Pages

Showing posts with label Exam. Show all posts
Showing posts with label Exam. Show all posts

Wednesday, 15 June 2016

ACCA Exam Paper : F1 & F2

So, 6 and 7 June haritu aku ambik CBE untuk paper F1 and F2. Aku dah clearkan F3, so aku kena clearkan F1-2 before aku 'officially' masuk Fundamental stage  F4-9 (bagi aku, F1-3 ni mcm foundation je, bukan level F (Fundamental) lagi sebab F1-3 ni belajar masa diploma/CAT)

F1 - FAB : Accountant in Business
F2 - FMA : Management Accounting

Oh ye, untuk F1-3, tak kisah ambik yang mana dulu pun asalkan habiskan F1-3 before ambik F4-9. Contoh mcm aku, aku ambik F3 dulu before 1-2. Then, kena habiskan F4-9 before ambik Professional level.

So.. Seperti mana dalam entry F3, aku self-study jugak untuk both papers yg aku ambik kali ni. Aku bukan lah good student pun tapi aku nak share apa yang aku buat untuk passed the exam by self-studying. Just in case ada yg tak tahu self-study tu apa, self-study tu macam kau belajar sendiri tanpa attend any formal classes/uni/college.

F1 - FAB : Accountant in Business

Textbook

Aku guna course material daripada Sunway TES. Aku beli dari sorang budak Sunway kat Carousell (apps untuk jual/beli barang secondhand). Aku beli RM2 je haha. Ayat dia simple dan senang dihadam untuk orang yang malas membaca macam aku. Aku lemah bab-bab menghafal dan membaca, so memang tak ah aku nak baca buku BPP tu. Ada je buku BPP tapi tak guna pun (maybe guna 5% je kot haha)

Kadang tu aku guna jugak nota OpenTuition.com. Jarang dengan video lecture dia untuk F1 ni sebab suara Grommit (orang yg kasi lecture)  tu terlalu perlahan bagi aku sampai aku kena tonyoh earfon masuk terjerobos ke dalam lubuk lubang telinga. Kalau boleh sentuh gegendang telinga memang aku nak kasi sentuh. And dia cakap mcm tak bukak mulut T_T tu bagi aku la, taktau la orang lain cane huhu.

Practice Questions
- Exam Kit Kaplan, BPP
- Mock Exam dari OT
- Exam specimen kat website ACCA
- MTQ daripada website ACCA
- Examiner's reports

Dan aku tak beli pun practice questions ACCA yg 3 set berharga  £14 tu.

Study Style
Aku sangat tidak menggemari theoretical papers so aku sangat mengantuk bila study paper ni. Sepatutnya sebulan sebelum dah kena fokus kepada buat soalan, tapi since aku jenis tak suka menghafal and membaca, so bila buat latihan memang akan banyak salah. So aku lebih fokus kepada membaca compared to buat soalan (maybe ni kot yang contribute kepada markah rendah aku T_T)

Exam Questions
Markah aku rendah, agak sedih jugak bila tengok balik. Awal-awal dulu aku target 85+ tapi bila dah tahu paper ni macam mana, aku target lulus 50% je hahahahahahaha. Tapi since aku target lulus je, so bila dapat lebih daripada 50% tu aku rasa mcm bahagia gila haha, padahal markah rendah kot -_-

So apa yg susah sangat pasal paper ni?

Actually paper ni tak susah pun, senang je sebenarnya, bagi orang yg minat. Kebanyakan budak akaun suka mengira dan tak suka menghafal/membaca, sebab tu la kitorang rasa mcm paper F1 ni susah. Sebab kena belajar benda yg tak minat iaitu membaca/menghafal. Btw, paper ni 100% teori

Teori = Tak minat = Bosan = Mengantuk = Tak suka study = Kurang penekanan = Tak score

Bila tak score, orang akan associate itu sebagai susah. Padahal tak minat, bukannya paper tu susah gila-gila ke apa ke.

Ohye pasal exam questions.

Soalan dia simple je, pendek-pendek je, tapi jawapan dia confusing macam nak ambik exam English Comprehension pun ada jugak. Untuk makluman kalian, soalan exam kit BPP agak complex dan jawapan dia membuatkan kita rasa mcm kita kena berfikir di luar kotak, pemikiran simple-simple ni tak relevan dalam exam kit BPP sebab soalan dia pun mcm agak berbelit sikit, sikit jela tak banyak.

Tapi bila kau jawap exam, soalan dia tak macam dlm exam kit pun, tak se-complex itu pun, tetapi ianya adalah soalan simple dan Senang la kita nak tau apa yg soalan tu nak, so kau akan tertanya-tanya, like.... soalan simple macam ni memerlukan aku fikir secara kompleks dan unik ke camane? Masa buat exam kit, aku fikir simple-simple, salah, sebab kena fikir dari segala sudut. Tapi soalan final exam ni pendek-pendek je, senang faham, takkan kena fikir di luar kotak jugak kot, hmm tapi kalau fikir di luar kotak, takut pembuat soalan tu kata 'Eh budak ni soalan simple pun dok pikiaq teghok-teghok padia'.

Ni bagi aku la taktau la orang lain camane.

Lagipun aku kan tak minat subjek-subjek bisnes ni, sebab aku rasa paper ni mcm paper common sense, so semua pilihan jawapan dia aku rasa mcm betul.

Tapi, agak ah paper business ni paper common sense, sengaja pengasas teori ni semua suka bagi nama and definisi untuk setiap perkara -_- common sense kot benda-benda fraud, motivation, learning etc. Yang paling tak boleh blah, ada satu subtopic dalam paper F1 ni aku pernah belajar masa ambik paper Psychology masa Degree dulu -_- Urgh whut iz diz mayn?!


* * * * * * * * * * * * * * * * * *

F2 - FMA : Management Accounting

Textbook
Aku tak guna buku teks langsung. Just guna OpenTuition.com punya notes and video lectures sahaja untuk completekan the whole ACCA syllabus. Bagi aku, video lectures OT ni sangat bagus untuk orang yang tak suka membaca buku tebal-tebal sebab bila aku baca buku teks BPP tu aku tak faham amende -_-

OT ni hanya berguna kalau kau guna video lectures dia sekali dgn notes yg dia kasi. Kalau kau baca nota dia je tanpa tengok video, in shaa Allah takde function. John Moffat yang cakap cemni, bukan aku, tapi memang betul pun apa yang dia kata.

Namun begitu, aku baru perasan dalam website OT, dia mengatakan bahawa OT ni cuma prepare kau untuk passed the exam, bukan untuk dapat markah tinggi-tinggi sampai 100%.

Masa aku exam hari tu, Margaret (orang Sentral College yang jaga exam time tu) ada bagitau kat aku yang BPP is a good textbook, sebab dia bagus untuk teori. Yela BPP kan penuh dengan perkataan dan karangan berjela, aku pulak allergic membaca and menghafal so memang tak laa aku nak bukak buku tu walaupun ada depan mata.

OT is good to teach you on how to do the calculation part and give you the basic understanding to pass the exam, while BPP pulak memang complete dengan calculations and teori berjela yg aku alergic tu. Tapi OT pun dia bukannya tunjuk calculations je, dia akan explain jugak this and that and why and how. So basics kau in shaa Allah boleh faham dengan strong.

Practice Questions
- Exam Kit Kaplan, BPP,  GTG
- Mock Exam dari OT
- Exam specimen kat website ACCA
- MTQ daripada website ACCA
- Examiner's reports

Dan aku tak beli pun practice questions ACCA yg 3 set berharga  £14 tu.

Inquiries
Aku tanya member, tak pun aku tanya John Moffat kat website OT. Laju dia reply, within 24 hours. Tengok la, kalau time tu dia tengah tido, besoknya dia reply ah. Kalau dia tengah free, dalam beberapa jam jela dia reply. Tak lama pun tunggu.

Amboui gaya aku cakap serupa dia pakcik sebelah umah je


Study Style
Aku cover syllabus one month before the exam. Since aku ambik both F1 and F2, so aku alternate this week F1 and the other week is for F2. Buat exam kit BPP for each topic after finished the syllabus of each chapter.

Aku ambik F1 (Isnin) dulu then only F2 (Selasa), dan exam adalah hari bersebelahan, so Isnin malam Selasa tu aku tak study langsung F2 sampai la exam besoknya sebab aku mengantuk stay up untuk F1 pada malam sebelumnya haha. So aku tido je lepas exam F1 tu hahaha.

Aku pun takdelah jenis tak tengok movie langsung, tengok je tetiap hari Running Man tu hihi. Just kena bahagi masa la.

Exam Questions
Aku taktahu apa benda yang susah. Aku rasa macam ok-ok je, tapi takleh score tinggi. Soalan dia consist of 70% theory and 30% calculation. 

Iye mostly teori. Dan aku lemah bab-bab teori. Maybe sebab tu kot takleh score tinggi. Soalan calculation sikit sangat, kertas conteng pun aku tak guna sangat pun, mostly just conteng untuk tulis soalan mana aku blur and confuse jawapan -_-

Section B yg MTQ jela kot yang banyak calculation. Bagi aku, aku rasa aku hilang banyak markah kat chapter Performance Management. Maybe sebab aku terlalu fokus kepada calculation part and pay less attention on the theory part, tu yang buat markah aku hilang

Soalan dia tak susah, cuma aku je confuse sikit. Takdela kena fikir teruk-teruk pun, hm entah lah. 


Exam Fee and Venue for Both Papers
RM560/paper kat Sentral College as non-Sentral student
Fill up the form which can be obtained from the receptionist.
For June exam, complete the form and payment by April 15th

* * * * * * * * * * * * * * *

Setiap kali aku habis exam, Margaret akan datang kat aku and tanya aku dapat berapa dalam keadaan yg excited sambil tanya macam mana aku study, buku apa aku guna dan sebagainya. Maybe sebab aku self-study and aku sorang je Melayu kat situ. Yang lain semua chinese. 

Untuk kalian yang dok anggap chinese ni pandai ke genius ke apa ke. percayalah depa pun macam kita. Aku kan keluar last sekali so aku tengok la markah depa sorang-sorang sebab Margaret tu pegang senarai markah semua orang yang ambik exam. 

Chill, kita sama hebat dengan depa. Ini serious.

Friday, 25 March 2016

ACCA Exam Paper : F3

So, semalam (March 24th) aku ambik CBE for F3 - Financial Accounting
Kali ni aku ambik satu je exam utk bulan Mac.

Macam yg aku mention sebelum ni, aku self-study buat masa sekarang. So aku nak share apa yg aku buat untuk passed the exam by self-studying. Aku tahu ramai yang pergi kelas utk ACCA, and ramai jugak yg self-study. Aku bukan lah best student macam world prize winner, tapi boleh la jugak guna method ni to pass the exam well.

Untuk yg plan nak self-study jugak untuk paper F3 ni, aku bahagikan point aku mengikut sub-topic

Textbook
Aku guna OpenTuition.com punya notes and video lecture sebab John Moffat sangat pandai explain and the material covers the whole syllabus for the F3 exam. Tapi aku guna jugak BPP punya textbook sikit-sikit untuk refer balik, dan jugak untuk try examples dalam textbook.

To be honest, takyah beli textbook pun takpa, nota OpenTuition.com tu memang dah lengkap, provided that you watch the video lectures while using the notes. It's a must.

Practice Questions
Aku guna revision kit dpd BPP and Kaplan. Mulanya aku plan nak guna GTG and Becker jugak, maksudnya semua jenis publisher aku nak bedal, tapi member cakap GTG tu banyak jawapan dia silap, and Becker pulak mcm kurang sesuai (tak ingat the exact word dia tapi yg pasti kurang sesuai la).

So aku stop buat latihan dpd buku GTG and Becker. And focus on BPP and Kaplan only (tapi ada jugak beberapa jawapan depa yg silap ~_~

Btw, ada jugak jugak la soalan depa ni ulang-ulang yg sama, dalam 1/3 gitu.

Mock Exam and Additional Practice Qs
- Mock exam from OpenTuition
- Mock exam from from iassess amende entah nama dia
- Multi Task Questions from iassess jugak
- Pilot Paper (actually ni paper June 2012 punya kalau tak silap)
- Examiner's report (examiner akan komen pasal soalan yg ramai student silap, really helpful)

Aku tak beli pun practice questions yg ACCA jual 3 set berharga £14 tu. Sebab mahal, and takut soalan dia lebih kurang je macam latihan yg lain-lain.

Aku extremely suggest students untuk buat semua latihan di atas, dan refer nota/buku or tanya orang untuk soalan yg tak reti jawap, sebab basic concept sangat penting.

Nak tanya siapa kalau blur?
Aku biasanya tanya member. Tapi aku tanya jugak kat John Moffat from OpenTuition tu. Dia ada sediakan tempat untuk students tanya soalan kat tutor pasal paper ni. So I'll just post the question at the forum provided and he will reply within one day. Yes, within 24 hours (Msia siang, UK malam, that explains the 24-hours-reply).

Exam fee and Venue
RM560 kat Sentral College as non-Sentral student
Fill up the form which can be obtained from the receiptionist.
For March exam, complete the form and payment by February 15th

Study style
Study everyday and consistently so you won't get nervous when the exam's coming as you have truly prepared and ready to go.
(Petang and malam sebelum exam aku dah tak tengok buku, siap tengok Divorce Court 3-4 episod dengan mak wakakakaka)

Exam Questions
Kalau orang tanya aku, aku akan cakap soalan dia susah gila sebab aku nak dia study gila-gila and tak ambik mudah dengan final exam untuk F3.

Again, buat banyak latihan sebab soalan lebih kurang je macam dalam latihan, cuma angka je berbeza. Kalau part theory pulak, kita boleh detect soalan yg macam mana dia nak trick kita

Contoh,

  NCI will always appear in Consolidated Financial Position - True/False

Aku jawap True, tapi jawapan False, sebab the word 'always' in the sentence is not true.
Reason : Kalau parent company take over 100% of the shares in the subsidiary company, celah mana nak ada NCI? So the word 'always' is not quite true in this case, hence the statement is false.

Tu contoh simple tricky question yg aku tak terfikir pasal perkataan 'always' masa buat latihan.

Latihan kena buat banyak-banyak supaya bila kita baca je soalan tu, kita dah tahu soalan tu tentang apa, and boleh terus jawap secara reflex. Ada jugak la soalan yg aku sekali je baca terus tahu dia mintak apa and terus tekan je number dalam kalkulator sebab dah selalu buat soalan.

Boleh je jawab kalau tak rajin buat latihan, tapi kau kena baca leklok and tahu dia nak apa.

Senang cerita ceni, kalau jarang buat soalan, maybe kita boleh jawab dgn betul dlm masa 50 saat, tapi kalau selalu buat soalan, 10 saat je dah siap. Nampak banyak mana masa kau save untuk kau spend masa nanti untuk check semua soalan lepas habis jawap?

Exam results
Targetting 85 for F1-3 since most scholarships require 85 and above to be eligible to apply.
And alhamdulillah passed beyond my target for F3 berkat doa mak ayah :)



* * * * * * * *

Alhamdulillah, kebetulan masa aku jawap final exam, soalan yg aku dapat tak pelik-pelik, dan tak susah. Mungkin sebab tu kot boleh score huhu. Cuma ada satu soalan jela aku tak reti sebab confuse (pasal warranty), invigilator tu tengok skrin komputer aku masa aku tengah nak check balik soalan tersebut. Dia dok sebelah aku ada kot seminit.

SATU . MINIT.

Dah la soalan yg aku confuse pulak tu. Nak tau apa jadi lepas dia tenung skrin aku tu? Dia pergi tempat dia, duduk dengan selesa, dan lepastu aku dengar bunyi kalkulator dia dok tekan kat keyboard
~_~ kuat pulak tu bunyi kalkulator tu

Adakah aku jawap silap?
~_~

Hmm. Mungkin soalan tu kot yang buat aku tak dapat markah penuh T_T

Anyhow, all the best dear friends :) May this tips be helpful to you.




p/s : Ada nak beli buku aku? Sekali dengan revision kit BPP, Kaplan, GTG and Becker. Aku takde junior untuk aku jual T_T