Pages

Tuesday 29 March 2016

ACCA Scholarship and Business

Aku rasa cool bila guna image macam ni dalam opening entry


Application untuk Simpson Scholarship dah bukak, aku rasa dia budak lama dah tapi aku baru tahu.

Kisah disebalik scholarship ni :
Pada zaman dahulu, ada sorang perempuan ni, nama dia Miss Muriel Simpson, dia meninggal tahun 70-an. Dia kaya kot aku rasa. Masa dia meninggal tu, dia buat wasiat yang mengatakan dia nak bagi duit dia banyak2 tu kat ACCA untuk jadi scholarship. 

Haa sebab tu la scholarship ni wujud. Itu je kisah dia, pendek je cerita ni.

Deadline : 
24 April 2016

Targetted students : 
ACCA

Minimum marks : 
- 80% for F1-3 at your first attempt, OR
- If exempted for F1-3, you must have achieved 66% or more in at least two of your F papers at your first attempt

Other requirements :
- dah bayar annual fee for the year ahead
- no outstanding fee
(Kiranya hang takdak hutang dengan ACCA la)

What would be covered by the scholarship :
- exam fees
- annual student fee
- annual affiliate fee (affiliate tu maksudnya kau dah habis semua ACCA paper tapi tak jadi member ACCA lagi sebab tak cukup 3 years of working experience tu)
- buku 

Semua ni dia akan cover untuk 5 tahun je, or sampai kau jadi member ACCA, which ever comes first. Maksudnya kalau kau jadi member ACCA dlm masa 3 tahun, 3 tahun je dia sponsor kau. Kalau kau jadi member ACCA after 8 years, dia akan cover 5 tahun pertama kau je)

Essay writing :
1000 words of essay about 'How the award of a Scholarship will help me to realise my full potential'.

How to apply :
Fill up the form and write the essay, then send them via email at simpsonscholarship@accaglobal.com

5 students will be awarded with this scholarship each year.

Link :

Since aku ambik exam F1-2 this upcoming June 2016, tahun depan la kot baru boleh apply T_T Takpa, aku tunggu T_T

Sorry entry ni tak informative sangat, cuma pemberitahuan tentang another scholarships yg wujud untuk ACCA.

* * * * * * * *
Ok next.  

Kali ni takda kaitan dgn ACCA. Kalau hang stay baca sampai habis, aku sangat menghargai titik peluh hang :') Selain promote ACCA, tolong bagi aku chance utk promote business. Kali ni ja in shaa Allah aku promote business, lepas ni tak dah in shaa Allah. In shaa Allah. Hehe

Aku tak pernah promote business orang, apatah lagi nak forward gambar2 tudung kat whatsapp. Tapi, demi flatmate aku yg telah 3 tahun bersama-sama meredah lautan di perantauan, aku sanggup selitkan business baharu beliau dekat blog CAT/ACCA aku ni.



Gara-gara aku segan nak jadi model tudung beliau, so aku rasa serba salah sebab dia kena guna muka dia sendiri utk promote tudung. Maka dengan itu, aku telah nekad sebulat donat mungkin utk membantu business beliau dengan menempek terus muka beliau di blog aku, utk promote tudung. Dah la aku tumpang barang masa dia nak post kereta dia balik Msia, so aku rasa terhutang budi dgn dia, dah la dia ni baik :')




Dia ni student baru grad. Baru balik Malaysia awal tahun ni. Flatmate aku selama 3 tahun. So sementara tunggu utk posting, dia bukak bisnes (cita-cita asal nak jadi designer tapi ter-lencong ke pharmacy)



Sekali tengok, mcm gaya isteri solehah kan? Haa mekap pun dia tak pakai tau, rasanya la, maybe pakai bedak sesikit je kot sebab nak ambik gambaq untuk tudung ni.

Posing pun macam2 angle. Kalau boleh buat peace aku rasa memang dia buat dah sebab selama aku bergambaq dengan dia, gaya peace ja dia dok buat selain drpd berdiri seperti tiang. So kalau hang rasa dia lawa pakai tudung Hana, in shaa Allah hang pun lawa hehehe.



Dia ni style muslimah2 sopan so tudung dia in shaa Allah labuh and tak jarang (memang itu pun tujuan dia buat tudung ni sebab mostly labuh tapi jarang). Senang nak solat terus tanpa pakai telekung sbb kain dia tebal and menutup litup.

Kot la hang jalan2 oversea lepastu nak solat tp takdak prayer room, takkan nak pakai telekung putih sambil solat kat tepi2 tu pulak kan, haa so kalau dah pakai tudung ni, tak gaduh nak cari telekung dah sebab tudung Hana sangat mengikut syariat.



Harga untuk tudung ni berbeza mengikut bidang :
- Bidang 50 = RM 33
- Bidang 55/60 = RM 35

Dalam gambar tu, dia pakai bidang 50.

Postage
- Semenanjung Msia = RM 7
- Sabah/Sarawak = RM 10

Boleh visit instagram dia kat @iqlima_bynisa
Boleh jugak whatsapp untuk order kat Fatin +60132931500

p/s : Gambaq ni mungkin beza sikit dengan warna asal akibat oleh faktor pencahayaan semasa sesi fotografi.




Terima kasih sbb sanggup baca entry aku sampai sini. Aku doakan perjalanan ACCA korang berjalan dengan lancar. Aku exam June nanti T_T Doakan aku dapat score high utk final exam and doakan aku semoga ada sponsor yg sudi kutip aku utk menjadi student under dia T_T

Nanti aku update pasal exam ACCA lepas aku ambik exam nanti in shaa Allah :)

Friday 25 March 2016

ACCA Exam Paper : F3

So, semalam (March 24th) aku ambik CBE for F3 - Financial Accounting
Kali ni aku ambik satu je exam utk bulan Mac.

Macam yg aku mention sebelum ni, aku self-study buat masa sekarang. So aku nak share apa yg aku buat untuk passed the exam by self-studying. Aku tahu ramai yang pergi kelas utk ACCA, and ramai jugak yg self-study. Aku bukan lah best student macam world prize winner, tapi boleh la jugak guna method ni to pass the exam well.

Untuk yg plan nak self-study jugak untuk paper F3 ni, aku bahagikan point aku mengikut sub-topic

Textbook
Aku guna OpenTuition.com punya notes and video lecture sebab John Moffat sangat pandai explain and the material covers the whole syllabus for the F3 exam. Tapi aku guna jugak BPP punya textbook sikit-sikit untuk refer balik, dan jugak untuk try examples dalam textbook.

To be honest, takyah beli textbook pun takpa, nota OpenTuition.com tu memang dah lengkap, provided that you watch the video lectures while using the notes. It's a must.

Practice Questions
Aku guna revision kit dpd BPP and Kaplan. Mulanya aku plan nak guna GTG and Becker jugak, maksudnya semua jenis publisher aku nak bedal, tapi member cakap GTG tu banyak jawapan dia silap, and Becker pulak mcm kurang sesuai (tak ingat the exact word dia tapi yg pasti kurang sesuai la).

So aku stop buat latihan dpd buku GTG and Becker. And focus on BPP and Kaplan only (tapi ada jugak beberapa jawapan depa yg silap ~_~

Btw, ada jugak jugak la soalan depa ni ulang-ulang yg sama, dalam 1/3 gitu.

Mock Exam and Additional Practice Qs
- Mock exam from OpenTuition
- Mock exam from from iassess amende entah nama dia
- Multi Task Questions from iassess jugak
- Pilot Paper (actually ni paper June 2012 punya kalau tak silap)
- Examiner's report (examiner akan komen pasal soalan yg ramai student silap, really helpful)

Aku tak beli pun practice questions yg ACCA jual 3 set berharga £14 tu. Sebab mahal, and takut soalan dia lebih kurang je macam latihan yg lain-lain.

Aku extremely suggest students untuk buat semua latihan di atas, dan refer nota/buku or tanya orang untuk soalan yg tak reti jawap, sebab basic concept sangat penting.

Nak tanya siapa kalau blur?
Aku biasanya tanya member. Tapi aku tanya jugak kat John Moffat from OpenTuition tu. Dia ada sediakan tempat untuk students tanya soalan kat tutor pasal paper ni. So I'll just post the question at the forum provided and he will reply within one day. Yes, within 24 hours (Msia siang, UK malam, that explains the 24-hours-reply).

Exam fee and Venue
RM560 kat Sentral College as non-Sentral student
Fill up the form which can be obtained from the receiptionist.
For March exam, complete the form and payment by February 15th

Study style
Study everyday and consistently so you won't get nervous when the exam's coming as you have truly prepared and ready to go.
(Petang and malam sebelum exam aku dah tak tengok buku, siap tengok Divorce Court 3-4 episod dengan mak wakakakaka)

Exam Questions
Kalau orang tanya aku, aku akan cakap soalan dia susah gila sebab aku nak dia study gila-gila and tak ambik mudah dengan final exam untuk F3.

Again, buat banyak latihan sebab soalan lebih kurang je macam dalam latihan, cuma angka je berbeza. Kalau part theory pulak, kita boleh detect soalan yg macam mana dia nak trick kita

Contoh,

  NCI will always appear in Consolidated Financial Position - True/False

Aku jawap True, tapi jawapan False, sebab the word 'always' in the sentence is not true.
Reason : Kalau parent company take over 100% of the shares in the subsidiary company, celah mana nak ada NCI? So the word 'always' is not quite true in this case, hence the statement is false.

Tu contoh simple tricky question yg aku tak terfikir pasal perkataan 'always' masa buat latihan.

Latihan kena buat banyak-banyak supaya bila kita baca je soalan tu, kita dah tahu soalan tu tentang apa, and boleh terus jawap secara reflex. Ada jugak la soalan yg aku sekali je baca terus tahu dia mintak apa and terus tekan je number dalam kalkulator sebab dah selalu buat soalan.

Boleh je jawab kalau tak rajin buat latihan, tapi kau kena baca leklok and tahu dia nak apa.

Senang cerita ceni, kalau jarang buat soalan, maybe kita boleh jawab dgn betul dlm masa 50 saat, tapi kalau selalu buat soalan, 10 saat je dah siap. Nampak banyak mana masa kau save untuk kau spend masa nanti untuk check semua soalan lepas habis jawap?

Exam results
Targetting 85 for F1-3 since most scholarships require 85 and above to be eligible to apply.
And alhamdulillah passed beyond my target for F3 berkat doa mak ayah :)



* * * * * * * *

Alhamdulillah, kebetulan masa aku jawap final exam, soalan yg aku dapat tak pelik-pelik, dan tak susah. Mungkin sebab tu kot boleh score huhu. Cuma ada satu soalan jela aku tak reti sebab confuse (pasal warranty), invigilator tu tengok skrin komputer aku masa aku tengah nak check balik soalan tersebut. Dia dok sebelah aku ada kot seminit.

SATU . MINIT.

Dah la soalan yg aku confuse pulak tu. Nak tau apa jadi lepas dia tenung skrin aku tu? Dia pergi tempat dia, duduk dengan selesa, dan lepastu aku dengar bunyi kalkulator dia dok tekan kat keyboard
~_~ kuat pulak tu bunyi kalkulator tu

Adakah aku jawap silap?
~_~

Hmm. Mungkin soalan tu kot yang buat aku tak dapat markah penuh T_T

Anyhow, all the best dear friends :) May this tips be helpful to you.




p/s : Ada nak beli buku aku? Sekali dengan revision kit BPP, Kaplan, GTG and Becker. Aku takde junior untuk aku jual T_T

Wednesday 9 March 2016

FAQ : CAT ACCA

Malas intro so kita straight to the main event, shall we? :)

1) CAT-ACCA tu apa?

CAT ni senanye FIA (Foundation in accounting. FIA ni nama baru bagi CAT, dia baru je ubah nama ni beberapa tahun lepas). Ianya adalah foundation level untuk ACCA.

Dalam dunia accounting, orang pandang professional certificate. Ada beberapa contoh prof cert; ACCA, CFA, CIMA, ICAEW etc. And, ACCA ni adalah salah satu profesional board utk accounting. So ini bermaksud, orang yg ada ACCA ni kira power lah. Dalam dunia accounting, professional certificate tu lagi tinggi dpd degree akaun.

Sesiapa yg ada ACCA boleh letak (C.A) kat belakang nama dia (chartered accountant). Kalau doctor, orang letak Dr. Kalau Engineer, IR. Kalau akauntan, CA.

Ada banyak cara untuk dapatkan ACCA ni
1) SPM > CAT > ACCA
2) SPM > Diploma > ACCA
3) SPM > Diploma > Degree > ACCA
4) SPM > A level/Ausmat/IB etc > ACCA
5) SPM > Matrik > Degree > ACCA
6) SPM > Matrik > ACCA

Boleh je kalau taknak ambik ACCA, nak stop sampai degree je. Ikut lah mana2 yg kita nak :)

So, bagi menjawab soalan, CAT adalah laluan paling cepat untuk dapatkan ACCA tu. Bayangkan je macam asasi yg merupakan laluan untuk degree, ha cemtulah utk CAT-ACCA ni.

Yg tak best pasal CAT ni, kalau dah masuk CAT, boleh amik ACCA je, takleh amik benda lain dah. Ada orang cakap dgn CAT sahaja dah boleh kerja, tapi sbg pembantu akaun biasa2 jela. Tapi ada orang cakap, CAT ni takda kerja sangat sbb dia taraf foundation je, so orang taknak sgt.

Tapi ada pernah baca kat mana entah, dia CAT je, terus kerja and tak sambung ACCA, starting gaji dia RM2k. Wallahualam. Member aku punya kakak pun guna CAT je untuk kerja jadi pembantu akaun biasa2, tu pun tak habis lagi sebab ada paper yg tak passed. So kiranya kalau ada CAT tu, boleh la kot nak kerja biasa2, tapi bukan sebagai akauntan la.

Oleh yg demikian, sangat2 disarankan untuk ambik ACCA lepas CAT.

2) Berapa lama kos CAT-ACCA ni?

CAT - 1 tahun or 1 1/2 tahun. (INTEC 1-1.5 tahun, KPTM 1.5 tahun, Sunway 1 tahun, PTPL 1 tahun, yg lain tak ingat, sorry)

ACCA - Depends route mana kau pilih untuk dapat ACCA tu. Since ACCA board bagi kita unlimited duration for F papers and 7 years for P papers, so ikut kau lah nak buat full-time ke part-time (sebelum ni dia kasi 10 tahun je, tapi sekarang dia dah ubah kpd yg 7 tahun yg aku mention ni, dia baru je ubah policy ni, kiranya masih setahun jagung la policy ni)

Ada yang straight lepas CAT terus ambik ACCA.
Ada yang kerja dulu (lulusan CAT/diploma/degree) lepastu baru ambik ACCA.
Ada yang buat part-time sambil kerja full-time.
Dan ada jugak lulusan degree akaun yang disuruh utk ambil ACCA oleh bos tempat kerja, kalau company tu murah hati, dia sponsor, kalau tak, guna poket sendiri haha.


3) Kat mana boleh ambik kos ni?

IPTA - TAK ADA offer program ni dah. Dulu UiTM, sekarang INTEC (private) take over.

IPTS - Boleh refer kat entry Tuition Fees Mahal Teruk sebab aku ada senaraikan kolej/uni yg offer program CAT/ACCA beserta yuran sekali untuk tatapan dan kemudahan anda sekalian.


4) Mahal ke murah?
Mahal.

Kita ada 2 fees yg kena bayar
- Tuition fees (yuran pengajian sebab kita attend college and upah lecturer tu mengajar kita)
- ACCA fees (yuran yg kena bayar kepada ACCA seperti Registration fee, Annual Subscription fee, exam fee, exemption fee. Anggap je macam kalau masuk kelab kan kena bayar yuran pendaftaran, yuran tahunan dan yuran aktiviti, haa cemtu lah ACCA pun)

Untuk tuition fees, boleh refer kat entry Tuition Fees Mahal Teruk

Nak murah, self-study, macam aku dok buat hoho.

Ni aku includekan ACCA punya fees pulak. Tuition fees and ACCA fees kan berlainan so bayar lah kau sampai poket kau kering kontang ~_~


5) Self-study macam mana?

Sebenarnya, bila ambil CAT and/or ACCA ni, semua paper akan di-marked oleh UK, bukan lecturer kita. Bila nak ambil exam, kita akan daftar online kat website ACCA tu, then ambik exam kat exam centre.

Tapi kalau ambik Computer-Based-Exam (soalan dia ABCD and macam driving test je), takyah daftar kat website ACCA, tapi daftar kat tempat yg kau nak ambik exam tu. Contoh aku nak ambik exam kat Sentral College, so aku pi situ and isi borang lepastu bayar.

Sebab tu lah boleh je kalau kau taknak masuk uni/kolej utk ambik kos CAT and/or ACCA ni, and belajar sendiri sensorang tanpa lecturer. Tapi jarang lah orang buat gini. Okay, tak, senanye ramai je yg buat especially kat OpenTuition.com.

Tapi untuk yg nak ambik CAT, yg tak pernah self-study and/or takde kenal sesiapa yg penah ambik ACCA, aku tak recommend sebab susah jugak la untuk kau manage everything by yourself without any guidance, tapi boleh je kalau nak, bukan impossible.


6) Susah ke senang?

Ramai kata susah sebab ACCA ni adalah professional course. Ramai yang kata kalau failed tu kira macam lumrah alam. Tapi ada je aku jumpa orang kat forum yg kata kos ni senang, takdela susah mana pon macam orang dok bising tu. Entah, orang tu la cakap, bukan aku.

Belajar senang, exam yg susah, so...cemtulah haha.

Kalau rasa nak selamat, ambik la degree dulu, then proceed to ACCA. At least kalau failed ke susah ke malas ke apa ke, memang dah ada degree dalam tangan.

Senang cerita, kalau dalam dunia health science, kos yang susah adalah medik/dentist/pharmacy, manakala dalam dunia akaun, ACCA la yg susah (dan jugak prof cert yg lain). ACCA ni under satu tahap dgn med/dent/pharm lah kiranya. Kot. Aku assume cemtu je haha.


7) Dapat exemption tak?

CAT - Kalau SPM akaun kau A, dapat exemption untuk FA1 (Free, no need to pay for exemption fees). Tapi kalau kau nak ambik jugak FA1 tu, takpa ambik jela kalau nak. Tak paksa pun untuk tak ambik.

ACCA - Refer kat website ACCA, different course has different exemptions. Tapi, ada exemption fees tau, bukan free macam FA1.

Ni ACCA beb, mana ada yang free, so kalau dapat exemption sekali pun, still kena bayar -_-


8) Macam mana nak cover fees?

Peneraju, MyPac, Yayasan Bank Rakyat, Jeffrey Cheah, The Star, Amcorp, Bank punya scholarships orang cakap ada tapi aku tak jumpa pun T_T

KPTM  ada loan MARA, kalau result bagus, boleh convert jadi biasiswa, tak pun bayar certain amount je. Tapi kau kena apply untuk pengurangan bayaran, kalau tak, dia akan assume kau murah hati nak bayar balik full amount.

Kadang tu ada jugak college yg kasi tuition waiver kalau results bagus, contoh macam MCKL, Kasturi etc.

9) Kalau takde background akaun, boleh ke ambik CAT?

Boleh.

Kelebihan akaun berbanding sains adalah, walaupun kita takda basic akaun, still boleh ambik course tu. Tapi kalau takde basic bio/phys/chem, susah nak dapat masuk science-related-course macam med, pharm, dent, engineering etc.

So kalau tak ada basic akaun, tak kira siapa pun, boleh ambik course tu dan memang akan belajar dari basic. Akaun SPM tu cuma 10% je daripada keseluruhan CAT, dan memang akan belajar balik nanti.


10) CAT/ACCA kena English power tak?

Aku suggest English kena elok, kalau below average (C ke bawah) nanti susah nak faham textbook. Kalau paper business (FAB or F1) dia biasanya guna words yg aku first time dengar ~_~

(Kalau grammar teruk, aku rasa pemeriksa susah nak faham, tak pun ayat kita jadi maksud lain, so masa ambik ACCA, dalam masa yg sama kena improve kan English)


11) Better ambik Diploma / Matrik / CAT ?

CAT -  The best dari segi qualification. Tapi just boleh sambung ACCA je, degree tak leh.

Diploma - Kalau nak lepak chill relax dan jenis tak prefer belajar laju-laju, or rasa macam tak mampu lagi nak ambik course CAT/ACCA.

Matrik - Ni kalau kau nak ambik degree di kemudian hari, tapi boleh jugak guna untuk ambik ACCA. Matrik timetable padat sangat. Belajar benda selain dpd akaun, seperti Maths, Ekonomi, dan Pengurusan pengajian (in BM, tapi ada yg cakap nanti nak tukar BI, taksure bila, or maybe dah tukar)


12) Macam mana nak apply?

Pi kat website kolej/uni yg ada CAT/ACCA, apply online.
INTEC kena bayar processing fee RM 30.

Nak tau kolej/uni apa yg offer, pi kat entry Tuition Fee, haa situ ada senarai.

Sekali lagi, UiTM tak ada CAT/ACCA dah sebab dah pindah ke INTEC, dan ye semua kolej/uni yg offer programme ni adalah swasta.


13) Kena interview ke?

Scholarship Peneraju dan INTEC ada interview.

Tapi kalau nak apply scholarship yg ditawarkan oleh uni/kolej itu sendiri, mcm scholarship yg dapat tuition waiver ke apa ke, maybe ada interview or maybe takde, aku tak sure sebab tak ada pengalaman. 

Kalau scholarship yg lain, contoh mcm Jeffrey Cheah, The Star, Kuok, etc maybe ada kot, kot.
Kalau uni/kolej mcm KPTM, Sentral, MCKL, Kasturi etc, takde interview


14) Pengecualian CAT ACCA tu maksudnya apa kat slip SPM?

Masa CAT, kita kena ambil 9 papers. Tapi kalau dpt pengecualian CAT-ACCA, maksudnya tak payah ambik paper yg pertama iaitu FA1. So just tinggal 8 papers jela yg kena ambik.

Tapi kalau nak ambik jugak FA1 tu wlpun dpt pengecualian, pun takpa, ambik jela kalau nak.

Kebaikan exemption FA1 - save duit, takyah bayar duit exam FA1.

Kebaikan ambik jugak paper FA1 walaupun exempted - Paper FA1 senang so boleh tinggikan overall average utk CAT. (Kepentingan overall average ni boleh refer soalan No. 16)


15) Kalau ambik CAT ACCA, kena belajar subjects lain tak?

Kalau ambik CAT kat kolej/uni, kena belajar jugak Pengajian Malaysia, Pengajian Islam, Study Skills, Pend Moral, or maybe English writing like in Sentral College. These papers are called MPU Subjects, wajib ambik sbb kita attend college, and kena ambik a total of 3 MPU subjects. Tapi subjects macam economy, management, maths, finance, Mandarin ke apa ke (like what they have in Diploma/Degree) tak payah ambik, just accounting semata-mata.

Masa akak gi interview UiTM utk CAT-ACCA, makcik yg teman anak dia interview cakap, INTEC cakap tak kena ambik sbb depa nak fokus kat CAT subjects je. Itu masa interview dulu la. Tp anak makcik tu cakap yg director dorang baru je wajibkan utk ambik MPU subjects tu masa dorang sem 2 kat INTEC (maksudnya awal tahun ni).

Tp yg pasti, utk kolej lain, mcm Sunway, KPTM, Sentral, PTPL etc kena ambik. KECUALI Kasturi School of Accounting sbb Kasturi tu bukan kolej, ianya pusat tuition. So lecturer yg available pun hanyalah lecturer accounting je.

(Unless self-study, memang tak payah ambik la MPU subjects tu sebab tak attend college hoho)

16) Berapa pointer kena maintain utk CAT ACCA ni?

CAT/ACCA tak guna pointer. Nanti lepas exam, dia akan bagi markah.

Contoh :- 
This is to certify that Taylor binti Swift has achieved bla bla bla MA1 - Management Information 100% - Pass.

Lepas tu bila dah complete semua exam CAT dia akan bagi sijil yg menunjukkan student tu passed CAT, tu je.

Contoh :-
This is to certify that Markonah binti Manaf has passed Foundation in Accountancy ACCA (lebih kurang cemtu la ayat dia).

So kata kan la tetiba nak kerja after CAT sebagai pembantu akaun, dia akan tengok orang tu passed CAT, tu sahaja.

CAT/ACCA tak macam degree or diploma yg ada CGPA tu. Utk degree/diploma, CGPA adalah penting (CGPA rendah org taknak ambik) tapi untuk CAT and ACCA, passed atau tidak sahaja yg penting and markah untuk passed adalah 50%. Awal2 senang la dapat markah 80-90+ tapi bila dah masuk paper atas-atas sikit, dah passed pun kira bersyukur huhu.

Tapi sebolehnya target la setinggi mungkin. Sem 1 kalau boleh 80-90+ sebab subjek makin lama makin susah.

Markah penting sebab ada yg tgk average markah keseluruhan, dan ada yang tengok markah certain subjects. 

Sebagai contoh masa CAT, MARA tgk average 75+  utk fly, tapi yg fly tu kalau kau budak under SPC program iaitu budak Skim Pelajar Cemerlang yg dijanjikan oleh MARA utk fly masa ACCA nanti (sekarang dah takde intake baru Program SPC). Kalau Peneraju, dia nak every subject tu 65+, manakala ada scholarships yg nak markah FAB, FFA and FMA tu 85+ (eh ke 80+ entah).

Tu utk nak scholarships la, or sebab ada bond dengan sponsor. Tapi kalau student biasa, passed cukup makan je pun takpa, dah memadai.


17) Guna buku apa?

BPP - terlalu banyak details dan susah nak faham, tapi ramai ja yg guna
Kaplan - Simple, easy to understand for Asians like us but too simple and not many details
Beckers - Combination of both BPP and Kaplan
GTG
Emile Woolf
OpenTuition - ada video lectures, simply the best.

Harga of course mahal, kalau beli buku baru, untuk satu sem maybe kena spend dalam RM300-500, so better cari daripada senior. Boleh je guna buku edition yg lama sikit, applicable je, tapi untuk Taxation better guna yg latest.


18) Busy tak kalau ambik course ni?

Kalau CAT full-time student yg selama setahun setengah, tak packed pun. Tapi kalau yg setahun punya programme, maybe packed sikit la. Standard 3 subjects/sem. Maximum 4 kot kalau tak silap per exam sitting.

ACCA orang recommend 2 papers/sem if full time students (tapi ada je yg ambik lebih), 1 paper/sem if part-time student (ada je yg ambik lebih). Tapi maximum boleh ambik 4 papers per exam sitting.

19) Boleh tak ambik Master lepas ACCA ni?

Boleh. Tapi ada sesetengah uni/kolej require accounting degree as the requirement untuk ambik Master walaupun kau ada ACCA, manakala ada setengah uni terima je ACCA untuk ambik Master walaupun tak ada degree. So it depends on the uni itself. Disebabkan hal ini, ACCA ada menawarkan student ACCA untuk buat OBU degree (Oxford-Brooke Uni) untuk dapatkan Degree in Applied Accounting, so that walaupun kau buat ACCA je, kau still boleh dapat Degree dalam masa yg sama kau buat ACCA tu. kiranya 2 in 1 lah.

20) So apa benda OBU Degree tu?

OBU degree ni bukan dapat senang-senang dapat macam beli colgate dapat percuma tapawe tu ye kawan-kawan, tapi kau kena buat Research and Analysis Project (bahasa mudah, essay report) of 7500 word report based on salah satu 20 sets of topics yg ACCA dah tetapkan. Dan juga kena submit 2000 word Skill and Learning Statement and Presentation Slides.

Untuk buat OBU Degree ni, kau kena ada mentor, and mentor tu kau kena hire and ada la ciri-ciri yg ACCA tetapkan untuk melayakkan someone tu jadi mentor kau. And of course bila kena hire mentor, akan ada fee kena bayar.

************
Setakat sekarang, itu je yg aku boleh fikir, kalau ada lagi, nanti aku tambah, or boleh tanya kat komen/email.



Lagi 2 minggu aku exam T_T

p/s : Aku ada buat entry di mana aku combine nearly all FAQs yg orang selalu tanya tak kira lah kat email ke komen ke. So aku rasa sangat berbesar hati kalau korang baca entry-entry ni dulu FAQ CAT ACCA (pasal course ni), FAQ CAT ACCA KPTM (pasal KPTM), Tuition Fees Mahal Teruk (pasal fees and kolej/uni apa yg offer course ni). And you may email me if you still have doubt even though you have read these entries beforehand at cardiganmerah@gmail.com

Cheers