Pages

Friday, 15 January 2016

Sem 2 CAT and Self-study

So, dalam entry lepas, aku ada buat analysis tentang tuition fee untuk beberapa tuition provider for CAT-ACCA. And based on that analysis, aku decide untuk self-study.

Banyak faktor yang buat aku pilih untuk study sendiri. Tapi faktor kos adalah yang paling utama. Faktor lain - environment, makanan, tenaga pengajar, tempat tinggal etc.

Kalau diikutkan, sem ni (Jan-June 2016) adalah sem 2 aku kat KPTM, and ambik MA2, FAB (F1) and FFA (F3). Lepastu ambik exam June 2016 nanti.

Tapi, memandangkan aku self-study, so aku boleh ikut suka hati aku nak ambik apa, and bila, and kat mana.

Since ni first time aku self-study, so aku decide utk ambik 3 subjek je, and ambik subjek yang sama jugak macam kat KPTM tu, tapi cuma exam time je beza sikit :

    MA2 - Exam March/April 2016
    FAB (F1) and FFA (F3) - Exam June 2016

And, aku ingat nak ambik exam kat Sentral College, Penang.

Sengaja aku ambik MA2 tu March/April nanti sebab nearly 60-70% subjek MA2 adalah subjek MA1. So kiranya macam fresh lagi la hotak aku ni untuk revise balik topik-topik MA1 tu. Kiranya macam 30-40% je lah topik baru kat dalam MA2 ni. So daripada aku tunggu June nanti untuk ambik exam, baik aku ambik awal-awal. So that nanti time June exam nanti aku boleh focus kat 2 subjek je.

Ohye, sebelum aku lupa, FYI, CBE ni boleh ambik sepanjang tahun. Kau nak ambik besok pun boleh, tak kisah bila-bila. Tapi biasanya kolej nak senang dia, so dia pun buat la exam masa March/April, June, Sept and Dec sahaja.

** Kalau ada tengok dalam entry aku sebelum-sebelum ni, aku ada include pasal early/standard/late registration kan? Haa tu applicable untuk PBE sahaja. So, CBE exam semuanya sama je harga tak kisah kau ambik bila pon. Aku mention sini sebab malas nak edit kat entry lama hahahahaha.


Memandangkan aku sangat menitik beratkan kos, so aku buat perbandingan tuition fee and exam fee.

KPTM
Tuition fee - RM 2,730
Exam fee - RM 390 (MA2) + RM 490 (FAB) + RM 490 (FFA)

Total = RM 4,100

SELF-STUDY
Tuition fee - Guna youtube, buku and internet bapak bayar = RM 0
Exam fee - RM 400 (MA2) + RM 560 (FAB) + RM 560 (FFA)
(Harga Non-Sentral student adalah mahal RM30 dpd harga student Sentral College)

Total = RM 1,520

***********

Okay, moving on to the next question.

Boleh ke self-study?

Boleh je, apesal pulak tak boleh?

Aku fikir macam ni tau, better aku self-study masa subjek senang and exam dia cuma MCQ je, daripada aku self-study masa subjek susah and exam dia ada essay.

Lagipun, paper CAT-ACCA ni worldwide, takkan lah tak ada youtube best untuk dipertontonkan? Kan? Aku rasa berlambak yang self-study kat OpenTuition tu, cuma aku je yang tak ambik tahu sangat -_-


maka aku rasa solution yang terbaik untuk diri aku adalah self-study. Ni untuk aku lah, untuk orang lain maybe tak sama.

So apa yang aku buat untuk self-study adalah :
- guna buku teks BPP
- course material dari Sunway
- buku exam kit dari BPP, Kaplan, GTG, and Becker
- mock exam dari website ACCA
- podcast from OpenTuition (menjadi sangat berguna kalau kau guna notes dia sekali dengan podcast. Kalau notes sahaja, takde function sangat)
- podcast (or youtube) ACCA (normally aku ambik lecture dpd Jenny Cummins, Rob Sowerby)

Aku akan try untuk habiskan silibus sebulan sebelum exam, and semasa sebulan sebelum exam tu aku akan tumpukan untuk buat latihan banyak-banyak.

Ini plan aku lah, kalau Allah izinkan, dapatlah results warna-warni.

In shaa Allah :)







Tapi kalau result aku teruk, anggap jelah aku tak pernah tulis entry ni wakaka.

18 comments:

  1. Nice entry. Gudluck ! @

    ReplyDelete
  2. Assalam and hai sis .saya berminat nak amik CAT but self study . but,i am so confius about getting the reference books for the subjects . can u help me ? ..

    this is my email
    50788@siswa.unimas.my

    I hope u can help me .Thank u

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sis, can you share with me too?

      Delete
    2. Hi bro. Please read my other entries too, there are loads of info that might help you. Feel free to email if you still have doubts after reading all of my entries.

      Delete
    3. ok.. sorry, can i get the books from local bookstore?

      Delete
  3. Uishh . Self study .. Saya duk asrama pun , klu self study kat dorm tu mmg kelaut laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau asrama memang susah sikit nak self-study sebab ramai orang kat keliling, plus, meja saya kena sorang and besar hahaha

      Delete
  4. Salam..babe, ak prnh berkomen kt ko pnya blog ni, if ingt lah...bhahaha..mana2 je lah...
    Ak x biasa sgt area situ..ak tgh cri bilik sewa sbnrnya..ak x nk duk hstel weyhh..apahal payoh bebenor nk cri bilik sewa ni...so,ak nk tnya lah..pandan indah dekt ke tak erk ngan kolej??ak kna buat survey dulu..main sewa jauh..tak ke naye ak nk rushing pergi kelas..kalau ko sudi mmbantu ak yg tgh buntu ni..any suggestion yg ko ad untk ak..thanks babe!!����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam babe. Berapa ketul je komen kat blog aku ni babe, mestila aku ingat haha. KPTM kat Pandan Jaya. Pandan Indah tu jauh sikit, kau kena naik LRT untuk sampai kolej. Dulu2 RM1.40 pergi balik, tapi now dah naik harga 2x ganda, haih. Ramai je sewa kat Pandan Indah, sbb boleh naik lrt gi kolej, tapi tu la, kau kena ada bajet utk transport around RM60/month utk lrt ke kolej. Unless kau ada moto, senang la nak gi kolej.

      Kalau boleh kau cari la area Pandan Jaya jugak. Cer kau cari bilik sewa kat Bayu Condo tu (Bayu ni ada residents biasa duduk and ada yg KPTM sewa utk jadikan sbg hostel). Last time aku tengok, ada orang nak cari orang utk sewa rumah/bilik kat Bayu tu, below RM200 kot sewa rumah tu kalau tak silap aku.

      Cer kau tweet kat twitter MPP KPTM KL, mana tau kot2 ada yg tengah mencari housemate. Selamat mencari rumah haha. So.. kau cane, dah decide nak apply degree ke ACCA? hoho

      Delete
    2. Pening ak...aku ad motor...tp klau blh nk prgi jln kaki j p kolej...hahahaha..klu blh ak nk single room..x dek la t jd isu x puas hti ap...seng...ak decide amek degree j weyh...ak kadng wt krja gila nk amek medic j weyh..impian yg x kesampaian tu..tp fikir diploma 3thun tu...trpksa lupa kn impian dktor tu...itu ak mlas jauh2..kdg trlajak juga aku ni kalau ad klas pagi...okay babe...thanks a lot!!

      Delete
    3. All the best babe dalam mencari single room murah kat dalam kawasan Pandan-pandan yang berdekatan haha.

      Delete

  5. Wow, absolutely fantastic blog. I am very glad to have such useful information.
    Thanks For more information visit
    ดูหนังผี

    ReplyDelete
  6. Buleh graduate tak kalu self study CAT ? Kt mana and macam mana ? Takde lagi kan soalan berkenaan GRADUATION CAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. ACCA buat graduation ceremony utk pelajar ACCA je kot rasanya, tak pernah nampak pun ceremony utk CAT. Kalau jadi pelajar kolej baru ada CAT ceremony, kot.

      Delete
  7. Jadi macam mna keputusan cat awak? saya baru baca vlog ni 2021..dan decide nak self study jugk dari first paper cat sampai last semester ..is it okay?

    ReplyDelete
  8. I really appreciate your professional approach.These are pieces of very useful information that will be of great use for me in future.
    wordpress
    blogspot
    youtube
    ចាក់បាល់

    ReplyDelete