Pages

Saturday 31 December 2016

Steps To Do Self-Study for ACCA Newbies




Banyak email yg aku terima and tanya pasal macam mana nak buat self-study ACCA, macam mana nak register, macam mana nak ambik exam, jadual belajar, kiranya macam step-by-step apa benda nak kena buat.

Aku pun dah tak ingat sama ada pernah share ke tak pasal cara nak register, cara nak ambik exam, cara bayar etc kat dalam previous entry, rasa macam ada tapi maybe sebab terlampau panjang dan sikit kat situ, sikit kat sini, so aku decide untuk buat satu entry khas untuk 'Self-study for ACCA Newbies' ni.

Aku bagi langkah-langkah 1 2 3 4 jelah terus, senang untuk semua orang baca, ok?

1) Decide sama ada nak ambik CAT/ACCA or Diploma/Degree/Matrik/Asasi/STPM etc.

Kalau tanya aku prefer yg mana, of course aku jawap aku prefer buat ACCA terus sebab itu adalah apa yg aku buat sekarang ni. Tiap-tiap orang berbeza (bergantung kepada kemampuan diri, kewangan, time constraint, notes and resources, environment, study style, language), so tak semua benda adalah sesuai utk semua orang. Awak sendiri fikir pros and cons, and decide sendiri ya? :)

Untuk orang yg nak ambik ACCA tapi dah ada diploma/degree/matrik/foundation/STPM, check dengan ACCA terlebih dahulu sama ada layak tak untuk gunakan korang punya diploma/degree/matrik/foundation/STPM tu sebagai entry requirement, dan layak tak untuk dapatkan paper exemption, so tak perlu buat CAT or Diploma Akaun.

Cara check ialah dengan tengok kat bahagian entry requirement, refer SINI atau kau boleh scan transcript kau dan email kepada ACCA terus.

2) Decide untuk self-study or masuk kolej?

Kalau nak self-study, boleh proceed untuk baca. Kalau nak masuk kolej, tak payah baca (bukan aku acah-acah halau readers tau tapi step ni nanti akan diterangkan oleh kolej hangpa nanti kalau hangpa decide nak masuk kolej, tapi nak baca pun takpa, digalakkan)

3) Register di website ACCA

Boleh register nama korang di website ACCA di sini. Pepandai la kau baca situ step-by-step online registration dia, simple je, macam mana nak register facebook, hah cemtu la register ACCA ni, cuma kena ada supporting documents macam
- scanned passport picture
- scanned IC (passport pun boleh)
- scanned SPM (if you want to register for CAT and want to get exemption for FA1 memang kena upload la, kalau taknak exemption or tak dapat exemption, takyah upload SPM pun takpa)
- scanned academic transcript of your diploma/degree (if you are applying for ACCA)

4) Bayar registration fees

Perlu dibayar semasa kau buat online ACCA registration. Then dia akan kasi email and kau kena bayar fees sebanyak £79 secara online di MyACCA (kiranya macam kau punya student portal la benda ni). Guna debit card boleh, credit card pun boleh.

PENTING!
- Kalau kau register sebagai student ACCA latest by 9 May 2017, kau kena bayar registration fees + annual fees (aku akan explain pasal annual fees kat bawah ni di langkah yg ke 7), iaitu £79 + £95 = £174 
- Kalau kau register selepas 9 May 2017, kau cuma perlu bayar registration fees sahaja, iaitu £79.

5) Belajar sendiri / Self-study

Ok. Sekarang ni kau kena tahu 
- berapa paper kau kena ambik untuk CAT/ACCA kau, 
- paper apa nak kena ambik, 
- dan bila exam supaya senang untuk kau plan study kau

Untuk yg tak reti nak plan untuk ambik paper apa, just tengok kat mana-mana website kolej and usha depa punya timetable/bilangan paper per semester/berapa lama perlu di ambil untuk satu paper.

Senang cerita cemni...

Untuk CAT
- aku suggest 1 tahun untuk completekan, paling lama pun 1 tahun setengah, ikut la mana-mana yg kau suka, nama pun self-study kan, so flexible la hehe

Untuk ACCA
-  for full-time students, at least 2 papers for 6 months (ikut suka nak buat 2 papers for 6 months or 1 paper for 3 months sebab exam session ada 4 kali setahun). Kalau nak buat lebih pun takpe, maximum 4 papers per exam session
- part-time students pulak, at least  1 paper for 6 months

Estimated Duration
- Lepasan Diploma akaun, normally ambik ACCA dalam 2-3 tahun as a full-time student
- Lepasan Degree akaun, normally 1-1.5 tahun as a full-time student
- Lepasan Matrik/STPM/Foundation/, normally 2.5-3.5 tahun as a full-time student

Buku teks
- Ada 3 publishers yang ACCA kasi Platinum status; BPP, Kaplan and Becker (publisher lain pun ada jugak macam GTG, Emile Woolf etc tapi bukan platinum lah)
- Nak senang faham, guna Kaplan. Nak buku yang banyak details, beli BPP. Becker pulak tulisan dia besaq, senang nak baca hahaha
- Tak wajib ada pun takpe sebab boleh refer nota di Opentuition.com je

Revision kits
- Revision kits ni kiranya macam buku latihan la, pun sama ada 3 publishers yg famous; BPP, Kaplan and Becker.
- Untuk student CAT, wajib ada sebab ianya sangat membantu dalam menjawab exam (tapi tak la sampai menyalahi undang-undang kalau tak beli, satgi hang nangih pulak kalau tak beli gara-gara aku kata wajib -_-)
- Untuk student ACCA, tak wajib sangat sebab kau ada Past Year Questions from ACCA website untuk kau guna sebagai latihan. Tapi kalau beli, baguih la sebab ada MCQs dalam revision kits tu, FYI dalam Past Year Questions tu ACCA tak boh banyak sangat soalan MCQ so mana lagi nak korek contoh soalan MCQs kalau bukan kat revision kits
- Aku tak beli pon haha



Study/lecture/video resources
- bukak je opentuition.com, complete in shaa Allah, TAPI lecture videos yg dia upload adalah hanya untuk ACCA sahaja, untuk CAT tak ada. So pandai-pandai la kau cari topik CAT di dalam lecture video ACCA (sebab topik dalam CAT ni ada overlap dengan certain syllabus dalam ACCA)
- boleh jugak try acowtancy.com untuk buat latihan. Aku jarang guna tapi orang cakap best jugak website tu

Pembelian buku
- Kalau nak buku baru, boleh cari di kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular. Kedai lain aku tak pasti, and mahal la sikit, beratus
- Kalau nak yg secondhand, boleh usha kat Mudah.my and Apps Carousell. Ada je aku beli dari situ.

Tips : 
- Untuk buku CAT, boleh usha masa students baru habis exam, contoh macam bulan June/July, December/January.
- Untuk buku ACCA, boleh usha masa students baru dapat results. Results normally keluar 16-18hb of January, April, July, October. 

Why? Of course la orang akan jual buku lepas depa passed their exam hehe.

Past Year Questions
- Only available for ACCA, not CAT
- Free download di website ACCA

Technical Articles
- Sangat membantu untuk kau memahami topik-topik dalam syllabus ACCA
- Aku biasanya guna untuk pahamkan part-part yg aku memang tak faham, and untuk jawap soalan yg berbentuk essay.

Tempat tanya soalan kalau blur
- Boleh tanya kat AskTutor di opentuition.com, kat situ lecturer yg record video lectures for opentuition yg akan jawap persoalan kau, dan biasanya depa akan reply dalam masa 24 hours.
- Aku selalu tanya kat OpenTuition.com



6) Register exam

Exam terbahagi kepada 2;
- Computer-based-exam (CBE)
- Paper-based-exam (PBE)

CBE
- Untuk CAT, hanya available untuk FA1, FA2, MA1, MA2, FAB, FMA, FFA sahaja
- Untuk ACCA, hanya available untuk F1, F2, F3 dan F4 for Global and English Variant.
- CBE centre boleh dicari melalui apps ACCA (kau download je kat fon), or kau boleh refer sini
- Lepas pilih CBE centre yang paling kau berkenan, kau contact dorang (tepon boleh, email boleh, pi kaunter pun boleh) and tanya macam mana nak ambik CBE kat tempat dia, berapa harga exam untuk paper yg kau nak ambik dan bila boleh ambik exam. Jangan lupa mention yg kau ni self-study sebab ada yg kasi harga berbeza untuk student kolej dia and orang luar.
- Ada yg suruh bayar cash kat kaunter and isi borang di kaunter dia, and ada jugak yang suruh email je and buat online banking. Depends pada kolej tersebut.
- Then kau set lah tarikh mana kau nak, or dorang akan tolong set-kan tarikh bagi pihak kau berdasarkan bulan bila kau nak ambik exam (depend la pada kolej tu)
- Ingat, exam fee untuk CBE ni bayar kepada CBE centre (a.k.a kolej), bukan bayar online kat myACCA.

PBE
- Untuk CAT, ianya available untuk FTX, FFM dan FAU, dan jugak siapa-siapa yg takmau buat CBE untuk FA1, FA2, MA1, MA2, FAB, FMA, FFA.
- Untuk ACCA, ianya available untuk F4 (selain global and English Variant), F5-9 dan P1-7.
Untuk F1-3, dan F4 (Global and English Variant) pun ada jugak PBE untuk siapa-siapa yg takmau buat CBE.
- Register exam di myACCA dan bayar online di situ jugak. Pilih exam hall pun kat situ jugak. Tapi ada kemungkinan yg tempat kau pilih tu dah penuh so ACCA akan kasi hall yg lain yg berdekatan. ACCA akan inform pasal ni masa kau download exam docket (kiranya macam pass masuk exam la lebih kurang) 3 weeks before the exam date.
- Bayar exam fees guna debit card or credit card

7) Annual Fee

Annual fee adalah subscription fee yg wajib dibayar kepada ACCA annually sebelum 1 January setiap tahun. Boleh bayar kat myACCA menggunakan debit card or credit card.

Annual fee utk 2017 perlu dibayar sebelum masuk tahun baru 2017, iaitu latest by 1 January 2017. Kiranya macam kau kena bayar dulu annual fee then only kau boleh menikmati tahun tersebut.

Kalau kau register sebagai student ACCA latest by 9 May 2017, kau kena bayar registration fees + annual fees iaitu £79 + £95 = £174.

Kalau kau register selepas 9 May 2017, kau cuma perlu bayar registration fees sahaja, iaitu £79. Annual fee untuk tahun 2017 kau takyah bayar lagi sebab hang masuk pun nak dekat tengah tahun dah, nearly setengah tahun dah pun, so ACCA macam kesian kat kita la kot, kot laaaa, haha. So tahun 2018 baru hang bayar annual fee buat julung kalinya.

Annual fee perlu dibayar latest by 1 January dan ianya tidak dikira mengikut 'setahun dari tarikh kita register', kerana ianya dikira dari 1 Jan - 31 Dec terus.

* * * * * * * * * * * *

Aku rasa tu adalah sedikit sebanyak main guideline yg aku rasa paling asas korang kena tau as a self-study student. Boleh refer website ACCA kalau nak tau lebih lanjut dan mendalam.

Siapa-siapa ada pertanyaan, boleh email and tanya or share kat cardiganmerah@gmail.com :) 
Tapi kalau soalan redundant yg selalu aku mention dlm blog, haa yg tu takyah la tanya na -,- haha

All the best, and happy new year!