Pages

Showing posts with label CAT. Show all posts
Showing posts with label CAT. Show all posts

Wednesday, 9 March 2016

FAQ : CAT ACCA

Malas intro so kita straight to the main event, shall we? :)

1) CAT-ACCA tu apa?

CAT ni senanye FIA (Foundation in accounting. FIA ni nama baru bagi CAT, dia baru je ubah nama ni beberapa tahun lepas). Ianya adalah foundation level untuk ACCA.

Dalam dunia accounting, orang pandang professional certificate. Ada beberapa contoh prof cert; ACCA, CFA, CIMA, ICAEW etc. And, ACCA ni adalah salah satu profesional board utk accounting. So ini bermaksud, orang yg ada ACCA ni kira power lah. Dalam dunia accounting, professional certificate tu lagi tinggi dpd degree akaun.

Sesiapa yg ada ACCA boleh letak (C.A) kat belakang nama dia (chartered accountant). Kalau doctor, orang letak Dr. Kalau Engineer, IR. Kalau akauntan, CA.

Ada banyak cara untuk dapatkan ACCA ni
1) SPM > CAT > ACCA
2) SPM > Diploma > ACCA
3) SPM > Diploma > Degree > ACCA
4) SPM > A level/Ausmat/IB etc > ACCA
5) SPM > Matrik > Degree > ACCA
6) SPM > Matrik > ACCA

Boleh je kalau taknak ambik ACCA, nak stop sampai degree je. Ikut lah mana2 yg kita nak :)

So, bagi menjawab soalan, CAT adalah laluan paling cepat untuk dapatkan ACCA tu. Bayangkan je macam asasi yg merupakan laluan untuk degree, ha cemtulah utk CAT-ACCA ni.

Yg tak best pasal CAT ni, kalau dah masuk CAT, boleh amik ACCA je, takleh amik benda lain dah. Ada orang cakap dgn CAT sahaja dah boleh kerja, tapi sbg pembantu akaun biasa2 jela. Tapi ada orang cakap, CAT ni takda kerja sangat sbb dia taraf foundation je, so orang taknak sgt.

Tapi ada pernah baca kat mana entah, dia CAT je, terus kerja and tak sambung ACCA, starting gaji dia RM2k. Wallahualam. Member aku punya kakak pun guna CAT je untuk kerja jadi pembantu akaun biasa2, tu pun tak habis lagi sebab ada paper yg tak passed. So kiranya kalau ada CAT tu, boleh la kot nak kerja biasa2, tapi bukan sebagai akauntan la.

Oleh yg demikian, sangat2 disarankan untuk ambik ACCA lepas CAT.

2) Berapa lama kos CAT-ACCA ni?

CAT - 1 tahun or 1 1/2 tahun. (INTEC 1-1.5 tahun, KPTM 1.5 tahun, Sunway 1 tahun, PTPL 1 tahun, yg lain tak ingat, sorry)

ACCA - Depends route mana kau pilih untuk dapat ACCA tu. Since ACCA board bagi kita unlimited duration for F papers and 7 years for P papers, so ikut kau lah nak buat full-time ke part-time (sebelum ni dia kasi 10 tahun je, tapi sekarang dia dah ubah kpd yg 7 tahun yg aku mention ni, dia baru je ubah policy ni, kiranya masih setahun jagung la policy ni)

Ada yang straight lepas CAT terus ambik ACCA.
Ada yang kerja dulu (lulusan CAT/diploma/degree) lepastu baru ambik ACCA.
Ada yang buat part-time sambil kerja full-time.
Dan ada jugak lulusan degree akaun yang disuruh utk ambil ACCA oleh bos tempat kerja, kalau company tu murah hati, dia sponsor, kalau tak, guna poket sendiri haha.


3) Kat mana boleh ambik kos ni?

IPTA - TAK ADA offer program ni dah. Dulu UiTM, sekarang INTEC (private) take over.

IPTS - Boleh refer kat entry Tuition Fees Mahal Teruk sebab aku ada senaraikan kolej/uni yg offer program CAT/ACCA beserta yuran sekali untuk tatapan dan kemudahan anda sekalian.


4) Mahal ke murah?
Mahal.

Kita ada 2 fees yg kena bayar
- Tuition fees (yuran pengajian sebab kita attend college and upah lecturer tu mengajar kita)
- ACCA fees (yuran yg kena bayar kepada ACCA seperti Registration fee, Annual Subscription fee, exam fee, exemption fee. Anggap je macam kalau masuk kelab kan kena bayar yuran pendaftaran, yuran tahunan dan yuran aktiviti, haa cemtu lah ACCA pun)

Untuk tuition fees, boleh refer kat entry Tuition Fees Mahal Teruk

Nak murah, self-study, macam aku dok buat hoho.

Ni aku includekan ACCA punya fees pulak. Tuition fees and ACCA fees kan berlainan so bayar lah kau sampai poket kau kering kontang ~_~


5) Self-study macam mana?

Sebenarnya, bila ambil CAT and/or ACCA ni, semua paper akan di-marked oleh UK, bukan lecturer kita. Bila nak ambil exam, kita akan daftar online kat website ACCA tu, then ambik exam kat exam centre.

Tapi kalau ambik Computer-Based-Exam (soalan dia ABCD and macam driving test je), takyah daftar kat website ACCA, tapi daftar kat tempat yg kau nak ambik exam tu. Contoh aku nak ambik exam kat Sentral College, so aku pi situ and isi borang lepastu bayar.

Sebab tu lah boleh je kalau kau taknak masuk uni/kolej utk ambik kos CAT and/or ACCA ni, and belajar sendiri sensorang tanpa lecturer. Tapi jarang lah orang buat gini. Okay, tak, senanye ramai je yg buat especially kat OpenTuition.com.

Tapi untuk yg nak ambik CAT, yg tak pernah self-study and/or takde kenal sesiapa yg penah ambik ACCA, aku tak recommend sebab susah jugak la untuk kau manage everything by yourself without any guidance, tapi boleh je kalau nak, bukan impossible.


6) Susah ke senang?

Ramai kata susah sebab ACCA ni adalah professional course. Ramai yang kata kalau failed tu kira macam lumrah alam. Tapi ada je aku jumpa orang kat forum yg kata kos ni senang, takdela susah mana pon macam orang dok bising tu. Entah, orang tu la cakap, bukan aku.

Belajar senang, exam yg susah, so...cemtulah haha.

Kalau rasa nak selamat, ambik la degree dulu, then proceed to ACCA. At least kalau failed ke susah ke malas ke apa ke, memang dah ada degree dalam tangan.

Senang cerita, kalau dalam dunia health science, kos yang susah adalah medik/dentist/pharmacy, manakala dalam dunia akaun, ACCA la yg susah (dan jugak prof cert yg lain). ACCA ni under satu tahap dgn med/dent/pharm lah kiranya. Kot. Aku assume cemtu je haha.


7) Dapat exemption tak?

CAT - Kalau SPM akaun kau A, dapat exemption untuk FA1 (Free, no need to pay for exemption fees). Tapi kalau kau nak ambik jugak FA1 tu, takpa ambik jela kalau nak. Tak paksa pun untuk tak ambik.

ACCA - Refer kat website ACCA, different course has different exemptions. Tapi, ada exemption fees tau, bukan free macam FA1.

Ni ACCA beb, mana ada yang free, so kalau dapat exemption sekali pun, still kena bayar -_-


8) Macam mana nak cover fees?

Peneraju, MyPac, Yayasan Bank Rakyat, Jeffrey Cheah, The Star, Amcorp, Bank punya scholarships orang cakap ada tapi aku tak jumpa pun T_T

KPTM  ada loan MARA, kalau result bagus, boleh convert jadi biasiswa, tak pun bayar certain amount je. Tapi kau kena apply untuk pengurangan bayaran, kalau tak, dia akan assume kau murah hati nak bayar balik full amount.

Kadang tu ada jugak college yg kasi tuition waiver kalau results bagus, contoh macam MCKL, Kasturi etc.

9) Kalau takde background akaun, boleh ke ambik CAT?

Boleh.

Kelebihan akaun berbanding sains adalah, walaupun kita takda basic akaun, still boleh ambik course tu. Tapi kalau takde basic bio/phys/chem, susah nak dapat masuk science-related-course macam med, pharm, dent, engineering etc.

So kalau tak ada basic akaun, tak kira siapa pun, boleh ambik course tu dan memang akan belajar dari basic. Akaun SPM tu cuma 10% je daripada keseluruhan CAT, dan memang akan belajar balik nanti.


10) CAT/ACCA kena English power tak?

Aku suggest English kena elok, kalau below average (C ke bawah) nanti susah nak faham textbook. Kalau paper business (FAB or F1) dia biasanya guna words yg aku first time dengar ~_~

(Kalau grammar teruk, aku rasa pemeriksa susah nak faham, tak pun ayat kita jadi maksud lain, so masa ambik ACCA, dalam masa yg sama kena improve kan English)


11) Better ambik Diploma / Matrik / CAT ?

CAT -  The best dari segi qualification. Tapi just boleh sambung ACCA je, degree tak leh.

Diploma - Kalau nak lepak chill relax dan jenis tak prefer belajar laju-laju, or rasa macam tak mampu lagi nak ambik course CAT/ACCA.

Matrik - Ni kalau kau nak ambik degree di kemudian hari, tapi boleh jugak guna untuk ambik ACCA. Matrik timetable padat sangat. Belajar benda selain dpd akaun, seperti Maths, Ekonomi, dan Pengurusan pengajian (in BM, tapi ada yg cakap nanti nak tukar BI, taksure bila, or maybe dah tukar)


12) Macam mana nak apply?

Pi kat website kolej/uni yg ada CAT/ACCA, apply online.
INTEC kena bayar processing fee RM 30.

Nak tau kolej/uni apa yg offer, pi kat entry Tuition Fee, haa situ ada senarai.

Sekali lagi, UiTM tak ada CAT/ACCA dah sebab dah pindah ke INTEC, dan ye semua kolej/uni yg offer programme ni adalah swasta.


13) Kena interview ke?

Scholarship Peneraju dan INTEC ada interview.

Tapi kalau nak apply scholarship yg ditawarkan oleh uni/kolej itu sendiri, mcm scholarship yg dapat tuition waiver ke apa ke, maybe ada interview or maybe takde, aku tak sure sebab tak ada pengalaman. 

Kalau scholarship yg lain, contoh mcm Jeffrey Cheah, The Star, Kuok, etc maybe ada kot, kot.
Kalau uni/kolej mcm KPTM, Sentral, MCKL, Kasturi etc, takde interview


14) Pengecualian CAT ACCA tu maksudnya apa kat slip SPM?

Masa CAT, kita kena ambil 9 papers. Tapi kalau dpt pengecualian CAT-ACCA, maksudnya tak payah ambik paper yg pertama iaitu FA1. So just tinggal 8 papers jela yg kena ambik.

Tapi kalau nak ambik jugak FA1 tu wlpun dpt pengecualian, pun takpa, ambik jela kalau nak.

Kebaikan exemption FA1 - save duit, takyah bayar duit exam FA1.

Kebaikan ambik jugak paper FA1 walaupun exempted - Paper FA1 senang so boleh tinggikan overall average utk CAT. (Kepentingan overall average ni boleh refer soalan No. 16)


15) Kalau ambik CAT ACCA, kena belajar subjects lain tak?

Kalau ambik CAT kat kolej/uni, kena belajar jugak Pengajian Malaysia, Pengajian Islam, Study Skills, Pend Moral, or maybe English writing like in Sentral College. These papers are called MPU Subjects, wajib ambik sbb kita attend college, and kena ambik a total of 3 MPU subjects. Tapi subjects macam economy, management, maths, finance, Mandarin ke apa ke (like what they have in Diploma/Degree) tak payah ambik, just accounting semata-mata.

Masa akak gi interview UiTM utk CAT-ACCA, makcik yg teman anak dia interview cakap, INTEC cakap tak kena ambik sbb depa nak fokus kat CAT subjects je. Itu masa interview dulu la. Tp anak makcik tu cakap yg director dorang baru je wajibkan utk ambik MPU subjects tu masa dorang sem 2 kat INTEC (maksudnya awal tahun ni).

Tp yg pasti, utk kolej lain, mcm Sunway, KPTM, Sentral, PTPL etc kena ambik. KECUALI Kasturi School of Accounting sbb Kasturi tu bukan kolej, ianya pusat tuition. So lecturer yg available pun hanyalah lecturer accounting je.

(Unless self-study, memang tak payah ambik la MPU subjects tu sebab tak attend college hoho)

16) Berapa pointer kena maintain utk CAT ACCA ni?

CAT/ACCA tak guna pointer. Nanti lepas exam, dia akan bagi markah.

Contoh :- 
This is to certify that Taylor binti Swift has achieved bla bla bla MA1 - Management Information 100% - Pass.

Lepas tu bila dah complete semua exam CAT dia akan bagi sijil yg menunjukkan student tu passed CAT, tu je.

Contoh :-
This is to certify that Markonah binti Manaf has passed Foundation in Accountancy ACCA (lebih kurang cemtu la ayat dia).

So kata kan la tetiba nak kerja after CAT sebagai pembantu akaun, dia akan tengok orang tu passed CAT, tu sahaja.

CAT/ACCA tak macam degree or diploma yg ada CGPA tu. Utk degree/diploma, CGPA adalah penting (CGPA rendah org taknak ambik) tapi untuk CAT and ACCA, passed atau tidak sahaja yg penting and markah untuk passed adalah 50%. Awal2 senang la dapat markah 80-90+ tapi bila dah masuk paper atas-atas sikit, dah passed pun kira bersyukur huhu.

Tapi sebolehnya target la setinggi mungkin. Sem 1 kalau boleh 80-90+ sebab subjek makin lama makin susah.

Markah penting sebab ada yg tgk average markah keseluruhan, dan ada yang tengok markah certain subjects. 

Sebagai contoh masa CAT, MARA tgk average 75+  utk fly, tapi yg fly tu kalau kau budak under SPC program iaitu budak Skim Pelajar Cemerlang yg dijanjikan oleh MARA utk fly masa ACCA nanti (sekarang dah takde intake baru Program SPC). Kalau Peneraju, dia nak every subject tu 65+, manakala ada scholarships yg nak markah FAB, FFA and FMA tu 85+ (eh ke 80+ entah).

Tu utk nak scholarships la, or sebab ada bond dengan sponsor. Tapi kalau student biasa, passed cukup makan je pun takpa, dah memadai.


17) Guna buku apa?

BPP - terlalu banyak details dan susah nak faham, tapi ramai ja yg guna
Kaplan - Simple, easy to understand for Asians like us but too simple and not many details
Beckers - Combination of both BPP and Kaplan
GTG
Emile Woolf
OpenTuition - ada video lectures, simply the best.

Harga of course mahal, kalau beli buku baru, untuk satu sem maybe kena spend dalam RM300-500, so better cari daripada senior. Boleh je guna buku edition yg lama sikit, applicable je, tapi untuk Taxation better guna yg latest.


18) Busy tak kalau ambik course ni?

Kalau CAT full-time student yg selama setahun setengah, tak packed pun. Tapi kalau yg setahun punya programme, maybe packed sikit la. Standard 3 subjects/sem. Maximum 4 kot kalau tak silap per exam sitting.

ACCA orang recommend 2 papers/sem if full time students (tapi ada je yg ambik lebih), 1 paper/sem if part-time student (ada je yg ambik lebih). Tapi maximum boleh ambik 4 papers per exam sitting.

19) Boleh tak ambik Master lepas ACCA ni?

Boleh. Tapi ada sesetengah uni/kolej require accounting degree as the requirement untuk ambik Master walaupun kau ada ACCA, manakala ada setengah uni terima je ACCA untuk ambik Master walaupun tak ada degree. So it depends on the uni itself. Disebabkan hal ini, ACCA ada menawarkan student ACCA untuk buat OBU degree (Oxford-Brooke Uni) untuk dapatkan Degree in Applied Accounting, so that walaupun kau buat ACCA je, kau still boleh dapat Degree dalam masa yg sama kau buat ACCA tu. kiranya 2 in 1 lah.

20) So apa benda OBU Degree tu?

OBU degree ni bukan dapat senang-senang dapat macam beli colgate dapat percuma tapawe tu ye kawan-kawan, tapi kau kena buat Research and Analysis Project (bahasa mudah, essay report) of 7500 word report based on salah satu 20 sets of topics yg ACCA dah tetapkan. Dan juga kena submit 2000 word Skill and Learning Statement and Presentation Slides.

Untuk buat OBU Degree ni, kau kena ada mentor, and mentor tu kau kena hire and ada la ciri-ciri yg ACCA tetapkan untuk melayakkan someone tu jadi mentor kau. And of course bila kena hire mentor, akan ada fee kena bayar.

************
Setakat sekarang, itu je yg aku boleh fikir, kalau ada lagi, nanti aku tambah, or boleh tanya kat komen/email.



Lagi 2 minggu aku exam T_T

p/s : Aku ada buat entry di mana aku combine nearly all FAQs yg orang selalu tanya tak kira lah kat email ke komen ke. So aku rasa sangat berbesar hati kalau korang baca entry-entry ni dulu FAQ CAT ACCA (pasal course ni), FAQ CAT ACCA KPTM (pasal KPTM), Tuition Fees Mahal Teruk (pasal fees and kolej/uni apa yg offer course ni). And you may email me if you still have doubt even though you have read these entries beforehand at cardiganmerah@gmail.com

Cheers

Friday, 15 January 2016

Sem 2 CAT and Self-study

So, dalam entry lepas, aku ada buat analysis tentang tuition fee untuk beberapa tuition provider for CAT-ACCA. And based on that analysis, aku decide untuk self-study.

Banyak faktor yang buat aku pilih untuk study sendiri. Tapi faktor kos adalah yang paling utama. Faktor lain - environment, makanan, tenaga pengajar, tempat tinggal etc.

Kalau diikutkan, sem ni (Jan-June 2016) adalah sem 2 aku kat KPTM, and ambik MA2, FAB (F1) and FFA (F3). Lepastu ambik exam June 2016 nanti.

Tapi, memandangkan aku self-study, so aku boleh ikut suka hati aku nak ambik apa, and bila, and kat mana.

Since ni first time aku self-study, so aku decide utk ambik 3 subjek je, and ambik subjek yang sama jugak macam kat KPTM tu, tapi cuma exam time je beza sikit :

    MA2 - Exam March/April 2016
    FAB (F1) and FFA (F3) - Exam June 2016

And, aku ingat nak ambik exam kat Sentral College, Penang.

Sengaja aku ambik MA2 tu March/April nanti sebab nearly 60-70% subjek MA2 adalah subjek MA1. So kiranya macam fresh lagi la hotak aku ni untuk revise balik topik-topik MA1 tu. Kiranya macam 30-40% je lah topik baru kat dalam MA2 ni. So daripada aku tunggu June nanti untuk ambik exam, baik aku ambik awal-awal. So that nanti time June exam nanti aku boleh focus kat 2 subjek je.

Ohye, sebelum aku lupa, FYI, CBE ni boleh ambik sepanjang tahun. Kau nak ambik besok pun boleh, tak kisah bila-bila. Tapi biasanya kolej nak senang dia, so dia pun buat la exam masa March/April, June, Sept and Dec sahaja.

** Kalau ada tengok dalam entry aku sebelum-sebelum ni, aku ada include pasal early/standard/late registration kan? Haa tu applicable untuk PBE sahaja. So, CBE exam semuanya sama je harga tak kisah kau ambik bila pon. Aku mention sini sebab malas nak edit kat entry lama hahahahaha.


Memandangkan aku sangat menitik beratkan kos, so aku buat perbandingan tuition fee and exam fee.

KPTM
Tuition fee - RM 2,730
Exam fee - RM 390 (MA2) + RM 490 (FAB) + RM 490 (FFA)

Total = RM 4,100

SELF-STUDY
Tuition fee - Guna youtube, buku and internet bapak bayar = RM 0
Exam fee - RM 400 (MA2) + RM 560 (FAB) + RM 560 (FFA)
(Harga Non-Sentral student adalah mahal RM30 dpd harga student Sentral College)

Total = RM 1,520

***********

Okay, moving on to the next question.

Boleh ke self-study?

Boleh je, apesal pulak tak boleh?

Aku fikir macam ni tau, better aku self-study masa subjek senang and exam dia cuma MCQ je, daripada aku self-study masa subjek susah and exam dia ada essay.

Lagipun, paper CAT-ACCA ni worldwide, takkan lah tak ada youtube best untuk dipertontonkan? Kan? Aku rasa berlambak yang self-study kat OpenTuition tu, cuma aku je yang tak ambik tahu sangat -_-


maka aku rasa solution yang terbaik untuk diri aku adalah self-study. Ni untuk aku lah, untuk orang lain maybe tak sama.

So apa yang aku buat untuk self-study adalah :
- guna buku teks BPP
- course material dari Sunway
- buku exam kit dari BPP, Kaplan, GTG, and Becker
- mock exam dari website ACCA
- podcast from OpenTuition (menjadi sangat berguna kalau kau guna notes dia sekali dengan podcast. Kalau notes sahaja, takde function sangat)
- podcast (or youtube) ACCA (normally aku ambik lecture dpd Jenny Cummins, Rob Sowerby)

Aku akan try untuk habiskan silibus sebulan sebelum exam, and semasa sebulan sebelum exam tu aku akan tumpukan untuk buat latihan banyak-banyak.

Ini plan aku lah, kalau Allah izinkan, dapatlah results warna-warni.

In shaa Allah :)







Tapi kalau result aku teruk, anggap jelah aku tak pernah tulis entry ni wakaka.

Tuesday, 29 December 2015

Tuition Fees Yang Mahal Teruk

So.. kalau dah namanya student CAT/ACCA, memang dah sedia maklum yg tuition and exam fee nya adalah mahal, sama la mcm international exam yg lain.

Sebelum masuk kolej, aku memang dah decide sepejal yg mungkin utk menggunakan tenaga pengajar dari KPTM KL utk program CAT-ACCA aku. Asbab musabab nya cuma lah satu; loan MARA.

Tapi memandangkan aku tak berapa yakin yg aku boleh dapat loan mara, (ya MARA eduloan dah bukak 11/12-17/12 haritu), so aku saja-saja google kolej lain yg offer CAT-ACCA programme ni.

So dengan info yg secebis ni, aku dapat merasakan yg kolej yang aku enrol sekarang ni agak mahal.

Aku dulu pernah google,
org kata yuran UiTM murah. Tapi sekarang dah tak ada UiTM yg offer CAT/ACCA.

Dan..
Aku jugak dulu pernah google, option lain utk buat CAT kat tempat yg murah la sikit, adalah KPTM (plus ada MARA). So dgn senang hatinya aku pun masuk KPTM tanpa kaji dulu tempat lain.

Bagi mereka-mereka yg inginkan loan mara (dan rasa mcm dapat sebab tak pernah ada kes apa-apa sebelum ni), boleh apply KPTM.

KPTM
KPTM offer CAT setahun setengah.

Bagi aku ianya agak membuang masa untuk belajar 3 subjek senang dalam masa satu sem.
Boleh dikatakan kebanyakan kawan aku bersenang lenang dan tak lah study sangat sebab terlampau banyak masa terluang (Eh ni Sem 1 je tau, sem 2 and 3 tak tahu lagi haha)

Lagi satu, bila setahun setengah, annual fee yg kita kena bayar kepada ACCA pun dua kali lah.
Again, rugi T_T

Untuk details tentang fee untuk program CAT ni, aku includekan kat bawah ni utk tatapan kalian.


















***
Tapi bagi mereka yg sanggup guna duit sendiri dahulu masa CAT sambil nak berjimat cermat, boleh lah consider tempat lain seperti Kasturi, Sunway, MCKL, JProTraining, FTMS

Sunway College

Sunway College adalah tempat top utk buat CAT ACCA. Sangat famous dalam kalangan students. Dan ramai jugak lah student KPTM akan pergi ke Sunway lepas CAT.

Tapi yuran dia mahal lah lagi dpd KPTM, 
tapi kalau dah mampu, baik pergi yg best terus if alang-alang mahal. Kan? Plus, setahun je k. So kau takyah nak bayar annual fee kat ACCA sampai 2 kali macam kat tempat lain yg offer CAT setahun setengah. 

Tapi tu kalau mampu la.

Untuk yuran Sunway, aku tak jumpa yang latest punya fee. Jumpa yang 2013 ja T_T

Btw MPU subjects aku taktau kena bayar berapa, dia tak tulis dalam tu. Tapi dia cakap lah wajib ambik.

Kasturi School of Accounting

Sepanjang aku dok search ni, aku rasa Kasturi la yg offer tuition fee yg paling murah. Half lebih sikit dpd yg KPTM punya. Nak kata best tak best tu, aku rasa dia best dari segi yuran murah. Nak kata kualiti tu, Kasturi ni ada je produce Prize Winner.

Ni tuition fee untuk Kasturi. Registration fee hanyalah RM50.


















Plus, kalau kau score paper, dapat hadiah duit ok. DUIT.





















Ok lebih kurang mcm scholarship or tuition fee murah la. So kira mcm hadiah duit la jugak kan? Wahaha.

Kalau aku gi Kasturi, dah boleh dapat 75% off utk 2 paper dah -__-
Ruginyaaaa T_T


MCKL

Tuition fee utk MCKL plak, lebih kurang je mahal dia dgn KPTM. Eh tak, silap, mahal lebih sikit dpd KPTM.



Tapi tapi tapi...

Dia ada Merit scholarship jugak. Haa seee hadiah duit lagi!






























J-CAT (JPro Training)

Yang ni memang murah, plus dia buat course ni dalam masa yang terlampau singkat.
Kiranya macam kau boleh completekan CAT dalam masa tak sampai setahun pun.

Sorry lah kalau fee tu dia tulis bukan dalam bentuk table, aku just screen shot je apa yg ada kat dalam blog dia tu. Aku pun malas nak create table untuk bagi senang korang baca haha.


Help College

Hanya full-time basis. Duration setahun setengah. Aku tak jumpa tuition fee structure kat website dorang so aku email and tanya. And ni detailed fee yang dorang kasi dalam bentuk spreadsheet.

Mahal dia dah serupa Sunway dah aku tengok.





PTPL College

Aku rasa PTPL pun murah jugak, dan ianya dalam masa setahun je.

Hm ada kemungkinan aku akan pilih PTPL untuk sambung CAT sebab kolej ni ada kat Penang, and aku boleh ulang alik Penang-Kedah dengan ayah aku bila dia pergi kerja. Dia kata dekat je ofis dia dengan PTPL tu.

Wahh jimat duit accommodation and makan! T_T




Hmm tapi yang tak best nya pasal PTPL ni, kelas dia seminggu 3 hari je. And untuk semester Jan depan, cuma ada FA1, FA2, MA1, MA2 and FAB. Haih, so FAB and MA2 jela aku boleh ambik T_T

Tapi serious murah.


Sentral College (Penang)

Aku ada whatsapp Sentral College ni, tapi dia kata dia tak sure berapa exact amount. Dia kata nanti dia tanya kat Head of Department. Dia ada la cakap dalam RM 11,000 + macam tu.

Aku dengar je 11k terus rasa macam malas nak ambik tahu hahaha. Tapi aku mintak jelah and suruh dia inform aku the detailed fee tu kalau dia dah tanya kat Head of Dept dia tu.


******
So sekali lagi aku tegaskan, kalau yg memang mengharapkan loan mara and kalau tak ada loan tu boleh membuatkan kau stop study, maka ambik lah KPTM.

Tapi kalau rasa boleh support dgn duit sendiri dalam keadaan sangat berjimat cermat, ada ja option lain yg offer tuition fee yg murah sikit berbanding KPTM.

***
Tempat yang tak offer CAT :
- Elite Jaya
- TARC
- Disted College

Taylor, FTMS, Stamford, etc ada ja CAT kalau tak silap aku, tapi aku cari tuition fees dorang kat website tak jumpa. Nak email, malas haha. Sebab aku rasa yg fee dorang pun macam mahal. So aku malas nak korek-korek lagi dah haha,


*******************
Nak tahu tuition fee yg paling murah yang tak payah bayar tuition fee langsung, yang hanya bayar exam sahaja?

Self-study.

Belajar sendiri kat rumah and just ambik exam je kat mana-mana exam centre yg kita nak.
Possible je benda ni, just kena study sendiri. Tu je.
Ambik nota dalam opentuition and/or beli buku teks and/or revision kit.

Alah self study macam masa SPM dulu, yang mana kau tak pernah pun pay attention masa cikgu ajar kat depan tapi boleh score bila time exam sebab pulun macam orang gila seminggu sebelum exam tu.

Haa macam tu lah. Kalau rasa boleh buat macam tu, tak ada masalah. Ramai je self-study :)


***
Aku rasa 4 subjek first tu (FA1, FA2, MA1, MA2) macam boleh je study sendiri, tak susah mana pon. Tapi tu lah, aku baru tahu T_T Kalau tak, boleh save RM4000-5000. Adehh.


p/s : Aku ada buat entry di mana aku combine nearly all FAQs yg orang selalu tanya tak kira lah kat email ke komen ke. So aku rasa sangat berbesar hati kalau korang baca entry-entry ni dulu FAQ CAT ACCA (pasal course ni), FAQ CAT ACCA KPTM (pasal KPTM), Tuition Fees Mahal Teruk (pasal fees and kolej/uni apa yg offer course ni). And you may email me if you still have doubt even though you have read these entries beforehand at cardiganmerah@gmail.com

Cheers

Wednesday, 9 December 2015

Result Sem 1 CAT-ACCA

So, hari ni adalah last paper untuk exam CAT-ACCA bagi sem 1.

2 paper yang aku ambik adalah MA1 dan FA2. Both papers adalah CBE (Computer-based-exam). 
Suasana dia lebih kurang macam nak ambik test untuk driving license.

Paper MA1 bagi aku senang lah jugak sebab soalan dia ala-ala dalam Exam Kit BPP and Kaplan. (KPTM guna buku BPP, INTEC and Sunway guna buku Kaplan). Kalau buat banyak latihan, in shaa Allah boleh jawap dengan sukacitanya.

FA2 pulak lain ceritanya.

Soalan dia a bit tricky, tak macam dalam buku BPP or Kaplan. Kalau tak ada rasa iman dalam diri ini, boleh menyebabkan kau menyumpah-menyeranah.

K exaggerate sahaje. 

BPP punya soalan senang, Kaplan punya soalan susah sikit, tapi final exam FA2 memang kita tak pernah jumpa lagi style soalan dia.
Kena banyak berfikir lah sikit, and tak straight-forward. So biasanya students akan terkejut masa jawap FA2. Contohnya, aku.

Aim aku adalah untuk dapatkan World Prize Winner untuk setiap sem bagi setiap subject, ie, the highest mark dalam kalangan semua students yang ambik paper tersebut. Tapi apakan daya, rezeki World Prize Winner masih belum sampai.

Ohye, siapa-siapa yang nak masuk KPTM KL sebab nak loan MARA, sampai sekarang application tak bukak-bukak, padahal dah habis sem 1 dah pun. So, bersedia untuk guna duit sendiri dulu.

Kepada lepasan SPM nanti korang jangan lupa apply Peneraju tau. Peneraju sangat best ok. Part paling best adalah apabila dorang hantar students kat Sunway. Sunway adalah tempat yang sangat daebak untuk ACCA. Even budak KPTM pun, lepas habis CAT, mostly dorang akan menuju ke Sunway.

Alang-alang kau nak bayar mahal untuk ambik kos CAT-ACCA, biar ambik kat swasta yang best. Baru berbaloi. Tu kalau sendiri bayar la, kalau nak loan, tunggu MARA or Peneraju.

So sekarang aku tengah tunggu application MARA untuk buka. 

Dan harap-harapnya awal tahun depan dah boleh apply.



Friday, 2 October 2015

Exemption and Registration for CAT-ACCA

So, dah berapa kurun dah blog aku ni mereput? -_-

K takpa kita skip part introduction sebab aku taktau nak tulis apa, and move on to the isi penting.

So as a semester one student, aku sepatutnya kena ambik 3 papers; FA1, FA2 and MA1. Tapi memandangkan aku dapat A dalam Prinsip Akaun semasa SPM, so boleh dapat exemption utk FA1. Oleh yang demikian, aku just ambik 2 papers je exam nanti.

Tapi, tapi, tapi...

Walaupun dapat exemption, still kena pergi kelas FA1 macam biasa.
Just tak ambik exam je. So at least boleh refresh balik.

Dan since masa SPM dulu kita guna BM, ianya agak confusing jugak la sikit utk belajar dlm English sbb dah terbiasa akaun melayu. Otak kita kena translate dulu words dia into BM, then baru boleh nak process the info dan store dlm memory.

Yang aku perasan, mostly classmate aku cemtu la masa awal-awal. Kena ada google translate dalam otak. Tapi lama-lama dah okay. Yang mana takda basic akaun, dorang agak stress masa awal-awal sebab lecturer suka explain serupa macam kelas tu dah ada basic account.

Kesian gila aku tengok dorang.
Muka macam nak nangis.
Yang berkerut juga tidak terkecuali.
Yang tidur apatah lagi.

Tapi sebenarnya lecturer tu baru introduction je, time tu dia sedang review sesikit topik apa yg akan dipelajari. That's why la lecturer explain serupa mcm kelas tu dah ada basic knowledge. So kalau tak faham, takpa je. Nanti bila dah masuk topik sebenar, baru la okay sikit.

So yang tak ada basic account, chill k. Jangan nangis kalau tak faham masa first-second week. Nanti dah masuk bebetul baru korang akan faham dengan jayanya.

Chill k. Chill.

Chill tau.

Oh ye sebelum aku lupa.

Tentang registeration ACCA.

Kalau korang nak dapatkan exemption for FA1, kena upload sijil SPM korang masa nak register kat website ACCA tu. Tak payah translate SPM tu into English walaupun SPM kita tu dalam Bahasa Melayu. Sebab ACCA tau SPM kita.

Tapi kalau kau taknak exemption FA1 (ie kau nak ambik FA1 walaupun kau layak utk dapat exemption), jangan upload SPM kau. Sebab ianya automatically akan exempt FA1 kau if you uploaded the SPM results.
Sesetengah orang nak ambik FA1 walaupun dia layak dapat exemption sebab dia nak tinggikan average marks dia di penghujung sem 3 (paper FA1 senang sangat, easy to score 90+)

Manakala yang taknak ambik exemption pula sebab taknak bayar exam fee for FA1. Save duit.
Ada jugak spesis yang malas nak ambik exam, sebab tu ambik exemption.
Dan aku termasuk dalam kategori kedekut serta pemalas. Wakaka.

K ada soalan setakat sekarang? Takda kan? Orait.

So... Kalau la tetiba kau ada benda nak tanya pasal CAT/ACCA dekat orang ACCA, jangan email dorang. Lembap. 2 hari baru reply (Bagi aku 2 hari sangat la lambat). Kau guna ACCA chat untuk dapatkan instant reply. Lebih kurang macam kau chatting dengan customer service kat website tu la.

So kat mana nak chat ACCA tu?
Ada kat contact ACCA, kat bawah-bawah tu, cer cari. Sorry aku malas nak screenshot haha.


Last but not least, may Allah ease our journey all together.

Tuesday, 21 July 2015

Introduction to CAT-ACCA KPTM

So 2 Julai 2015 hari tu aku register untuk CAT-ACCA KPTM KL.

Memandangkan baru seminggu lebih je aku duduk kat sini, tak banyak sangat yg aku boleh cerita kan kecuali tentang brief introduction to CAT-ACCA KPTM.

Hostel
Kitorang dapat condo Bayu @ Pandan Jaya yg memuatkan 14 orang dalam satu rumah. Dalam satu rumah ada 3 bilik. So ada yg dapat sebilik 4 orang dan ada yg 6 orang sebilik.

Ye aku tahu, ramai gile kan. 14 orang wei, 14 orang.

Toilet ada 2 dalam sebuah rumah. Ada balcony kecik sebagai ampaian, dan juga washing machine utk setiap rumah.

Walaupun ada sinki utk memasak, tetapi memasak adalah forbidden.

I KENOT BRAIN DIS.

Kitorang duduk kat condo tapi tak boleh masak. Bazar dah la mahal, tak menyelerakan pulak tu. Bukan nak jadi demanding, tapi kitorang kan akan menjadi seorang akauntan yang gagah dan berkaliber, apape yg kitorang buat mestilah bertujuan utk mengurangkan kos serta menguntungkan diri sendiri.

The purpose of a business is to make profit to the owner(s) - Lecture 1 in FA1.

Get it? Get it?!

Plus, makanan luar penuh dengan ajinomoto. Not good babe, not good.

Nasib baik view malam-malam cantik gile. Kalau rasa mcm nak feeling titanic, memang berpatutan.

Ohye, sewa hostel adalah RM200 sebulan. Ada access card kalau nak naik blok. Dan access card tu RM15/card. Kau taknak beli pun takpe, tapi kalau nak naik rumah, kena tunggu kawan yg ada card lah utk naik sama-sama.

Tetiap kali keluar hostel sebab nak merayap, atau nak bermalam kat luar, kena tulis kat kad kuning dan merah yg KPTM kasi kat kita. So agak macam asrama jugak lah sikit.

Hostel diwajibkan selama 2 semester untuk budak first year. Tapi sesiapa yg duduk dekat2 tu, boleh je kalau taknak dok hostel. So third sem nanti, kalau malas nak cari rumah, boleh je nak extend contract hostel ni.

Distance from Hostel to College
Jarak hostel Bayu ke Kolej adalah lebih kurang 10-15 min berjalan kaki.
Bus hanya disediakan pada pukul 7.30, 8.30 dan 9.30 am sahaja (kalau tak silap aku lah). Tapi ada juga van yg disediakan dari bawah blok sampai la ke LRT Pandan Jaya, sebab kalau jalan kaki, kitorang kena lalu kat jejantas LRT utk ke Kolej. So kiranya macam van tu hantar sekerat jalan jela, lepastu kau kena jalan kaki.

Study Loan Pinjaman 
MARA disediakan bagi yg layak, dan tiada PTPTN disediakan utk student yg ambil kos professional CAT.

MARA kasi berapa? Nanti aku update bila aku dah dapat loan MARA. Tu pun kalau aku rajin. Aku tak dengar sangat masa dia kasi taklimat, lagipun time tu dia just bagi briefing ringkas je. Plus aku tak eligible utk apply for this semester T_T So tak berapa nak dengar sangat.

Tapi yang pasti, MARA hanya akan kasi allowance biasa je, alah yang mcm duit pengajian kolej dengan sara hidup. Duit buku dengan laptop MARA dah tak kasi dah. Kesian korang kan? Aku pun sama kesian kat diri sendiri.

Kos Pengajian dan Peperiksaan CAT
Untuk kos pengajian di KPTM, aku ringkaskan macam ni jelah ye.

Before masuk KPTM
(1) Yuran pengesahan tawaran RM250 (takkan dipulangkan kalau tetibe kau ubah fikiran takmau masuk KPTM)
(2) Yuran pengajian RM1250 (boleh dapat balik kalau tak jadi daftar)

Total = RM 1500

While in KPTM

Semester 1
(1) Hostel RM200/month x 6 bulan (1 sem) = RM1200
(2) Yuran pengajian Sem 1 = RM 3740
* However, total ni akan ditolak dgn yuran RM1500 yg kita bayar sebelum masuk KPTM. So akan tinggal RM 2540
(3) Buku teks dan revision kit FA1, FA2 dan MA1 = ( RM 75 x 3 ) + ( RM 52 x 3) = RM 381
* Nak murah, kau beli buku teks dari senior dan potostet revision kit. Aku dapat RM 80 utk 3 textbook ori dan RM 35 utk potostet revision kit
(4) Yuran CAT-ACCA = £321 (so dalam RM 2000, kalau nak murah, kau register exam awal, kalau dapat exemption for paper FA1 pun dah boleh save utk exam fee)

Total = RM 6121

Semester 2
(1) Hostel RM200/month x 6 bulan (1 sem) = RM1200
(2) Yuran pengajian Sem 2 = RM 2730
(3) Buku teks dan revision kit MA2, FAB/F1 and FFA/F3 = ( RM 75 + RM 85 x 2 ) + ( RM 52 + RM 55 x 2) = RM 407
* Nak murah, sama jugak, kau beli buku teks dari senior dan potostet revision kit tu
(4) Yuran CAT-ACCA = £205 (so dalam RM 1230)

Total = RM 5567

Semester 3
(1) Hostel RM200/month x 6 bulan (1 sem) = RM1200
(2) Yuran pengajian Sem 2 = RM 1150
(3) Buku teks dan revision kit FMA/F2, FTX, and FFM = ( RM 85 x 2 + RM 75 ) + ( RM 55 + RM 52 x 2) = RM 404
* Nak murah, sama jugak, kau beli buku teks dari senior dan potostet revision kit tu
(4) Yuran CAT-ACCA = £311 (so dalam RM 1866)

Total = RM 4620

** KPTM fees maybe berubah from time to time, or maybe aku ada typing error, but it won't lari that much in shaa Allah
** Aku suggest, sebelum kau masuk KPTM ni, kau prepare siap-siap duit (at least 2k ke buat belanja sara diri dengan buku, sebab duit MARA masuk lambat kalau tak silap aku. Takkan nak beli textbook sehari sebelum exam pulak kot kan?)

Ni list yuran CAT-ACCA utk reference korang. Aku cilop dari ACCA website.


(*Woi kat mana nak korek simbol pound kat keyboard ni woi?)

Makanan
Sehari aku allocate RM 10 maximum untuk isi perut. Itu pun sebab aku nak jimat dan aku ni bangsa keding. Kalau orang lain, maybe RM 15 kot. Kot la. Makanan banyak kat sekitar KPTM, kalau kat Bayu, tak berapa sangat. Kedai servis kereta je berlambak.

Supermarket pun jauh gak la, kena naik transport. Nak harap berjalan kaki ke Tesco, memang tak lah.

ATM Machine
Cuma ada BSN je kat dalam KPTM. So memang rugi la RM 1.06 kau tetiap kali kau cocok duit.
ATM lain paling dekat pun jauh gak ah, serupa kau nak gi Tesco tadi tu.

Sape je pakai BSN? Sape je?! Bukan ke BSN ni guna nye untuk beli number PIN je ke?!
-_____________-


Studying environment
Library KPTM ni bagi aku tak lah besar sangat, sebab student pun tak ada lah ramai sangat. Tapi yang pasti, bising jugak lah sikit. Maybe sebab dorang gossip buat group discussion. Bagi aku lah bising, tapi maybe bagi orang lain tak bising.
But don't worry, ada je quiet area kat dalam library tu. Tapi kecik jela tempat dia, boleh buat dalam puluh-puluh orang je.
Library tutup pukul 7pm during weekdays. Weekend aku tak ingat dah bila dia buka.

Bilangan students yang ambil CAT-ACCA ni ada la dalam 187 orang kot kalau tak silap aku. Dan kitorang dibahagikan kepada 7 sections. Dalam setiap section ada dalam 20-30 students.

Yes, belajar dalam kelas. Tak ada lecture hall sampai beratus orang tu. Untuk setiap core subject, kelas adalah dalam 2-3 hours per class. So akan ada sorang sahaja lecturer yg ajar kita untuk setiap paper.

LRT
LRT Pandan Jaya sangat dekat ye dengan Bayu. Jalan dlm 5 minit cemtu je. So kemudahan LRT sangat memberangsangkan.


***********
So ni je lah yang aku rasa benda basic yang aku boleh fikir buat masa sekarang sebagai preparation sebelum masuk CAT-ACCA kat KPTM ni.

Kalau nak cerita bab penderitaan dan keperitan CAT ni, kau cari lah kat blog lain.
In shaa Allah berlambak yang bakal kau jumpa yang meluahkan rasa pedih ulu hati.

So gunalah Gaviscon. Kahkah. K tak lawak.

Bai.


Monday, 11 May 2015

Interview CAT-ACCA UiTM

Entry ni serious panjang melampau.

Dalam ni aku akan cerita tentang flow interview CAT-ACCA UiTM untuk panggilan kedua aku
- English Test 1 jam
- Maths Test 1 jam
- Interview 10-20 mins (aku akan cerita tentang soalan untuk candidate lain, dan jugak soalan untuk aku)

** Untuk yg nak terus baca pasal soalan interview, boleh skip perenggan banyak-banyak ni and cari sub heading berwarna merah bertajuk Soalan Interview.


* * * * * * * * * *

7 May 2015 haritu, aku pergi interview utk program CAT kat UiTM Shah Alam (programme code AC150).

Seperti dalam entry sebelum ni, aku terlepas interview sebenarnya,
So ni adalah panggilan kedua interview bagi kos CAT di UiTM. Kemungkinan sesi kali ni sedikit berbeza daripada sesi pertama.

Aku naik teksi ke UiTM tu dengan adik aku. Nama penuh tempat aku nak interview tu, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah. Nama glemer kat signboard, Bangunan SAAS. Aku sampai dalam pukul 7.45am, walaupun surat kata register pukul 8.30 am. Masa aku sampai tu, orang lain tengah muka nervous, dan diapit kiri kanan oleh mak ayah memasing.

Aku?

Perasaan nervous aku tak sempat nak sampai lagi, lebih kepada perasaan kebuluran sebab tak sempat breakfast. Nasib baik sempat tapau nasik lemak wakaka.

Masa sampai tu, ada sorang kakak ni tegur and tanya apa benda entah tak ingat dah aku. About lepasan spm mende entah. Aku bagitahu yg aku apply guna result SPM, tapi aku bukan lepasan SPM pon wakaka. So aku cakap la yang lain-lain ni maybe lepasan SPM.

Aku ingat kakak tu sama kategori dgn aku, yakni baru nak apply CAT tapi guna result SPM yg dah berzaman. Tetibe anak dia muncul, tanya aku apply kat mana, website UiTM ke apa, sebab dia kata dia tak apply pun kat website UiTM tapi tetibe dapat surat interview entah dari mana pun dia taktahu. Ada juga dia mention tentang scholarship Peneraju.

Tapi malangnya satu mende pon aku tak paham pasal biasiswa yang dia bagitahu tu.
Isk isk.

Oh ye, lepas aku tahu kakak tu sebenarnye seorang ibu,
terus aku cop dia sebagai seorang makcik, bukan lagi seorang kakak.

Haha sorry makcik, saya taktau makcik ni makcik, muka muda sangat mcm 30-an.
Aku pun lupa nak tanya nama makcik tu apa, so demi memudahkan cerita, kita namakan makcik tu sebagai Makcik Cat dari Penang.


Dalam pukul 8.40 mcm tu kitorang dipanggil untuk masuk dalam hall untuk buat English Test.
English test tu dia kasi 1 jam, nak keluar awal pun takpe tak kisah.

Oh ye, sebelum tu lupa nak bagitau,
utk interview batch kedua ni, ada 117 nama dalam senarai tapi yang datang dalam half je (based on my observation la).

Ada juga aku tanya sorang budak ni, dia memang dapat panggilan interview batch kedua ke?
Mana la tahu kan kot-kot dia sama bangsa dgn aku, jenis budak-terlepas-interview-sebab-tak-semak-kat-website, kahkah.

Tapi rupanya dia kata dia memang dapat panggilan utk pergi interview 7/5/2015, so dia pun pergi jela cambese.

K aku jeke yang terlepas interview ni lepastu dapat second chance utk interview panggilan kedua? ~_~

English Test (8.50am - 9.50am)

Basically dia suruh kita buat essay 250 words.
Sorry aku memang tak ingat langsung the exact soalan.
Yg aku ingat, dia tanya tentang macam mana ACCA ni akan bantu korang dlm role korang sbg akauntan nanti, something like that lah.
Ehyeke? Sorry sangat-sangat aku memang tak ingat.

Lebih kurang je macam soalan essay yg previous years punya (Kalau korang rajin google entry orang lain, mostly akan jumpa yg soalan essay adalah berkenaan role of accountant and ACCA)

So, apa yg aku jawap?

- accountant kena manage pasal company punya finance dan bagi advice
- since I was a science stream student, I really made research about this course before decided to change my study field to accountancy. I used to think that akaun ni kerjanya asyik tatap numbers and calculators je kat corok corner tepi bilik, tapi rupanya bukan. It is actually more than that. Role of accountant adalah utk manage finance company tu and bagi advice tentang apa yg baik and buruk dari segi kewangan company tu, sebab basic calculation and book keeping tu nanti guna advance accounting software je.
- my dad used to say kalau nak masuk bussiness world, make sure kita aim sampai professional cert, not just a degree
- then aku cakap la acca ni world wide, recognisable, anytime anywhere kita boleh kasi kita punya service, professionally trained yada yada yada

Memandangkan aku dah lama sangat tak buat essay english style SPM,
ayat aku memang tak ada rupa akademik langsung,
but instead, rupa macam orang tengah menyembang. 
Hahaha. Lantak, asalkan point yg aku nak cakap tu adalah my honest view about ACCA that I have gathered from my research. I'm just applying back what I have read and gained from my research.

Math Test

Sejam dia kasi masa untuk buat, tapi nak keluar awal pun takpe.

Serious aku cakap, last sekali aku belajar maths adalah masa 4 tahun lepas. Sejak dari 4 tahun lepas, aku hanya gunakan calculator kedai runcit tu je, takde lain dah. Tapi alhamdulillah soalan math dia adalah soalan tambah tolak darab bahagi yg memang simple tahap korek taik gigi.

Kadang tu aku rasa mcm dungu jugak masa test tu,
sebab guna calculator untuk simple addition ~_~

Like, kau dah kenapa 11+13 pon nak guna calculator?! Teruk sangat ke kaviti taik gigi kat otak kau tu?
-,,-

Tapi ada je soalan seketul tentang standard deviation ke normal distribution entah.
Ada jugak pasal equation of a gradient.
Ada jugak satu soalan suruh factorise.
Simple je factorisation dalam soalan tu, tapi tu lah, aku dah lupa macam mana nak factorise x tu guna calculator wakaka.

Overall, ada 40 soalan simple math and aku dapat 38/40.
Simple math pun takleh dapat full marks, kahkah.

Ohye, bila kau dah submit answer, tak leh 'go back' atau check balik dah. So kalau kau ada careless mistake, mereput la kau dgn careless mistake kau tu.

So gunakan lah calculator sehabis baik walaupun soalannya cuma tanya 1+1

Briefing for Parents
Masa kita tengah busy buat Maths test tu, parents akan diberi briefing oleh UiTM.

Aku kan datang tanpa ibu bapa, and adik aku je teman,
so memang tak laaaa budak tu nak gi dengor briefing tu ~_~

Namun begitu, aku ada juga dapat info sikit-sikit pasal briefing tersebut daripada Makcik Cat tadi masa kitorang tunggu teksi bersama-sama selepas berakhirnya interview.

Menurut beliau, kos CAT ni dipindahkan ke INTEC untuk diprivatekan sebab nak student concentrate untuk paper CAT sahaja. Kalau under UiTM, nanti dorang kena ambik paper-paper lain yang wajib diambil sebagai student UiTM. Tapi, kalau under private centre, just those 9 papers only.

Selain itu (amboi penanda wacana kau), semua student yang menghadiri interview pada hari ini/itu, eligible untuk dapat scholarship Peneraju. (Oh menatang ni la Peneraju yang budak tu cerita kat aku pagi tadi!). Kalau pass semua paper without repeat, dengan markah more than 65%, tak perlu bayar balik sebab jadi biasiswa. Kalau tak, nanti kena bayar balik 20%

Aku tak sure aku boleh apply ke tak sebab aku bukan lepasan SPM 2014 T__________T

Soalan Interview (2.00 - 5.00pm) - In English

So bila dah pukul 1.40pm, aku pun naik tingkat 14 untuk ke bilik interview.

Mengikut bancian yang dikutip dari mulut ke mulut, panel 6 yg bakal interview aku ni, dorang akan tanya soalan sepert berikut:

1) Introduce yourself (Soalan wajib)
2) Family background
3) Kokurikulum
4) Why choose CAT
5) What is accounting
6) What if you failed in CAT? what would you do?
7) Why do you love accounting? Tau la kau minat akaun, tapi apa yg menyebabkan kau minat akaun? cemtu haa
8) How do you see yourself in the next 10 years
9) What does an accountant do?


Bagi menambahkan efek saspen, interviewer tu akan provoke kau and tanya soalan macam..

   "Hang tau dak CAT ni susah??"

   "Cemana hang nak buat kalau hang failed??"

   "Kalau failed lagi cemana?? Haa haaa"


Okay. Tak ada lah bunyi BM Kedah macam tu. Interviewer tu speak in English la of course.

Tak tahu lah kot kot sebenarnye interviewer tu cool je, tapi saja bebudak ni buat gaya macam interviewer tu garang sangat kan. Tapi ada jugak kemungkinan interviewer tu memang nak psycho sikit-sikit. Entah.

Tips untuk taknak nampak cuak bila di-provoke, kau senyum je.
Kalau boleh sepetkan mata, kau sepetkan sikit bagi nampak macam mesra alam.
Automatik nampak macam kau seorang yang kool.
Kool macam sape? Macam aku. Kahkah

Interview orang lain, ada yang 10 min je, and ada yang 20 minit punya lama.
Depends mood interviewer tu nak tanya apa, soalan simple atau soalan provoke.

Untuk panel 6, interviewer ada 4 orang, manakala interviewee hanyalah seorang. Untuk panel lain, Makcik Cat cakap, ada orang dapat masuk 2 orang sekali gus untuk di-interview.

Menurut sumber lain yang boleh dipercayai, panel dari bilik lain hanyalah bertanyakan soalan-soalan senang seperti introduce yourself dan family background, dan juga kokurikulum, pastu dah, habis. 

Yang paling tak boleh blah, ada sorang candidate bagitau cemni,

   "Weh seronok ah interview tadi, best giler!"

Untung laa best -_-

Hm. Maybe Panel 6 ni je kot yang macam semangat membara utk tanya soalan yg betul-betul berilmiyah.

So bila dah sampai turn aku untuk interview, aku merupakan candidate terakhir.

CANDIDATE TERAKHIR!

Untuk menagih simpati korang, aku nak bagitau yang interview aku adalah pada pukul 4.45pm.
Dan, dalam surat tulis bagitahu yg interview akan habis pada pukul 5.00pm

Nak lagi kesian? Pintu panel lain semua dah kunci.
Ruang menunggu dah pun kosong serupa bilik berhantu.

Tapi takpe, aku okay.

So aku pun masuk bagi salam senyum pesemua,
Then dia suruh duduk,
and dia pun tanya la how are you cambese,
aku pun jawap 'Greatt, thank youu. How are you doing? :)'

Ha nampak tak nada excited aku tu macam mana?

Aku sebenarnye dah prepare untuk jawap soalan wajib 'introduce yourself'. Aku siap google and youtube kot pasal killing question introduce yourself ni..

..tapi lain pulak jadinya. Aku duduk je terus interviewer tanya soalan ni direct tanpa intro.

"Regarding your application, we are concern about your age and your SPM which was from 2009, can we know what did you do after SPM up until now?"

By the way, soalan lepas-lepas ni, aku akan taip tanpa mengikut turutan sebenar ketika interview.

Why do you wanna take CAT?
- Shortest programme to get ACCA. I've made comparison between diploma, degree and CAT. Since CAT will only take 1 or 1 1/2 yrs while the other 2 will take 3-4 years, I think CAT is the best for me since I don't want to wait for another solid 3-4 years for a degree or diploma. Besides, my dad used to say,"Kakak, if you want to get into bussiness world, aim for the professional certificate, not just a degree"

So does that mean you just wanna take CAT and not ACCA?
- Nope, I'm not going to stop until CAT. I'm going to take ACCA, but my plan is, after CAT, I have 2 options, either full-time ACCA, or part-time ACCA. It will depend on the situation later.

What does an accountant do?
- manage the finance of the company and give advice of what is good and bad for the company's finance

Why did you stop taking microbiology although you still have another one more year to go? Why not try to finish your degree first, at least you can have a degree...?

- I don't want to be a microbiologist. That is not the life that I want. I wanna be an accountant.

Why did you stop taking your degree?
- Actually it was because of my poor academic performance and that's because of a few reasons like study technique and no interest in that course.

How poor was your academic performance?
- I failed a few subjects

So you were saying that you are passionate in accounting, why is that?
- Actually my interest is calculation. There are many study fields that use calculations, like physics, mathematics, computers and accounting. Eventhough I'm good in physics, I don't like the subject, but I'm actually quite good at it. I actually hated biology since I was form 4, and love accounting since I took the subject from the tuition outside the school. I actually started taking accounting a bit late during form 4, but I love it very much.

(Untuk soalan ni, mulut aku memang nak sembur "Money. Because I love money." sebab aku memang nak ambik akaun sebab suka duit pon Tapi aku fikir nanti mesti dia ingat aku ni perempuan durjana drama melayu kaki perampas bercirikan materialistik dan pisau cukur, so aku pun cancel. Tapi bila fikir balik, alasan 'money' tu adalah alasan terbaik yang aku dapat fikir untuk sesiapa yang nak jadi akauntan. Aku pulang dalam keadaan menyesal.)

When did you come back?
I came back last November

So what did you do after coming back since November?
I learn how to sew jubah and dresses.

When did you find out that you're interested in accounting and decided to take accounting? Is is quite recently?
Yes, it's quite recent that I'm very sure and decided that I wanna take this accountancy as my course. I think it was early this year if I'm not mistaken.

(Aku ingat nak cerita pasal aku baca buku Rich Dad Poor Dad, tapi lupa)

What is your father's job?
He works at the bank

Your mother?
She's a housewife.

Are you the first child? Do you have any siblings?
Yes, I'm the first child. I have 4 brothers and 1 sister.

Why did you.......? (Aku tak ingat soalan apa tapi aku jawap macam ni.)
Actually, after my SPM, I'm not quite sure of what course I wanna take, either science or accounting. My dad preferred accounting while my mom preferred science. She said that my characters suit more with science, so that is why I chose science instead of accounting

(Interviewers gelak kot kat aku time tu, takde la gelak banyak, just gelak sikit je lah. Nak buat cane, tipikal budak lepasan SPM memang begitu pemikirannya.)

So how's your family react with your decision?
They are very supportive! My mom used to say that I'm much more suitable with science but now she supports my decision. If I decide by my own, I shall be responsible for my decision, compare to following my parents' decision. If we followed other people's decision, then if something happened, we might not want to take the responsibility and blame it on other people. So if this is my own decision, I will be responsible for everything that happens.

How are you going to finance your study?
- PTPTPN

Oh, ptptp wont cover the fees for CAT programme.
- Oh really? (Serious muka aku terkejut gila dan tak cover langsung terkejut tu. Kalau boleh sebut 'Biar betik?' memang aku dah sebut dah)

Yes, so how are you going to pay?
- Hm perhaps with my saving because I have my own saving account. I have a little bit of saving so, yeah.

Hmm we do have scholarships. Did you go to the briefing? Ehh ohh yes that one was for the parents. We've informed the info about the scholarship during the briefing.
- My parents didn't come here. I'm coming with my sister and she wasn't there when the briefing was held.

It's okay, you can get the information from the department and maybe from *aku tak ingat siapa tapi dia ada mention nama Mala*

Let say if you have no interest in certain subjects, I mean, there would be a range of subjects tought in CAT, and there will also be certain subjects that will not interest you. How would you overcome that?
- Yes yes of course there would be certain subjects that would give me less interest, but I'll try my best and maybe ask for some tips from my seniors

(Aku ulang sekali lagi, turutan soalan interview adalah bergelimpangan, so sequence dia maybe macam tak masuk akal sikit sebab tak ikut turutan sebenar. Dan kemungkinan juga ada soalan yang aku dah lupa wakaka.) 

That's all for today, thank you very much.

(Then aku tunggu kot kot depa nak tanya 'Do you have any questions?' Tapi since depa tak tanya pun, aku pun dengan selambanya tanya...)

Em can I ask a few questions?
-Yesss yess of course you can.


(dan seriously lepastu aku terus keluarkan notebook aku dari poket utk aku tanya soalan kat dorang. 4 soalan aku tanya to be exact. Sebab tu aku guna notebook sebab aku takut aku lupa. Bila balik rumah pun baru teringat ada lagi beberapa soalan nak tanya T_T)

Soalan Aku untuk Interviewer


1) What is the course structure for the CAT programme? I have visited the website and it says we need to take 9 papers. But I'm just wondering do we need to take any other additional papers as well, like Bahasa Kebangsaan, Komunikasi something like that? Because I couldn't find it on the website. If you have the paper of the list of the course structure right now with you, can I have it? (Tudia dah la panjang kemain soalan, demanding pulak tu nak kertas tu sekarang hahaha)

- I'm not quite sure with the structure, if I'm not mistaken, there will be 1 or 2 MQA papers that you need to take besides CAT papers. I'll email the course structure to you later, and if we forgot to email you, please email us.

Then, aku jawap...

"...Awesome, that would be great!" (Aku siap tunjuk thumbs up lagi. Bukan apa, aku dah terbiasa buat macam tu masa degree dulu. So terlupa lah yg interview ni formal wakaka. Kira okay la aku tak sebut 'cool / sweet' sebagai pengganti perkataan 'okay', gila tak professional kahkah)

2) I've been told that INTEC will take over the management starting this year. So does that mean the lecturer will be from INTEC, or still from UiTM?

The lecturers will be from UiTM, and we also hire new lecturers for the programme, so our plan is we will be moving the UiTM lecturers to INTEC phase by phase, and within 3 years all the lecturers will be completely moved to INTEC.


3) About the fees, I've visited the UiTM website and it says, for semester 1, we need to pay RM 400+ and semester 2 RM 600+ (aku terbalik info masa cakap ni, patutnya sem 1 yang RM 600+)...

- There will be a slight change for the fees as we are moving to INTEC, so the management will be different (Aku tak ingat dah dia cakap apa lagi dah haha)

4) If I got the exemption for CAT paper, I don't have to take the exam, right? But can I take the classes but not taking the exam, because I need to refresh back my memories

- I am not quite sure if you could get the exemption because your SPM was dated from 2009. And I think it's quite recent that they allowed the exemption, maybe since 2011, or....? I'm not quite sure but you can email them yourself and ask.

Ohh okay. Hm if, just in case, if I could get the exemption, can I take the classes without taking the exam?

- Yes, that can be arranged later, don't worry about that



Hmm I guess that's all 
-Okayy. Do you have any other question?

Nope, that's all :) Thank you very much
- Thank you / You're welcome (Tak ingat dorang jawap yg mana satu haha)

Assalamualaikum :)
-Waalaikumussalam :)

Take careeee :D (Menyengih la sikit aku time ni haha)
- Yeaa take careeee


Aku taktau kenapa dorang tak ambik aku punya photocopies yg aku dah bawak. Fail aku yg aku bawak tu memang aku letak atas riba je, dorang tak mintak pon. Ke sebab dorang memang nak reject aku awal-awal lagi so dorang malas nak mintak sijil aku? T_T




* * * * * * * * * * * * * * * *

Interview aku maybe berlainan sikit soalan dia, compare dengan candidate lepasan SPM yg lain.
Yelah, budak umur 20 lebih apply sama-sama dengan budak lepasan SPM.

So maybe soalan untuk aku ni advance sikit lah kot.

Tapi tak ada lah lain mana sangat pun, ada je soalan yang sama macam soalan tentang accounting. Harap-harap membantu lah sikit walau tak banyak.

Dapat ke tak dapat, itu belakang cerita, yang penting, I had experience and fun during the interview :)



***extra info***

Aku terserempak dgn Hajah Aluyah, kaunselor INTEC dulu, now dah pindah balik ke UiTM main campus.

Beliau pesan supaya maintainkan cgpa 3.5 ke atas, not below than 3.0.
Menurut beliau lagi, memang aspek activities and akhlak tu penting selain daripada cgpa, tapi beliau cakap, di Malaysia, employers tengok academic performance yang paling atas sekali, dan academic performance tu cgpa lah.
Ada employer yg akan cakap "Sorry your cgpa is below 3.00, we are not going to hire/interview you, you may go back."
Bukan nak meng-down-kan, tapi itu adalah realiti hari ini ketika job interview, bak kata Hajah Aluyah.


Amacam? Cuak tak? Wahaha

Wish you all best of luck, future interviewees.


p/s : Aku ada buat entry di mana aku combine nearly all FAQs yg orang selalu tanya tak kira lah kat email ke komen ke. So aku rasa sangat berbesar hati kalau korang baca entry-entry ni dulu FAQ CAT ACCA (pasal course ni), FAQ CAT ACCA KPTM (pasal KPTM), Tuition Fees Mahal Teruk (pasal fees and kolej/uni apa yg offer course ni). And you may email me if you still have doubt even though you have read these entries beforehand at cardiganmerah@gmail.com

Cheers

Thursday, 30 April 2015

Terlepas interview

Hari ni dah 30 April 2015. Khamis.

Aku ada apply untuk ambil CAT-ACCA di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur dan di UiTM. Apparently, dua uni/kolej ni je yang aku apply untuk sambung belajar balik nanti in shaa Allah.

So offer letter untuk KPTM aku dah dapat masa aku tengah busy setel barang, Uni dan bank itu hari. Now just tunggu untuk panggilan interview UiTM pulak.

Hari Isnin 27 April 2015 hari tu aku tergerak hati untuk check website UiTM. Rupanya panggilan interview UiTM dah boleh disemak pada 10 April, dan aku kena panggil interview pada 15 April.

Ye. Aku terlepas interview. Kahkahkah

Aku tak sangka pulak yang panggilan interview tu boleh disemak secepat tu, sebab aku send document pun masa 3 April 2015 (due date 4 April). Rupanya 6 hari selepas due date dah boleh check -,,-'

Tapi kan... Kalau aku check awal sekali pun, aku bukannya ada pun kat Malaysia time interview tu. Tengah transit 12 jam kot time tu -,,-

Hm. Maybe sebab tu jugak lah kot Allah tak gerakkan hati aku untuk check website UiTM, takut nanti aku ralat or tak sedap hati sepanjang 10 hari kat sana T_T

Tapi takpa, lek lu. Kita email depa dulu tengok lagu mana, buleh ka dak kalau nak mintak interview lagi, wahaha.

So.. depa kata apa?

Depa kata nanti hari Khamis ni depa akan bagitau pasal tarikh temuduga terbaru.

Okay takpa kita tunggu....

So sekarang ni dah hari Khamis, dan dah petang. Dan ini adalah email yang aku dapat,


"Assalamualaikum

Untuk makluman, disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, IPAC Education akan menunda tarikh temuduga untuk sesi kedua mengikut ketetapan berikut:


Tarikh : 7 Mei 2015 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran)
Alamat : DK1, Ground Floor, Menara SAAS
  Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS),
                  Faculty of Accountancy,
                  Universiti Teknologi MARA,
                  40450 Shah Alam, Selangor


Bawa bersama sijil asal dan salinan (disahkan) bagi dokumen berikut:

a. Kad Pengenalan
b. Sijil Lahir
c. Kad Pengenalan & Sijil Lahir waris
d. SPM/STPM/Diploma/Ijazah dan lain-lain
e. Dokumen-dokumen yang lain


Segala kesulitan amatlah dikesali, Sekian terima kasih."


Semoga Allah permudahkan.