Banyak, senang la nak cari makan.

7) Nanti nak register CAT/ACCA kena buat sendiri ke atau KPTM buatkan?

Nanti bila masuk KPTM, KPTM akan guide hang tentang mcm mana nak daftar ACCA tu. Kita kena daftar sendiri, KPTM cuma tolong guide je. Macam aku, aku just dengar je lecturer tu terangkan cemana nak daftar, balik rumah baru daftar. Boleh je daftar terus masa dia dok terangkan kat depan, tp malas nak tunggu and computer tak cukup and kena upload document masa register tu (gambar, ic, spm) and aku belum scan doc tu semua time tu. So aku buat kat rumah jelah senang.

However, kalau hang masuk KPTM, ada satu kertas yg kita kena isi and upload, and satu code kolej yg kena isi masa nak register tu. So tunggu KPTM guide and cerita, then only hang daftar sendiri kat rumah.

8) Betul ke boleh ambik ACCA kat UK?

Kalau guna duit sendiri, nak study mana2 pun boleh. Bukan setakat ACCA, nak buat CAT kat Afrika pun boleh tak ada masalah.

Tapi kalau nak suruh MARA support study kita kat UK, alkisahnya begini....

...Sebelum ni, memang MARA ada hantar students ke UK utk program ACCA. Tapi, untuk seorang student tu gi UK utk buat ACCA, dia mestilah student under SPC programme (skim pelajar cemerlang kot, tp yg pasti pelajar cemerlang la something like that). Then, kalau dia lepas average marks of 75% and above masa CAT, baru boleh fly.

Tapi, kalau student tu bukan under SPC programme, takleh fly. Eventhough markah 100% utk semua paper sekali pun, tapi kalau dia tu student biasa and bukan under SPC, still takleh fly.

Namun begitu, kalau still nak fly jugak walaupun bukan budak SPC, still ada chance. Iaitu, dia kena mohon kpd MARA directly utk jadi budak SPC. Lepas kita mohon, and MARA kaya okay, kita tak akan dipanggil sebagai student SPC, tetapi kita akan dipanggil sbg 2PC ( aku taktau ejaan dia cena sbb kakak tu sebut tu-pi-si, tak tanya pulak pasai ejaan dia). Bila kita dah upgrade jadi student '2PC ni, kita akan di-consider utk fly. Di-consider, bukan di-janjikan tau. Maksudnya, ada chance utk fly depends on kewangan mara, quota, simpati dan sebagainya.

Kalau mcm SPC, asalkan dpt above 75% mmg confirm fly. Tp kalau '2PC ni, tak sure lagi sbb tgk pada situation. Kalau mcm student biasa, confirm takleh fly sbb dia bukan student under programme tersebut. Ha gitew.

Malangnya, batch tahun lepas adalah batch terakhir utk apply program SPC ni. Now dah tak ada dah.

Kalau ikut logik pun, MARA pun tengah ada problem kewangan kan huhu. Ni apa yg aku tahu daripada previous students dan jugak daripada kakak yg in charge student CAT + ACCA at KPTM.

Tapi, kalau parents boleh support pi UK, no problem, boleh je buat ACCA kat sana, asalkan ada duit huhu.


9) Family saya bukan orang senang, sapa yg masuk MARA memang akan dapat ka scholarship MARA?

Dik, MARA bukan scholarship tau. Mara adalah pinjaman. So kena bayar balik. Kalau scholarship, takyah bayar balik. However, kalau results bagus boleh mintak pengurangan bayaran. Kau kena tulis surat yg kau nak mintak diskaun, kalau tak tulis surat nanti MARA assume kau ni mcm baik hati gila la nak bayar full amount. Dulu2, MARA bagi diskaun sesiap, tapi sekarang dah tak dah, hang kena mintak.

Tanya family dulu, sementara dapat elaun, boleh tak mak ayah cover sem satu punya yuran mengaji, yuran exam, yuran asrama, duit topap, duit makan, duit tiket balik kampung, duit melagha, cafe hipster dan sebagainya. Sebab masa batch akak (aik tetiba guna akak) MARA ni lambat bukak, so kemungkinan dapat duit MARA pun lambat jugak. Kalau mak ayah takleh support, takyah amik CAT kat KPTM. KPTM ni mahai, KL pulak tu. So ambik option lain mcm matrik or STPM, nanti2 nak ambik ACCA jugak kan, haa ambik ah ACCA after matrik/stpm. Chill, banyak lagi jalan utk amik ACCA.

10) Memang confirm dapat ke MARA ni kalau kita masuk KPTM ni?

Dia based on gaji parents. Below RM 8k/per month, full study loan. RM 8-15k, half. More than that, ikut budi bicara MARA. MARA bagi RM 630/month utk sara diri and RM 4170/sem. So pepandai la bajet and guna untuk bayar semua benda, kalau tak cukup, cover duit sendiri (Ni masa batch July 2015 tau, tertakhluk kepada perubahan)

Batch July 2015, application bukak masa Dec 2015, kitorang dah habis sem 1 dah pun time tu ~_~
Utk next batch, taktau la bukak bila. Maybe lambat jugak kot sbb MARA kan tgh problem. Tp kalau dia bukak awal masa korang sem 1, alhamdulillah la.


11) Nanti lepas habis ACCA, audit firm akan offer kerja kat kita ke?

Nanti dah habis ACCA, kena apply kerja mcm orang lain mcm biasa. Rare sangat la kes orang dapat kerja tanpa apply, kalau genius org offer laa kerja tanpa susah2 cari. Tapi kalau dia tu anak orang kaya yg baru habis study oversea lepastu balik Malaysia je terus ambik alih syarikat daddy, ha tu lain cite ah.

So it depends la, masa study tu under sapa. Kalau belajar guna duit company, nanti lepas ACCA kena kerja dgn company tu la. Kalau belajar under Peneraju, nanti ada bond so ada la procedure dia lepas habis ACCA nanti. Kalau belajar guna duit MARA, ikut sukahati la nak apply kerja kat mana pun. Takde bond. Kalau belajar guna duit sendiri pun sama, ikut suka hati nak apply kerja kat mana.

Tp yg pasti, kena apply, bukan surat sampai rumah and terus dpt kerja tanpa mohon.

12) Buku macam mana pulak kak?

Kat KPTM, lecturer guna buku teks, so kena ada la buku teks. Maybe ada lecturer yg akan bagi nota tambahan, tapi yang pasti, buku teks adalah primary source la. (Kalau kolej/uni lain, takyah beli buku teks pun takpe, ikut suka, sebab lecturer akan sediakan course materials utk students)

Buku beli je kat senior, murah. Kalau tak jumpa senior sangat2 dah baru beli baru. Takde beza sangat pun syllabus tahun lepas dgn tahun ni, page number je beza. Tapi kalau taxation, beli yg latest ye.



13) Selain drpd KPTM, akak rasa tempat lain yg lagi okay kat mana ye yg murah?

Aku suggest Kasturi, sebab murah and lecturer dia ada teaching experience yg bertahun-tahun compared to KPTM. Tapi tu pusat tuition jela, bukan kolej, So untuk lepasan SPM mcm korang, maybe korang tak suka la kot sebab bukan kolej, and korang pun mesti teringin gak kan nak menjalani kehidupan sebagai belia kolej/uni. Tapi kalau yg nak yuran murah beserta package lecturer yg ramai orang kata best, Kasturi la kot the best option.

Kalau memang mengharapkan loan MARA, better masuk KPTM la, kalau tak, nak bayar guna apa kan huhu. Tapi kalau boleh guna duit sendiri, aku suggest survey kolej/uni lain dulu.

14) Better ambik CAT or diploma or matrik or STPM?

Ukur kemampuan diri dan tengok kewangan family, setiap orang berbeza. So tak ada jawapan yg tepat untuk soalan ini trimas. Semua okay je, depends diri suka yg macam mana.

15) Akak, akak tengah amik CAT ke? Amik CAT kat INTEC kan? Saya nak tanya banyak benda niiiiii

Jangan la tanya cemtu, akak sedih ni awak tak baca entry akak yg lain :( Banyak akak mention pasal KPTM tau :(

Tapi... Kalau buleh hang doakan la aku buleh masuk INTEC untuk ambik ACCA under mana-mana sponsorship, uhuk uhuk.



***********

Tu je kot rasanya buat masa sekarang. Sebelum email, please baca dulu FAQ CAT/ACCA and Tuition Fee Mahal Teruk. Kalau rasa macam ada soalan pelik nak tanya, dan yang tak ada dalam entry2 ni, boleh la tanya. 

Lepas tu, kalau boleh, list-kan lah soalan2 tu semua guna number 1 2 3 4....

Email kat cardiganmerah@gmail.com

Nanti kalau ada lagi, aku tambah in shaa Allah.

Cheers.

p/s : Aku ambik CAT kat KPTM satu sem sahaja, then quit KPTM. Lepas tu transfer ke ACCA guna foundation results aku yg lama, so now tengah ambik ACCA, self-study. Harap tak ada yg confuse dah ingat aku study mana huhu.

39 comments:

  1. kalau terer main basketball mcm Naoki, dye rambut kene kompaun jgk ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry bro aku tak tengok cerita Buzzer Beat

      Delete
    2. oh takpela mcm tu. Team Medical Dragon?

      Delete
    3. Pun tak tengok. Jarang tgk cerita Jepun. Tengok Dragon Zakura sebab kawan cakap cita tu kelakar and sesuai ditonton utk dapatkan mood exam haha

      Delete
    4. hahaha layan cite untuk amek mood exam. org lain kalau lg nak exam, lagi mcm2 dugaan, cite itu la cite ini la, mood exam kelaut

      Delete
  2. wahh. patutlah akak ws tanya psal kptm. uhukk uhukkk. maju dah akak sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhuk uhuk. Siapalah saya tanpa awak. Uhuk uhuk. Oi pi baca FAB sana, dok baca FAQ pulak. Hahaha

      Delete
    2. fab lgi 9 chapter tak cover lgi. marilah berhuhuhu. skrg tgh bercuti kt rumah smpai ahad, tk bwk buku. balik nt continue. hahaha

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. akak amik 1 sem je ? guna foundation result lma ? mksudnya? cat sem 1 kne buat btul btul la eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas spm, akak ambik foundation (science). Lepastu, ambil microbiology. Then, ambik cat. Now, acca. Tapi tak habis pun cat tu sebab sebelum masuk sem 2 cat, akak terus transfer ke acca guna foundation sains yg akak ambik after spm tu sbg entry requirement. Sebelum ni taktau pun yg akak tak payah ambik cat pun takpe senanye sbb dah ada foundation (wlpun sains), so kiranya masa akak masuk cat 1 sem tu, agak buang and rugi duit akak jugak lah uhuk uhuk, burn gitu je lah, sbb akak apply utk terus masuk acca tanpa completekan cat. Unless akak nak jugak ambik cat sampai habis + acca, then it's another story la. So kiranya cat satu sem tu takda efek apa pun la kat akak sekarang ni.

      Eh sorry berbelit pulak ayat, taktau boleh paham ke tak ._.

      Kalau awak lepasan spm, kena complete kan cat tu sampai habis semua paper. Takleh terus lompat acca sbb awak cuma ada spm shj, spm takleh guna sbg entry requirement for acca. So awak kena completekan cat supaya awak boleh guna cat sbg entry requirement utk masuk acca.

      Delete
    2. Akak nak tanya, kalau saya ada Diploma Sains(lepasan 2015 dari IPTA, boleh mohon untuk transfer terus ke ACCA ke macam akak buat ni?

      Or mmg kena terus bermula balik dari diploma accountancy/CAT utk apply ACCA ni?

      Delete
  6. kalau dah ada degree tapi bukan dalam bidang akaun, kena ambil CAT dulu ke? atau boleh apply ACCA terus?

    ReplyDelete
  7. yang program 2pc tu..dia kena apply lps habis cat ke sebelum habis ye??kalau nak fly ke uk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum-sebelum ni dorang apply semasa cat

      Delete
    2. kat mana ehh kalau nak apply program tu??

      Delete
    3. Tulis surat. Tak pasti sama ada sekarang still ada lagi ke tak.

      Delete
    4. ermmm..Kak aisya tau pasal program ni dari mana ye??boleh bagitau mcm mana nak contact org yg kak aisya tanya pasal program 2pc ni??

      Delete
    5. Tahu drpd sorang akak ni yg jadi assistant utk tolong uruskan budak cat/acca di kptm tahun lepas. Dok borak2 dengan dia, so dia pun bukak la cerita pasal cat/acca. Saya tak tahu nama sebenar benda alah "2pc" tu, sebab dia mention 'tu-pi-si'.

      Adalah lebih baik utk contact coordinator awak utk tahu mcm mana nak fly ke UK as non-SPC student. Saya percaya lecturer akan suh awak tanya sendiri kat mara sbb benda ni atas budi bicara dan belas ehsan mara senanye. So, bagi saya, paling afdhol kalau awak pergi pejabat mara sendiri dan bercakap dgn pegawai mara sendiri face to face, sebab benda ni pun apply guna surat dan manually, bukan online.

      Sekarang tengah ambik cat kat kptm ke?

      Delete
    6. haah..tgh amik cat kat kptm����

      Delete
  8. hai akak, boleh bagi email tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cardiganmerah@gmail.com

      Sebelum tanya soalan, baca dulu entry2 yg lain sampai habis ya, kebanyakan persoalan awak kemungkinan telahpun terjawap dlm entry2 akak :)

      Delete
  9. Salam. Nak tanya. Student cat wajib ke duduk asrama utk sem 1&2 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau rumah dekat and nak ulang alik, boleh ja cakap taknak dok asrama.

      Delete
  10. Kak nak tanya sekarang CAT ada lagi ke dekat KUPTM tu? And how to apply that course ? Sebab dalam choice tu takda yang CAT punya

    ReplyDelete
  11. Salam..nak tanya..dah check FAQ1 and 2, rasanya soalan ni tak ada lagi, soalan macam je, kenapa kat buku teks tu semua dia ada macam expiry date..for exam until June 2019 bla bla bla..kenapa yea? Diaorang ada bagi updated material ke apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Sbb ada perubahan dlm syllabus yg mana syllabus tersebut hanya valid utk exam yg diambil dlm tempoh yg dinyatakan.

      Tp biasanya perubahan syllabus tak banyak pun, and kebanyakannya takda pun perubahan syllabus, so pakai jee wlpun dah "expired". kecuali utk paper tax, memang selalu ada perubahan.

      Delete
  12. Hai akak, nak tanya. Takpe ke kalau ada student yg dyed rambut study kat sana? Tak langgar rule ke?

    ReplyDelete
  13. Hai akak, nak tanya.. Is it OK kalau student sana dyed rambut diorang?

    ReplyDelete
  14. Akak....Mara akn bgi terus ke loan kt kita lps kita register kuptm nie....and loan dia tu cover ape jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) tak terus bagi loan. Kena tunggu application bukak kat website pastu baru boleh apply. Nak tunggu application bukak tu, tak pasti berapa lama kena tunggu, takut dia bukak website tu hujung sem and next sem baru dapt duit. Sekarang taktau mcm mana, awak kena tanya student cat kptm yg batch sekarang.

      2) Ikut gaji parents. Ada yg cover yuran je. Ada yg cover yuran + sara hidup

      Delete