Pages

Thursday 12 March 2015

Cancelling Enrolment

Aku selalu je online, tapi macam biasa aku lupa yang aku ada blog -,,-

Aku dah complete-kan course approval aku itu hari, tapi tak complete pun enrolment aku sebab belum buat declaration form selepas course approval. So Uni pun send lah email kat aku sama ada aku still nak continue study atau tidak.

Aku jawap tak.

Sebab apa?

Sebab itu hari, Father aku ada call sponsor tentang masalah aku ni. Beliau cakap sponsorship aku dah ditarik balik, dan sekarang just kena tunggu official letter from the sponsor utk bayar balik bla bla bla. Sebelum ni aku ada email banyak kali, email kemain lama sampai yahoomail pun bosan tengok aku, tapi tak ada jawapan pun. Nasib baik call, so boleh lah dapat tahu rough idea apa situasi aku sekarang ni.

Mother ada tanya apa aku rasa?

Aku rasa lega!

Even though kena bayar balik, aku tetap rasa lega.
Entah kenapa.

Mungkin kalau aku diberi peluang sekali lagi pun aku tak rasa aku akan happy. Haha gile tak pikir hutang ribu raban -,,-

Tak apa lah, one door closes, another opens. Ini bukan statement memujuk hati, tapi realiti.

So barang-barang aku kat sana aku mintak tumpang kat rumah flatmate buat sementara waktu. Nanti baru nak pergi ambik bawak balik. Bila dah dapat surat sponsor baru ingat nak beli tiket and settle everything off.

Tapi yang penting...

Aku lega :)