Aku ada apply untuk ambil CAT-ACCA di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur dan di UiTM. Apparently, dua uni/kolej ni je yang aku apply untuk sambung belajar balik nanti in shaa Allah.
So offer letter untuk KPTM aku dah dapat masa aku tengah busy setel barang, Uni dan bank itu hari. Now just tunggu untuk panggilan interview UiTM pulak.
Hari Isnin 27 April 2015 hari tu aku tergerak hati untuk check website UiTM. Rupanya panggilan interview UiTM dah boleh disemak pada 10 April, dan aku kena panggil interview pada 15 April.
Ye. Aku terlepas interview. Kahkahkah
Aku tak sangka pulak yang panggilan interview tu boleh disemak secepat tu, sebab aku send document pun masa 3 April 2015 (due date 4 April). Rupanya 6 hari selepas due date dah boleh check -,,-'
Tapi kan... Kalau aku check awal sekali pun, aku bukannya ada pun kat Malaysia time interview tu. Tengah transit 12 jam kot time tu -,,-
Hm. Maybe sebab tu jugak lah kot Allah tak gerakkan hati aku untuk check website UiTM, takut nanti aku ralat or tak sedap hati sepanjang 10 hari kat sana T_T
Tapi takpa, lek lu. Kita email depa dulu tengok lagu mana, buleh ka dak kalau nak mintak interview lagi, wahaha.
So.. depa kata apa?
Depa kata nanti hari Khamis ni depa akan bagitau pasal tarikh temuduga terbaru.
Okay takpa kita tunggu....
So sekarang ni dah hari Khamis, dan dah petang. Dan ini adalah email yang aku dapat,
"Assalamualaikum
Untuk makluman, disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, IPAC Education akan menunda tarikh temuduga untuk sesi kedua mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 7 Mei 2015 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran)
Alamat : DK1, Ground Floor, Menara SAAS
Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS),
Faculty of Accountancy,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor
Bawa bersama sijil asal dan salinan (disahkan) bagi dokumen berikut:
a. Kad Pengenalan
b. Sijil Lahir
c. Kad Pengenalan & Sijil Lahir waris
d. SPM/STPM/Diploma/Ijazah dan lain-lain
e. Dokumen-dokumen yang lain
Segala kesulitan amatlah dikesali, Sekian terima kasih."
Semoga Allah permudahkan.
macam mana nak emailkan kita nak mintak interview lagi ya?sbb saya pon sehari lepas interview baru hati tergerak nak bukak web
ReplyDeletemacam mana nak emailkan kita nak mintak interview lagi ya?sbb saya pon sehari lepas interview baru hati tergerak nak bukak web
ReplyDeleteTanya dia sama ada ada lagi tak interview sesi kedua, lepastu mintak maaf and bagitau dia yg kita nak mintak interview sesi kedua sebab terlepas tarikh temuduga sebab baru bukak web
Deleteapa email uitm?
ReplyDeleteWebsite UiTM ada tulis, surat UiTM pun ada tulis.
Deleteyou email dkt main uitm shah alam or uitm lain (tempat interview ) ?
ReplyDeleteEmail dekat person-in-charge of the interview
Deleteambik email tu dekat mana eh?
DeleteDekat surat interview tu ada tulis rasanya.
DeleteSalam saya nak tanyaa... Saya dpt temuduga online 2020 upsi bidang muzik.. Saya terimaa tawarann selepas tu sayaa x lakukan temudugaaa keranaa saya berada di selangor alatan muzik saya di rumah perak.... Saya pulang 12/5 bila saya masuk web upsi saya tidak berjaya... Ada kah saya masih boleh nk buat rayuan lagi ke 2 mcm awak?...
ReplyDelete