Pages

Sunday 24 July 2016

Assessment and Interview MyPAC (/Peneraju) ACCA - PPAM B di INTEC

Entry ni seriously panjang,
tentang assessment and interview untuk buat ACCA under MyPac (/Peneraju) sponsorship di INTEC.

Boleh skip and scroll laju-laju sampai jumpa tajuk 'Stage 1 : Technical Assessment and English Assessment' kalau taknak baca introduction pasal perbezaan ACCA under MyPac and Yayasan Peneraju :)

* * * * * * * * * * 

So, bulan May 2016 lepas aku ada pergi assessment and interview untuk sponsorship under MyPac untuk buat ACCA sebagai full-time student di INTEC.

Kalau baca tajuk entry ni, aku tulis "Peneraju". Aku tak letak 'slash' tu saja-saja tau. Ada explanation yg akan aku share sikit nanti. Sikit je, tak banyak.

Ok. Sebelum aku start, biar aku kasi simple briefing dulu pasal MyPac ni, dan jugak Peneraju.

MyPac ni apa?
Is a non-profit-organization yg fokus dia adalah untuk increase the number of Chartered Accountants among bumiputras. So MyPac will give sponsorship to Bumiputra yg nak sambung buat PQ (professional qualification), tak kisah la kau nak buat part-time or full-time. Boleh apply walaupun kau dah start paper ACCA or still ada lagi beberapa paper untuk complete.

Yayasan Peneraju tu apa?
Sponsorship given to Bumiputra untuk menyambung pengajian di peringkat sekolah, professional dan juga vokasional. Tidak terhad kepada bidang professional accounting sahaja, tetapi terdapat juga pelbagai jenis kursus lain yang buleh hang semak sendiri di website Peneraju. Since blog ni adalah tentang ACCA, so kita fokus kepada ACCA sahaja.

(Budak ACCA biasanya akan serbu Peneraju ni untuk apply for sponsorship to do ACCA)

So apa kaitan MyPac and Peneraju?
Peneraju sponsors banyak courses and programmes including PQ. So, for PQ in accounting, Peneraju appoint MyPac untuk uruskan candidates yang nak ambik CAT and/or ACCA under kategori PPAM A and PPAM B (Aku jumpa ni kat twitter Yayasan Peneraju. Kategori lain aku tak pasti).

Kiranya MyPac tolong manage application CAT/ACCA bagi pihak Peneraju. Namum begitu, dalam masa yg sama, MyPac pun ada jugak bagi sponsorship kepada applicants with certain circumstances (satgi aku explain certain circumstances tu macam mana)

So, kategori PPAM A B bagai ni apa benda?

Nindia.


Kiranya MyPac ni macam Peneraju lah?
Peneraju support banyak courses (tak terhad kepada accounting sahaja), manakala MyPac hanyalah untuk Professional Qualification sahaja. Tapi both mempunyai aim yang sama dari segi 'kursus perakaunan', untuk tambahkan bilangan CA dalam kalangan bumiputra.

So ada beza ke MyPac and Peneraju ni kalau both of them have the same aim?
Kalau Peneraju, dia cuma accept application yg belum start paper ACCA sahaja, kiranya mcm strict sikit la bila nak apply tu (refer FAQ di website Peneraju). Tapi kalau MyPac, dia tak kisah asalkan hang beria nak sambung PQ (refer FAQ di website MyPac) and of course la ada had umur and tengok results jugak.

Aku baca info ni kat website dia, kalau aku silap interpret, sorry. Boleh rajinkan diri untuk baca sendiri di website dorang (Lagipun masa aku apply MyPac online, dia ada tanya tinggal lagi berapa paper ACCA nak complete, so ini bermaksud kalau dah start paper pun boleh apply). Ohye, MyPac sponsor jugak student ACCA yg tinggal lagi a maximum of 3 ACCA papers.

In other words, MyPac ni is more flexible in terms of 'siapa boleh apply?'

So kalau nak apply, nak kena apply yang mana and siapa yg akan sponsor?
Kalau kau apply via website Peneraju, kau akan ditaja oleh Peneraju (kalau dapat). Kalau kau apply kat website MyPac, kau akan ditaja financially under Peneraju jugak jika kau fit untuk berada dalam kategori yang telah di-categorised oleh Peneraju (PPAM A, PPAM B, PPAS etc).

Namun begitu, kalau kau tak fit dengan syarat-syarat untuk masuk dalam kategori Peneraju, then only application kau akan di-review oleh MyPac sendiri tanpa ada campur tangan daripada Peneraju. Dan MyPac yang akan support kau financially, bukan Peneraju (bawah ni aku akan explain tentang 'certain circumstances yg aku mention tadi tu')

Apa contoh kategori yang fit untuk masuk kategori Peneraju?
Untuk kategori yg fit untuk berapa di bawah kategori Peneraju, boleh refer gambar biru di atas (and semua kategori memerlukan anda untuk tidak start ACCA paper lagi)

Manakala, contoh kategori budak yang tak fit untuk masuk under Peneraju:
- tak guna CAT / Diploma / Degree untuk apply.
Contoh, aku (SPM > AUSMAT > BSc tak complete > CAT tak complete > ACCA self-study) sebab aku guna results, AUSMAT, bukan degree or diploma or CAT
- ACCA students yg ada lagi beberapa papers untuk complete

Dalam erti kata lain, it doesn't matter which website you've applied to, you will be sponsored and reviewed by Peneraju first, unless your case is quite different because your syarat permohonan tak berpadanan dengan syarat Peneraju, then only MyPac will solely take care of your application.

(Pepandai la kau faham sendiri ayat aku ni haha, aku nak explain cara lain pun tak reti. Dah habis akal dah nak explain macam mana lagi. Kalau tak faham jugak, maybe boleh search sendiri and baca FAQ untuk both Peneraju and MyPac. in shaa Allah boleh lebih faham)

Kenapa kau semangat sangat nak distinguish between MyPac and Peneraju ni?
Sebab normally orang akan serbu Peneraju and biasanya dorang punya education route adalah route yang normal. Contoh normal route :

1) SPM  > CAT > ACCA
2) SPM > Diploma > Degree > ACCA
3) SPM >Diploma > ACCA
4) SPM > STPM/Matrik/Asasi > Degree
5) SPM > STPM/Matrik/Asasi > ACCA

Manakala aku tidak termasuk dalam kategori di atas, especially in terms of umur (Cer kau baca had umur untuk apply kat iklan biru tu).

    SPM > AUSMAT > BSc tak complete > CAT tak complete > ACCA self-study

Dan aku percaya ada lagi students lain yang sebangsa dengan aku. Dah tua, tukar course, and kena start balik all over again. Sobsob.

Memandangkan aku merupakan "a BSc dropout to a chartered accountant", so pathway aku adalah sedikit berbeza daripada orang lain yg mempunyai perjalanan yg cun. Dari segi umur, aku ketinggalan banyak. Dari segi qualification, terpaksa start balik dari awal. Tak tengok lagi yang guna international foundation macam AUSMAT, IB, A-level etc, memang susah sikit lah nak fit in/apply local uni uhuk uhuk.

Macam aku, aku apply sponsorship MyPac guna results AUSMAT tahun 2011.

Sepanjang aku dok search selama ni, MyPac je kot yg flexible dari segi 'who can apply for sponsorship for this programme'. Yang lain semua nak normal student T_T

And because of that difference, cases like mine would be sponsored by MyPac while yours is Peneraju (walaupun email kau ada cop MyPac, tapi MyPac tu just tukang urus je, duit kau dapat tu duit Peneraju, bukan MyPac. Gitew.)

And remember, different sponsor = different 'bond' after graduate

Bila boleh apply?
Application form is opened throughout the year, but it will be processed according to intake. So kalau kau semangat nak isi masa time tu tak bukak pun lagi, kau isi je takpe, nanti dia akan review and process utk next intake. Contoh student yg desperate dan overexcited nak isi awal-awal ---> aku

Apa yg aku perasan, utk ACCA, tarikh akhir dorang proses application adalah 31 January 2016, and 30 April 2016. Aku rasa mcm ada lagi, tapi aku tak cari pun la sebab aku cuma tabah scroll twitter MyPac sampai September 2015 je -_- (Kalau tak silap aku, now tengah bukak application untuk MICPA)

(Tak kisah kau apply kat website MyPac or Peneraju, nanti MyPac yang akan uruskan application korang bagi pihak Peneraju dan korang akan masuk dalam Kategori PPAM A, PPAM B, PPAS, PPAS-MICPA, PPA dan PPPP seperti yang terpapar dalam iklan Peneraju)


Study location 
Aku apply kat website MyPac. Cuma ada 2 sahaja (nanti masa apply kau kena pilih nak mana satu) :

1) INTEC - Full-time student

2) UNITAR - Part-time student

Kalau Peneraju, cuma ada INTEC and Sunway je kan kalau tak silap aku, untuk full-time student. Kalau MyPac, cuma INTEC je yg full-time student.

Ni logo terbaru INTEC ke? Sorry kalau ter-guna logo lama

Ok untuk memudahkan korang, aku sertakan kronologi seperti berikut supaya kita boleh nampak apa yg berlaku senanye sekarang ni :

   MyPac Application deadline - April, 30th
   Email invitation for assessment - May, 15th
   Assessment Day (Stage 1) - May, 20th or 21st
   Email invitation for interview - May. 22nd
   Interview Day (Stage 2) - May, 24th or 26th
 *Results - Supposedly, third week of June (Kalau Peneraju, awal June dah boleh dapat tau results).
   Registration Day - July, 18th (lepas raya)

Ini untuk candidate yg apply untuk masuk INTEC

FYI,  Peneraju dan MyPac ni satu geng, kalau depa nak promote ke apa ke, both biasanya ada sekali la. Haa so kalau kau nak tahu, bila dia send invitation email, dia akan guna Logo MyPac dalam email, tapi bila nak confirm attendance, dia akan guna logo Peneraju kategori PPAM B (untuk kitorang la).

Kan aku bagitau tadi yg Peneraju appoint MyPac untuk uruskan kategori PPAM A and PPAM B. So that is why you would see that MyPac will be the one sending out the email and managing the application process, but then during the assessment and interview, Peneraju will be giving out the briefing regarding the sponsorship.

Kau akan dengar briefing dia lebih kurang macam ni "Peneraju will give you monthly allowance of RM550 yada yada yada." Kau takkan dengar "MyPac will give you yada yada yada". Haa cemtu tu la maksud aku haha.

So, both Peneraju and MyPac officers will be there during the assessment and interview day.

When you attend for the assessment and the interview, you will find that they will combine the candidates yang apply ikut website Peneraju and jugak ikut website MyPac. Since aku je yg mempunyai kes berlainan dari orang lain, so aku sorang jela kiranya yg under MyPac kalau aku lepas assessment and interview ni, orang lain semua akan berada di bawah Peneraju.

Ohye, ada certain part, briefing Peneraju tak berapa applicable untuk students under MyPac sebab bond lepas habis ACCA untuk Peneraju and MyPac adalah berbeza. Tapi apart from that, lebih kurang je sebab tujuan utama MyPac and Peneraju adalah sama iaitu untuk increase kan CA dalam kalangan Bumiputra.

* * * * * * * *
Okay now kita sambung pasal assessment.
Lepas kau dah apply, kau akan dapat email invitation untuk pergi buat assessment.

Stage 1 : Technical assessment and English assessment (May, 20th)

Technical Assessment


Aku ada tanya orang, assessment MyPac (/Peneraju) ni macam mana, ada yang kata kena buat Reasoning Test. Ada sorang tu pulak cakap, soalan dia macam set and subset. So aku prepare la buat latih tubi Reasoning Test selama dua hari berturut-turut. Iye, latih tubi macam besoknya kau nak ambik exam besar.

Namun begitu....

Walaupun aku dah prepare utk Reasoning test dengan semangat berkobaran, rupanya bukan reasoning test seperti yg aku idamkan. Tetapi ianya adalah simple accounting questions.

SIMPLE...ACCOUNTING...QUESTIONS

Soalan direct la bagi aku, kalau kau dapat soalan ni dalam ACCA, memang menangis kau sebab seronok dapat soalan simple :') Tapi ada jugak la beberapa ketul soalan dalam 5-7 gitu yg kena guna otak sikit. Yang lain tu semua sekali pandang pun dah tahu jawapan, kalau kena kira pun, kau baca soalan sekilas lalu pun tangan dah boleh tekan calculator (ke aku je yg rasa gitu? huhu)

Contoh soalan simple (tak ingat ayat sebenar cemana tapi lebih kurang cemni lah) :

1) Which one of the following is not included in the basic accounting equation?
A - Liability
B - Equity
C - Expense
D - Asset

2) Jessica works for 40 hours per week. During the week, she has 2 days of holidays. So how long does she work in a day?

3) A shop gives a 50% discount. Then after a few days, the shop decides to give another 20% discount to the discounted barang. So berapa discount senanye kedai tu bagi kat barang dia tu?

4) Siapa yang responsible untuk prevent fraud dalam company? Choose one of these; director, auditor, senior manager, dengan apa entah satu lagi

Ada la soalan yg kena kira-kira and fikir, aku tak ingat dah haha, tapi don't worry, it's doable. Yg 'susah-susah', susah sikit daripada contoh di atas tapi still simple la in shaa Allah. Yela, takkan la dorang nak kasi soalan ACCA kot masa assessment. Lagipun ni lepasan CAT/Diploma, takkan nak kasi case study pulak kan.

Tapi yang tak best nya, dia tak bagi langsung kau check balik lepas submit answers ~_~ dan macam biasa aku buat careless mistake bodo and dapat 25/30

T_T

It was a 30 MCQs test within 45 minutes kot. Kot la, aku pun tak ingat. Entah, tapi yang pasti lebih dari mencukupi la time yang dia bagi tu sebab aku duduk melangut lama gila lepas habis test tu, kalau nak gi breakfast pun sempat tau sementara tunggu semua orang habis.

Test ni guna computer. Lepas habis jawab tu, aku usha budak sebelah, sama je soalan kitorang cuma susunan soalan jela tak sama, so aku assume semua candidate akan dapat soalan test yg sama, bukan mcm CBE ACCA yg mana tetiap student dapat soalan berbeza,

Dapat average mark above 65% utk CAT and CGPA above 3.00 takkan dah lupa basic accounting kot, bukannya dia suruh buat cashflow ke consolidated financial statement ke variance analysis ke performance management ke apa ke.

Kemon, nak pursue ACCA kan! You can do this! Jiayou!

Cuma.... Kau cuma perlu risau macam mana nak elakkan buat careless mistake, tu je, sebab takleh check balik jawapan kau T_T

Aku rasa kitorang tak kena reasoning test tu maybe sebab kitorang masuk under kategori lepasan CAT/Diploma (PPAM B), bukan lepasan Degree. Degree kan more advance than CAT and Diploma. Maybe Degree kot yang dapat reasoning test. OR Peneraju/MyPac tukar assessment style for every intake. Maybe.

Anyhow, for future reference, please be prepared for both kind of assessments.

Kalau tetiba Peneraju (and MyPac) buat soalan susah untuk next assessment, ampun dan maaf zahir dan batin, maybe depa dah start making the questions harder lepas ter-baca entry ni.

:'3


English Test



Online test, MCQ jugak. One hour berapa minutes entah aku tak ingat.

Components tested :
- Grammar
- Listening (British accent. Senang je slang dia in shaa Allah sbb bukan Scottish/Irish. Boleh try latihan IELTS listening test sbg practice. Tapi kalau kau tak biasa, aku strongly suggest kau biasakan telinga kau dgn British accent)
- Understanding...? ok aku taktau nama dia apa, tapi dia bagi ayat and kau kena tau mamat dalam gambar tu maksudkan apa senanye bila dia cakap. Contoh macam ni :

"So how was it?"
"It was a piece of cake!"

What does it mean by 'a piece of cake'?
A - Not easy
B - Not enough
C - Not much
D - Not hard

Untuk English test ni, cuma MyPac / Peneraju je yang tahu markah kita. Lepas English test, dah boleh balik. Tapi sebelum tu kena submit dokumen yg dia dah mintak masa dia invite ikut email tu.


Stage 2 : Interview Day (May, 24th)

Ada la dalam 50-60+ orang kot yang sama-sama interview pada hari tersebut. Dan ada 2 orang interviewers. Kalau semua pass interview ni, semua akan berada under Peneraju, kecuali aku.

Sebelum aku sambung cerita, ingin aku tegaskan sekali lagi bahawa aku guna results AUSMAT utk apply, dan aku apply under MyPac, not Peneraju.

So apa significance aku mention pasal ni?

Since aku sorang je spesis pelik, compared to candidate lain yg merupakan lepasan CAT and Diploma, so aku punya application (/interview) akan diuruskan oleh MyPac, bukan Peneraju (test and interview sama je, cuma 'siapa' yg review je berlainan)

So semua candidate pada hari itu akan di interview oleh both wakil dpd MyPac and Peneraju (or maybe INTEC, aku pun tak pasti), kecuali aku di mana aku akan di-interview oleh both wakil MyPac, not Peneraju.

Plus, macam aku cerita awal-awal tadi, different sponsor = different bond after graduate

Oleh yg demikian, aku nak bagitau the difference(s) of the bond between MyPac and Yayasan Peneraju.

Peneraju
(1) Lepas habis ACCA kena kerja di Malaysia for the first 3 years. Tak kisah under government ke, swasta ke, syarikat daddy awak ke, asalkan kat Malaysia
(2) Kalau nak kerja oversea masa 3 tahun pertama lepas ACCA pun boleh, tapi kena make sure company tu Malaysia-based-company sahaja. Mana la tahu Kilang Adabi hire kau untuk kerja kat division dia kat Bangladesh ke kan, haa yang tu boleh lah. Tapi kalau kau nak kerja kat kilang Cadbury kat New Zealand, tak boleh sebab dia bukan Malaysia-based-company. Kena tunggu habis 3 tahun then only you can work there


MyPac
(1) Kena ikut MyPac punya programme selama 100 hours kalau MyPac panggil utk buat event apape. Contoh event : Promote ACCA, coaching, bagi talk etc.
(2) Tak kisah nak start join event time tengah jadi student ACCA or after dah habis ACCA, asalkan kau join 100 hours dgn MyPac. However need to complete those 100 hours within 5 years after completing ACCA
(3) Pasal kerja oversea, aku tak tanya pulak.


Since aku sorang je yg under MyPac, so Puan Seri Idawaty and Encik Ayub dpd MyPac yg interview aku time tu. Dan aku adalah orang first yg di-interview.

Kebetulan masa tu nama aku takde dalam attendance sheet, and MyPac tak jumpa dokumen yang telahpun aku submit masa assessment haritu. Cuak jugak la sikit sebab aku tak bawak original document, biasanya aku bawak softcopy document dalam pendrive just in case anything happen, tapi entah kenapa hari tu aku tak bawak. So aku pun tunggu jela Puan Seri tu kat situ.

"Haa ye awak, Aisha, yg apply guna AUSMAT kan, saya ada nampak dokumen awak, tapi tak ada pulak kat sini, maybe tertinggal kot. Awak punye ni under MyPac, bukan Peneraju mcm dorang ni, so MyPac sendiri yg akan interview awak. So, kalau macam tu... saya sendiri akan interview awak, ok takpe jom kita pergi kat situ, tumpang bilik interview. Jom jom, meh sini, meh."

"Haaa ok ok sat sat saya pi ambik beg sat."

"Haa pi pi ambik beg, pi pi."

Puan Seri ni friendly and peramah and comel :D

Nasib baik laa aku memang contact Puan Seri ni directly masa nak apply MyPac haritu. So dia tau la aku ni yg mana satu uhuk uhuk. And she was like... "Haa Aisha! I saw your document, I really did, maybe we left your document at the office"

Masa interview UiTM tahun lepas (sekali dengan orang Peneraju), ada 4 orang interviewer. Untuk kali ni, interviewer ada 2 orang je; sorang lelaki and sorang perempuan. Interview tu individually, bukan group interview sampai kena berebut nak cakap.


Ok. So...now kita proceed to soalan interview. Antara soalan yg aku dapat adalah :

1) Why ACCA

2) What paper have you completed?

3) SPM results (aku dah submit dah document tp time tu doc aku tu MyPac tak jumpa, and aku pulak tak bawak doc original uhuk uhuk, tu yg dia tanya tu)

4) Where do you take your ACCA?

5) How do you self-study?

6) Where did you take your exam?

7) Which part of Kedah do you live?

8) Family background

9) Where did you take your Ausmat?

10) How do you see yourself in 5 years

11) Why should we give you this scholarship

12) What did you do after Ausmat?

13) Are you planning to use OpenTuition if you're going to be studying in INTEC?

14) What's the link for the OpenTuition website? (semangat betul aku promote k sampai dia mintak link)

15) If you didnt get this scholarship what would you do?

16) Will you take classes or self-study for the rest of the papers?

17) Did you join anything during your secondary school?

18) Your secondary school?

19) How did you know about ACCA

20) Do you have a family member taking ACCA?

(soalan ni tak mengikut turutan)

Ada lagi kot rasanya soalan lain tapi tak ingat dah.

Ohye, jawapan aku malas nak taip, sorreh.

Btw, kalau kau nak prepare soalan utk tanya kepada MyPac (/Peneraju) at the end of the interview session, please cari soalan yg di luar kotak sebab soalan-soalan common in shaa Allah akan dijawap siap-siap semasa briefing Peneraju, so better prepare soalan pelik-pelik utk ditanya masa dalam bilik interview tu nanti (just in case kau nak tanya la, kalau taknak pun takpe)


Contoh soalan yg bakal dijawap siap2 semasa briefing :

Q : Bila dapat results interview
A : 3rd week of June (Tapi ada yang dah dapat results as early as June, 1st)

Q : Berapa paper kena ambik
A : 2 papers/sem

Q : Wajib ke OBU degree
A : wajib utk scholar Peneraju

Q : MPU subjects kena ambik ke?
A : Wajib

Q : Kalau nak transfer subject MPU tu drpd previous programme mcm diploma ke CAT ke, buleh dak?
A : Nanti tanya INTEC sendiri ye bila masuk INTEC nanti boleh tak buat camtu

Q : Bond lepas habis ACCA mcm mana
A : (Refer explanation pasal bond di atas)

Q : Kerja oversea?
A : (Refer explanation pasal bond di atas)

Q : Kalau failed jadi apa?
A : Peneraju akan bayar sampai second attempt je (kalau tak silap aku la). Kena complete within 3 yrs. Kalau banyak kali failed and memang nampak gaya takleh habis dlm masa 3 tahun, Peneraju akan stop taja and kena bayar balik sampai takat kau kena sponsor tu

Q : Buleh dak, kalau la saya dapat both offer kat INTEC and Sunway, saya nak bagi offer saya yg lagi satu tu kat kawan saya, kesian kat dia
A : ...........Takleh

Q : Buleh dak nak tukaq pi Sunway
A : Hang pi apply INTEC tu dah pasepa, mestila tak buleh

Q : Bila register masuk INTEC kalau dapat offer?
A : Lepas raya July, 18th

Q : Dapat elaun banyak mana
A : RM 550. And cover tuition fee, ACCA fee, accommodation

Q : Quota utk sponsorship ni ada berapa
A : 165 places (kalau tak silap aku, yang pasti seratuih lebih la)

Q : Betul ke takyah bayar balik lepas habis ACCA kalau pass semua first attempt?
A : Betul, tapi benda ni tak ditulis dlm agreement sbb atas budi bicara Peneraju. Sebab ada kes student tak pi kelas tapi masa exam dia pi and passed. So Peneraju rasa tak syiok la student buat cemtu wlpun dia passed first attempt. So Peneraju akan consider semua aspek regarding "tukar sponsorship kepada scholarship", contoh mcm hang pi kelaih dak, hang ni dok buat perangai loqlaq ka baguih ka etc

Q : Saya punya CAT tak habis lagi, lagi 2-3 minggu saya ambik final utk my last 3 papers. Camane? (time ni bulan May)
A : Kalau kau pass interview ni, nanti Peneraju akan kasi conditional offer letter. Kalau kelas ACCA start before results keluar, kau masuk je kelas tu dulu. Then lepas dapat results, kalau average kau above 65%, boleh teruskan belajar. Kalau tak, kena keluar uhuk uhuk.

(untuk June 2016 punya exam session, results keluar July 18th kan, and register INTEC pun July 18th, so aku tak rasa depa akan masuk kelas sebelum results keluar untuk intake kali ni)

Q :  Camane kalau tetiba saya dah masuk INTEC under Peneraju tapi tetiba macam nak amik degree pulak
A : Kau tulis surat kat Peneraju and bagi tau reason kenapa nak quit. Then kena bayar balik amount yg Peneraju dah spend sepanjang kau amik ACCA kat INTEC


Memandangkan aku adalah orang pertama yg pergi interview, dalam pukul 10.30 cemtu aku dah habis. Eh ke pukul 10? Entah tak ingat dah aku. Tapi yang pasti interview aku habis awal and paling lambat interview hari tu habis tengah hari cemtu, dalam pukul 1 lebih.

Awal kan aku habis :3 Masa aku interview untuk UiTM/INTEC untuk CAT dulu aku orang last kot yg habis ~_~ Sedih ok. Tak dapat pulak tu T_T

Lepas habis interview, aku tunggu kejap kat waiting room, sempat la kenal beberapa member baru kat situ and tanya dorang punya soalan interview.

So antara soalan yg dorang dapat ada la lebih kurang macam aku punya soalan kat atas tu, tapi ada jugak soalan-soalan lain yg ditanya. Contohnya macam...

1) Apa beza financial accounting and management accounting

2) Camane kau study masa CAT/Diploma dulu?

.......ok itu je yg aku ingat hahahaha. Sorreh eberibadeh.


Tak lama mana pun interview tu. Ok la, tak garang pun interviewer tu semua :D Tengok gaya macam semua interview rilek2 je, aku pun taktau camane dorang pilih student utk sponsorship ni huhu.

(Yela siapa jela aku ni pun sampai nak pergi tanya kat interviewer tu macam mana dia pass/fail kan student utk interview session. Kalau nak kata speak in english or confidence, nampak gaya mcm semua candidate macam ok je)

Member sebelah cerita, sorang interviewer tu pulak semangat promote Peneraju Skil apa entah aku pun tak ingat in the middle of the interview. Ada pulak yg tanya "Kakak awak (eh ke abang?) yg sulung umur berapa? Eh menyibuk pulak aku ni haha", sebab student tersebut anak second last out of 10, tu yg dia tanya tu. Kalau aku pun aku tanya jugak ~_~

Ada jugak yang tanya awat muka tak sama macam dalam IC ~_~ Kang cakap "Puberty hits me like a truck" kang cakap bajet pulak en. Nasib baik bukan aku yg kena soalan gitu

Lepas drpd interview tu, aku balik Kedah terus naik bas. Sementara aku tunggu makcik aku kutip aku dari INTEC untuk ke stesen bas, ada staff MyPac dok tunggu orang kat depan library. Tetiba dia tegur hai apa semua, lepastu dia kata "Awak Aisha yang tadi tu kan, haa dokumen awak ada tau senanye tadi, maybe Puan Seri tak perasan kot tadi masa dia cari dokumen awak. Kirim salam kat mak."

Aku pun sembang la kejap dgn dia. Tetiba lepastu aku rasa macam aku ni muka tak malu, "Puan, saya nak mintak email Encik Ayub boleh tak?" Siap mintak nama penuh lagi hahaha.

"Entah la, saya pun tak ingat nama penuh dia apa haha, orang panggil Encik Ayub je, awak panggil Encik Ayub je kat dia."

And malam tu (ok bukan malam tapi midnight actually) aku sent a thank you email to both of them sbb sudi interview aku :')

Results

Dengan dukacitanya, aku nak habaq yg aku tak dapat pun MyPac kali ni T_T Takpa lah tak dapat pun takpa lah, at least ada experience and boleh share dengan orang.

Untuk Peneraju, dia akan inform by email, kau dapat ke tak dapat ke, memang dia akan inform in shaa Allah (intake kali ni la).

Untuk MyPac, sepatutnya results keluar by 3rd week of June, tapi ditangguhkan ke 4/7. Then tangguh lagi ke 15/7. Dia kata nanti dia email, tapi sampai sekarang aku tak terima email T_T mungkin dia kesian kot nak say 'no' kat aku :')

Tak apa lah, maybe rezeki aku masa ACCA ni adalah self-study je. Untuk kali ni, aku ambik F5 (self-study) dan F9 (attend kelas kat Sentral College). F4 kemungkinan besar aku ambik yg global variant via self-study jugak. Malas gila nak ambik F4, sebab macam tak best -_-"

Aku decide untuk ambik kelas F9 sebab aku bosan dok rumah and F9 je yg sesuai dgn timetable aku. Lagipun, aku nak ada networking dan ni first time aku ambik PBE. Plus, F9 ni more kepada finance so aku rasa better aku masuk kelas.


All the best, people!