Pages

Tuesday, 21 July 2015

Introduction to CAT-ACCA KPTM

So 2 Julai 2015 hari tu aku register untuk CAT-ACCA KPTM KL.

Memandangkan baru seminggu lebih je aku duduk kat sini, tak banyak sangat yg aku boleh cerita kan kecuali tentang brief introduction to CAT-ACCA KPTM.

Hostel
Kitorang dapat condo Bayu @ Pandan Jaya yg memuatkan 14 orang dalam satu rumah. Dalam satu rumah ada 3 bilik. So ada yg dapat sebilik 4 orang dan ada yg 6 orang sebilik.

Ye aku tahu, ramai gile kan. 14 orang wei, 14 orang.

Toilet ada 2 dalam sebuah rumah. Ada balcony kecik sebagai ampaian, dan juga washing machine utk setiap rumah.

Walaupun ada sinki utk memasak, tetapi memasak adalah forbidden.

I KENOT BRAIN DIS.

Kitorang duduk kat condo tapi tak boleh masak. Bazar dah la mahal, tak menyelerakan pulak tu. Bukan nak jadi demanding, tapi kitorang kan akan menjadi seorang akauntan yang gagah dan berkaliber, apape yg kitorang buat mestilah bertujuan utk mengurangkan kos serta menguntungkan diri sendiri.

The purpose of a business is to make profit to the owner(s) - Lecture 1 in FA1.

Get it? Get it?!

Plus, makanan luar penuh dengan ajinomoto. Not good babe, not good.

Nasib baik view malam-malam cantik gile. Kalau rasa mcm nak feeling titanic, memang berpatutan.

Ohye, sewa hostel adalah RM200 sebulan. Ada access card kalau nak naik blok. Dan access card tu RM15/card. Kau taknak beli pun takpe, tapi kalau nak naik rumah, kena tunggu kawan yg ada card lah utk naik sama-sama.

Tetiap kali keluar hostel sebab nak merayap, atau nak bermalam kat luar, kena tulis kat kad kuning dan merah yg KPTM kasi kat kita. So agak macam asrama jugak lah sikit.

Hostel diwajibkan selama 2 semester untuk budak first year. Tapi sesiapa yg duduk dekat2 tu, boleh je kalau taknak dok hostel. So third sem nanti, kalau malas nak cari rumah, boleh je nak extend contract hostel ni.

Distance from Hostel to College
Jarak hostel Bayu ke Kolej adalah lebih kurang 10-15 min berjalan kaki.
Bus hanya disediakan pada pukul 7.30, 8.30 dan 9.30 am sahaja (kalau tak silap aku lah). Tapi ada juga van yg disediakan dari bawah blok sampai la ke LRT Pandan Jaya, sebab kalau jalan kaki, kitorang kena lalu kat jejantas LRT utk ke Kolej. So kiranya macam van tu hantar sekerat jalan jela, lepastu kau kena jalan kaki.

Study Loan Pinjaman 
MARA disediakan bagi yg layak, dan tiada PTPTN disediakan utk student yg ambil kos professional CAT.

MARA kasi berapa? Nanti aku update bila aku dah dapat loan MARA. Tu pun kalau aku rajin. Aku tak dengar sangat masa dia kasi taklimat, lagipun time tu dia just bagi briefing ringkas je. Plus aku tak eligible utk apply for this semester T_T So tak berapa nak dengar sangat.

Tapi yang pasti, MARA hanya akan kasi allowance biasa je, alah yang mcm duit pengajian kolej dengan sara hidup. Duit buku dengan laptop MARA dah tak kasi dah. Kesian korang kan? Aku pun sama kesian kat diri sendiri.

Kos Pengajian dan Peperiksaan CAT
Untuk kos pengajian di KPTM, aku ringkaskan macam ni jelah ye.

Before masuk KPTM
(1) Yuran pengesahan tawaran RM250 (takkan dipulangkan kalau tetibe kau ubah fikiran takmau masuk KPTM)
(2) Yuran pengajian RM1250 (boleh dapat balik kalau tak jadi daftar)

Total = RM 1500

While in KPTM

Semester 1
(1) Hostel RM200/month x 6 bulan (1 sem) = RM1200
(2) Yuran pengajian Sem 1 = RM 3740
* However, total ni akan ditolak dgn yuran RM1500 yg kita bayar sebelum masuk KPTM. So akan tinggal RM 2540
(3) Buku teks dan revision kit FA1, FA2 dan MA1 = ( RM 75 x 3 ) + ( RM 52 x 3) = RM 381
* Nak murah, kau beli buku teks dari senior dan potostet revision kit. Aku dapat RM 80 utk 3 textbook ori dan RM 35 utk potostet revision kit
(4) Yuran CAT-ACCA = £321 (so dalam RM 2000, kalau nak murah, kau register exam awal, kalau dapat exemption for paper FA1 pun dah boleh save utk exam fee)

Total = RM 6121

Semester 2
(1) Hostel RM200/month x 6 bulan (1 sem) = RM1200
(2) Yuran pengajian Sem 2 = RM 2730
(3) Buku teks dan revision kit MA2, FAB/F1 and FFA/F3 = ( RM 75 + RM 85 x 2 ) + ( RM 52 + RM 55 x 2) = RM 407
* Nak murah, sama jugak, kau beli buku teks dari senior dan potostet revision kit tu
(4) Yuran CAT-ACCA = £205 (so dalam RM 1230)

Total = RM 5567

Semester 3
(1) Hostel RM200/month x 6 bulan (1 sem) = RM1200
(2) Yuran pengajian Sem 2 = RM 1150
(3) Buku teks dan revision kit FMA/F2, FTX, and FFM = ( RM 85 x 2 + RM 75 ) + ( RM 55 + RM 52 x 2) = RM 404
* Nak murah, sama jugak, kau beli buku teks dari senior dan potostet revision kit tu
(4) Yuran CAT-ACCA = £311 (so dalam RM 1866)

Total = RM 4620

** KPTM fees maybe berubah from time to time, or maybe aku ada typing error, but it won't lari that much in shaa Allah
** Aku suggest, sebelum kau masuk KPTM ni, kau prepare siap-siap duit (at least 2k ke buat belanja sara diri dengan buku, sebab duit MARA masuk lambat kalau tak silap aku. Takkan nak beli textbook sehari sebelum exam pulak kot kan?)

Ni list yuran CAT-ACCA utk reference korang. Aku cilop dari ACCA website.


(*Woi kat mana nak korek simbol pound kat keyboard ni woi?)

Makanan
Sehari aku allocate RM 10 maximum untuk isi perut. Itu pun sebab aku nak jimat dan aku ni bangsa keding. Kalau orang lain, maybe RM 15 kot. Kot la. Makanan banyak kat sekitar KPTM, kalau kat Bayu, tak berapa sangat. Kedai servis kereta je berlambak.

Supermarket pun jauh gak la, kena naik transport. Nak harap berjalan kaki ke Tesco, memang tak lah.

ATM Machine
Cuma ada BSN je kat dalam KPTM. So memang rugi la RM 1.06 kau tetiap kali kau cocok duit.
ATM lain paling dekat pun jauh gak ah, serupa kau nak gi Tesco tadi tu.

Sape je pakai BSN? Sape je?! Bukan ke BSN ni guna nye untuk beli number PIN je ke?!
-_____________-


Studying environment
Library KPTM ni bagi aku tak lah besar sangat, sebab student pun tak ada lah ramai sangat. Tapi yang pasti, bising jugak lah sikit. Maybe sebab dorang gossip buat group discussion. Bagi aku lah bising, tapi maybe bagi orang lain tak bising.
But don't worry, ada je quiet area kat dalam library tu. Tapi kecik jela tempat dia, boleh buat dalam puluh-puluh orang je.
Library tutup pukul 7pm during weekdays. Weekend aku tak ingat dah bila dia buka.

Bilangan students yang ambil CAT-ACCA ni ada la dalam 187 orang kot kalau tak silap aku. Dan kitorang dibahagikan kepada 7 sections. Dalam setiap section ada dalam 20-30 students.

Yes, belajar dalam kelas. Tak ada lecture hall sampai beratus orang tu. Untuk setiap core subject, kelas adalah dalam 2-3 hours per class. So akan ada sorang sahaja lecturer yg ajar kita untuk setiap paper.

LRT
LRT Pandan Jaya sangat dekat ye dengan Bayu. Jalan dlm 5 minit cemtu je. So kemudahan LRT sangat memberangsangkan.


***********
So ni je lah yang aku rasa benda basic yang aku boleh fikir buat masa sekarang sebagai preparation sebelum masuk CAT-ACCA kat KPTM ni.

Kalau nak cerita bab penderitaan dan keperitan CAT ni, kau cari lah kat blog lain.
In shaa Allah berlambak yang bakal kau jumpa yang meluahkan rasa pedih ulu hati.

So gunalah Gaviscon. Kahkah. K tak lawak.

Bai.


81 comments:

  1. Err haii hehhe..pehh nangis kolej rm200 sbulan..apply uitm xdpt ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak apply uitm tapi tak dapat. Rezeki bukan di situ :)

      Delete
    2. Ouhh..xpe la kat mane2 pon..asalkan smgat n rajin, kan :)..so mmg ambik kat kptm la tu? Hari tu sy google psal cat acca..terjumpa blog awk plak hehe

      Delete
    3. Ya sekarang tengah ambik CAT kat KPTM. All the best in your cat-acca uitm!

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Mentang2 la kau student CAT semua.kos complete ko kira. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sebab student CAT, tapi sebab mengambil berat tentang poket sendiri hahaha

      Delete
  4. Great info ! Tapi kos ni belajar apa je ? Klu mcm saya yg sc stream time spm klu amik CAT ni bole ke ? Btw all your best ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar accounting. CAT ni foundation utk ACCA. Boleh je, ramai je science stream yang ambik akaun walaupun takde basic. Awal2 je confusing sikit sebab tak biasa dengan accounting punya term/ Lama2 okay je, provided that awak rajin :) Don't worry, senang jee haha.

      All the best untuk awak jugak :)

      Delete
  5. Hi, kak! Saya nak amik CAT tapi takut dia ni macam asasi. Tak score for CAT, takut kena patah balik amik dip account. Still, which one is better? CAT or diploma account? Dari CAT ke ACCA, boleh dapat exemption paper tak? Thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Fatin :) CAT macam asasi/foundation, and yes kalau tak score, kena patah balik ambik diploma akaun (kalau awak still minat nak ambik akaun). Nak compare CAT and diploma, kalau dari segi qualification, menang kat CAT.

      Kalau macam akak, akak tak minat sangat diploma sebab lama sangat. Kenapa nak ambik benda 3 tahun kalau boleh buat dalam masa 1/1.5 tahun? Tapi ada orang suka slow and steady, so mungkin diploma adalah option yg sesuai utk dia.

      Kalau dari segi susah/senang, orang cakap CAT lagi susah, entah, akak tak ambik both diploma and CAT, so tak boleh nak compare sebab akak just experience CAT je haha. Kalau awak minat, susah macam mana pun awak tak kisah utk study, sebab awak buat benda yg awak suka.

      Dari CAT to ACCA, dapat exemption F1-3 (sebab kita belajar F1-3 ni masa CAT jugak, so kalau masa CAT dah kena ambik, buat apa ambik masa ACCA lagi, kan? haha)


      p/s: kalau risau pasal patah balik ambik diploma akaun, don't worry, ketahuilah bahawa batchmates CAT akak umur 18, and akak 23 masa tu -_- haha

      Delete
  6. Apa beza asasi perakaunan kat U lain dgn prog ACCA-CAT ni ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asasi/matrik adalah pathway utk ke degree akaun. CAT ni pathway utk ke ACCA.

      Asasi/matrik tak laku utk kerja. CAT laku untuk kerja, tapi as accounting technician.

      Asasi/matrik biasanya local, CAT pulak worldwide.

      Lepas matrik/asasi, boleh jugak terus ambik ACCA kalau tak silap (tapi biasanya orang pilih degree lepas asasi/matrik). Tapi kalau CAT, takleh guna untuk ambik degree, ie, lepas Matrik/asasi boleh ambik ACCA or degree, but CAT just for ACCA je. Tapi taktau boleh dapat paper exemption ke tak untuk asasi/matrik.

      Kalau dari segi silibus dan pembelajaran, sorry tak tahu, tak pernah ambik asasi/matrik akaun. Tapi yang pasti, CAT semua bergantung kepada final exam 100%, while Asasi/matrik, maybe ada internal assessment kot (assignment, groupwork etc).

      Asasi/matrik akan dapat elaun drpd kementerian kalau tak dapat scholarship, tapi CAT pulak, either guna duit sendiri or dapatkan scholarship. Biasanya orang aim pinjaman MARA kalau masuk CAT kat KPTM, tapi since batch saya yg July 2015 pun MARA tak proses2 lagi kelulusan pinjaman dan akan ditangguh sehingga 'kelak', so taktahu batch korang bila boleh apply pinjaman MARA.

      So to conclude, biasanya orang ambik CAT sbb dia memang dah aim nak ambik ACCA. Ada sesetengah tak sure lagi sama ada nak ambik sampai ACCA, or degree. So dia pilih asasi/matrik.

      Delete
  7. Kalau ambil CAT di KPTM perlu ditemuduga ke ?

    ReplyDelete
  8. Susah tak nak catch up study CAT ni if kita takde basic akaun langsung.

    ReplyDelete
  9. Susah tak nak catch up study CAT ni if kita takde basic akaun langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah pun kalau rajin. Yg susah tu kalau malas dan belajar last minute. Ramai je yg takda basic akaun langsung and depa boleh score sbb depa rajin. 'Rajin' je yg membezakan org tu boleh score ke tak, bukan 'ada basic akaun or takda'.

      Delete
  10. Can i have your phone number? Nak tanya something pasal cat-acca ni. Or you can contact me first on whatsapp 0145202000. Btw saya calon spm2015.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh contact kat email cardiganmerah@gmail.com

      Delete
  11. As salam dik, just wanna applaud you for sharing your experience and information regarding your studies. I enjoy reading all your posts. Keeo writing. Semoga dgn perkongsian ini semua urusan Adik dipermudahkan. Amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Terima kasih baca blog saya :) Aminnn. Saya doakan semoga urusan akak pun dipermudahkan in shaa Allah :)

      Delete
  12. Kalau nak ambil cat di kptm kena ada berapa A ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi tengok kat website KPTM sendiri. Dia ada tulis kat situ requirement dia utk ambik CAT

      Delete
  13. Akak psl loan mara tu mmg lmbt ker ape?akak dpt loan mara tu mase sem brape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun lepas mcm lambat sikit. Tahun sebelum2 tu tak lambat mcm ni rasanya.

      Kawan2 start dapat kelulusan pinjaman tahun ni dlm bulan 2-3 (sem 2) cemtu kot rasanya. Depa buat secara berperingkat, sikit2. Ada yg dah dapat kelulusan and ada yg still tunggu. In sha Allah dpt cuma depa buat sikit2, bukan sekali gus semua

      Delete
  14. Hi kak im going to kptm for cat this july can i buy textbook from you?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa boleh boleh :) nanti bagi number awak kat email akak ye
      cardiganmerah@gmail.com

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Hi kak , saya akn msk kptm for cat this july so akak ada tak kawan yang nak jual buku untk sem 1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dik. Ada :) boleh email number awak kat email akak
      cardiganmerah@gmail.com

      Delete
  17. Salam . saya nak tanya waktu sem 1 kita kena bayar 6k sekali gus atau boleh bayar sikit2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Boleh bayar sikit-sikit, nak bayar sekali gus pun boleh.

      Delete
  18. err.. hai kak aisha. nak tanya. pasal hostel tu dekat luar kawasan KPTM ke? Pastu, hostel tu memang pihak kptm pilih ke? Pastu, takde ke hostel yang 1 bilik 2 orang? banyak kan soalan cliche. semenarnya saya tak kisah pasal pelajaran apa apa. saya go on je. cuma nak tahu suasana hostel. sebab di situ bermulanya segala :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Ya luar kawasan KPTM. KPTM terletak di Pandan Jaya, hostel pulak kat Pandan-pandan yg lain. Kecuali hostel Bayu, kat Pandan Jaya jugak. Bayu ni hostel perempuan, taktau la kot nanti dia akan allocate student laki jugak ke

      2) KPTM yg pilihkan kot rasanya asrama tu, rasanya la. Kot. Cer tanya

      3) Rasa macam takde hostel yg 1 bilik 2 orang utk KPTM KL. Kalau nak duduk 1 bilik 2 orang, duduk la kat luar, try tengok mintak kat KPTM yg hang nak dok luaq.

      4) Suasana hostel? Semoga hang tabah duduk berbelas-belas orang dalam satu rumah and share 4-6 orang dalam satu bilik, dgn locker yg kecik (asrama lain maybe besaq sikit kot locker dia). Okay je senanye, takdela teruk sangat pun.

      p/s : setiap asrama rupa dia berbeza, taktau rupa asrama lain cemana

      Delete
  19. Akak, yuran utk periksa sem 1 tu boleh bayar sikit² ke or kena bayar terus ke pihak Mara da tolong bayarkn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bayar sikit2, nak bayar sekali gus pun boleh. Kalau dah dapat pinjaman mara, boleh guna duit mara kasi tu utk bayar. Kot. Tak sure sama ada mara tolak siap2 yuran pengajian (ie mara bayarkan siap2), or mara bagi duit semua kat kita and nanti kita sendiri bayar kat kptm.

      Delete
  20. hi akak :) julai ni sy msuk kuptm. nak beli buku teks cat kat akak atau kawan2 akak boleh ? kalau ada ,,, harap ade lah :) tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Nanti awak email number whatsapp awak, lepas tu akak akan pass kan kat kawan akak in shaa Allah :)

      Delete
    2. Kak if dalam application tu terlupa letak gaji mak agak2 dia reject tak?

      Delete
    3. Hang baru nak apply ka, ataupun dah apply lama dah tapi baru sekarang hang perasan hang lupa boh gaji?

      Kalau dah apply lama dah, and dah dapat dah pun tawaran, nanti masa daftar bagitau kat staff tu yg hang terlupa isi gaji, satgi dia isikan.

      Kalau baru apply, and belum dpt tawaran lagi, hang tggu ja offer mai, kalau lepas requirement dia accept ja in shaa Allah. Kalau dah bulan 6 pun tak dapat offer lagi, hang tepon and tanya pasepa tak dapat offer.

      Delete
  21. hai kak..nak tnye kalau foundation account dkt kptm bangi still bole dpt mintak tajaan mara kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la dik sebab takde kenal sesapa kat situ or yg ambik coirse tersebut. Tp ada orang penah bagitu kat saya, mara tak taja utk foundation in accounting kat bangi. Saya pun tak pasti sbb orang tu pun tau dpd kawan dia. Awak boleh call KPTM Bangi / MARA utk tanya pasal ni

      Delete
  22. Akak nak tanya . cat dekat kptm dia pakai buku apa ye ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak asrama pulak mcm mana?

      Delete
    2. Ada tulis kat dlm entry FAQ CAT ACCA KPTM. Boleh baca kat situ

      Delete
  23. Kak nak tanya..Kalau sem 1 tu kan yuran die 6K..So kalau x dpt mara lagi,boleh ke tangguh dulu bayar smpi komfem dpt mara?Lpastu cat ni sng ke nk dpt mara?Kalau dpt kos lain then nak mohon tukar ke kos cat agak2 boleh ke dpt?

    ReplyDelete
  24. Kak nak tanya..Kalau sem 1 tu kan yuran die 6K..So kalau x dpt mara lagi,boleh ke tangguh dulu bayar smpi komfem dpt mara?Lpastu cat ni sng ke nk dpt mara?Kalau dpt kos lain then nak mohon tukar ke kos cat agak2 boleh ke dpt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagitau kat KPTM yg kita tak dapat lagi MARA, then biasanya KPTM akan kasi tangguh tp kita kena bayar duit asrama (RM600+ kalau tak silap) before ambik final exam sem 1. Tp kalau ramai2 pujuk KPTM, maybe dia kasi extend supaya boleh bayar duit asrama before masuk sem 2, not before final exam sem 1. Depends pada budi bicara KPTM.

      Boleh, provided that results SPM awak melepasi requirement utk ambik CAT.

      Delete
    2. Kak nak tanya .. Waktu register tu kena bayar apa- apa tak ? Selain bayar duit hostel ??

      Delete
    3. Kalau dah bayar RM1500 before register, takperlu bayar apape masa register. Lepas tu kan, nanti before awak ambik final exam nanti kena bayar lagi (balance duit asrama and duit exam and duit yuran pengajian sem 1)

      Delete
    4. Akak nak tanya . course ni ada orentasi tak ?? Kalau ada.. berapa lama erk orentasi dia ??

      Delete
    5. Ada. Time akak dulu, tengah bulan puasa. Orientation adalah hari khamis until monday, sbb monday tu kena setel pendaftaran part 2 (entah kenapa depa divide pendaftaran kpd 2 part). Khamis daftar, tp orientation start jumaat, bukan khamis tu, so the official orientation week was from friday until monday morning. Tu time akak la. Time korang taktau la cane sbb korang bukan bulan puasa.

      Orientation tu main game je banyak, ada la ceramah2 pasal kolej, kos cat/acca, ucapan drpd director and dean etc, and briefing mara. Tp tu pun briefing ringkas jela, apa yg dia cerita masa briefing mara tu semua ada dlm website dia and blog org. Tp tu time akak la, time awak maybe dia kasi detailed briefing sbb time korang bukan bulan puasa so ada banyak masa and tak terkejar2 masa utk bukak puasa and terawih.

      Delete
  25. Nama saya mohamed rizal dan saya berkelulusan acca.Saya teleh mengajar selama 5 tahun dan expert dalam accnt,finance and economics.Kalo berminat sila call saya pada 014-2247459 (Rizal acca).

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak belajar acca dkat kptm ke?

      Delete
  26. Nak tanya , awak da dapat mara ke skg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tau kenapa keluar? Dan tau tak batch awak masa tu dpt tak mara?

      Delete
    2. Dorang dah dapat mara dah, start dapat masa sem 2, tapi mara still cover la sem 1 punya.

      Keluar kptm sbb nak belajar sendiri dan jimat so takyah bayar yuran kolej, and makan + tempat tinggal free sbb duduk dgn family. Plus, website opentuition.com ada free lecture video dan sangat best, so kenapa nak bayar kelas ACCA kalau boleh dapat free kat internet? :) buku teks pun takyah beli sebab dia cover semua chapter dan sentiasa up-to-date. Lagipun paper ACCA yg awal2 ni senang (CAT pun sama), kalau taknak gi kelas pun takpe sbb boleh belajar guna internet je.

      Delete
    3. Oh skg saya dapat tawaran dkt puo, tu yg skg tgh dilemma 😭. Kalau nk pergi puo, da nk masuk sem 2. Bertahan kt kptm ni sbb nk dapat mara je , pinjaman mara ni lagi worth it dri blajar kt ipta kalau kira kira balik kos belanja selama 6 sem. Aduiiiii

      Delete
    4. Dah apply mara ke belum?

      Delete
    5. Belum apply, sbb kene tunggu mara buka tahun dpn. Hope mara buka la 😅

      Delete
    6. Mohamad nazim, sy bru dpt tawarn cat-acca kat kptm, utk kemasukn january. Stakat ni Mara ad inform ap2 x psl bile die akn buka twran?
      Sbb sy xdpt brtahan klau xde biasiswa rasenye.. Jd sblom trime twran ni sy risik2 psl biasiswa dlu.

      Delete
    7. Kalau dapat pun, kene tunggu sem 2. Tp skrg tatau la kan, sbb mara ni misteri la 😅. Better jgn amik risiko la, belaja la dkt ipta. Saya pun dah keluar masuk uitm

      Delete
  27. saya kemasukan january 2016, sem 1 mara tutup sabar jela time tu mara tengah ada isu, ok still tunggu mara utuk sem 2 pertengahan sem 2 tu baru mara bukak permohonan kami pon serbu la isi borang bermacam-macam doc dia mintak dalam senggu jugak la aru settle isi borang ingatkan kejap rupanya kena tunggu dia submit permohonan yang kita buat tu baru dapat kelulusan and kena pritn pulak borang baru and submit again (tunggu lagi) baru la dapat loan tu. permasalahannya sekarang batch saya peringkat kelulusan pon belum dapat result lagi sampai sekarang tengah menikmati semester break for sem 2, peringkat kelulusan pon tak dapat lagi minggu depan dah nak masuk daftar untuk sem 3 .. kelulusan mara pon tk dapat lagi apatah lagi untuk tunggu borang kedua mara untuk di print kemudian hantar lagi pada mara silap2 sem 4 baru dapat tajaan mara. mara sekarang tengah problem batch saya yg paling lama setakat ini .. adik2 yg nk masuk kptm semata2 nak kan elaun mara dengan cepat hanya mimpi jela . (student kptm bangi). peace

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huish lama tu huhu. Thank you for sharing this info! :) Sangat membantu untuk adik-adik lepasan SPM sekarang ni

      Delete
  28. Akak! I'm interested in CAT-ACCA Ni n next week saya nak ambik SPM result dah... Just nak Tanya CAT Ni in like a diploma or what? Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan diploma, tapi ianya sama level dengan foundation, asasi, matrik, stpm, diploma, a level, ib, ausmat, sam dan sewaktu dengannya.

      Delete
  29. Boleh bawak kereta tak untuk pelajar yang baru nak daftar cat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bawak lori pun boleh, tapi park kat luar lah. Kalau nak park kat dalam, kena tanya felo (fellow..? aka warden) samada ada tak tempat parking kosong utk letak di dalam asrama. Either siapa cepat dia dapat, or setiap rumah dah ditetapkan berapa kereta yg boleh bawak, depends on pihak pengurusan, mana tau kot-kot polisi berubah ke. Ni kalau kat asrama lah, kalau kat kolej tu memang park kat luar kolej.

      Delete
  30. Assalamualaikum akak..saya ada mohon untuk cat acca kat kuptm dan dah dapat dah untuk julai intake.. So nak tanya.. Kita kene bayar sem 1 punya fees bila dpt pinjaman mara ke?

    ReplyDelete
  31. saya nk tnya bachelor dkat kptm ade kos ape?

    ReplyDelete
  32. Akak,kalau saya apply bachelor accounting boleh dapat tajaan mara ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktau sorry dik. Dekat website dia tak ada tulis ke course apa yg dia bagi pinjaman dan kolej apa yg boleh apply mara?

      Delete
  33. salam kak,
    saya spm 2016. saya dapat dpc untuk cat-acca kat kpm . kalau dapat dpc ni mmg basically saya tak kene bayar apa apa k?

    ReplyDelete
  34. Your blog is very useful for me.I really like you post.Thanks for sharing.
    หนังตลก

    ReplyDelete