Pages

Thursday 30 April 2015

Terlepas interview

Hari ni dah 30 April 2015. Khamis.

Aku ada apply untuk ambil CAT-ACCA di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur dan di UiTM. Apparently, dua uni/kolej ni je yang aku apply untuk sambung belajar balik nanti in shaa Allah.

So offer letter untuk KPTM aku dah dapat masa aku tengah busy setel barang, Uni dan bank itu hari. Now just tunggu untuk panggilan interview UiTM pulak.

Hari Isnin 27 April 2015 hari tu aku tergerak hati untuk check website UiTM. Rupanya panggilan interview UiTM dah boleh disemak pada 10 April, dan aku kena panggil interview pada 15 April.

Ye. Aku terlepas interview. Kahkahkah

Aku tak sangka pulak yang panggilan interview tu boleh disemak secepat tu, sebab aku send document pun masa 3 April 2015 (due date 4 April). Rupanya 6 hari selepas due date dah boleh check -,,-'

Tapi kan... Kalau aku check awal sekali pun, aku bukannya ada pun kat Malaysia time interview tu. Tengah transit 12 jam kot time tu -,,-

Hm. Maybe sebab tu jugak lah kot Allah tak gerakkan hati aku untuk check website UiTM, takut nanti aku ralat or tak sedap hati sepanjang 10 hari kat sana T_T

Tapi takpa, lek lu. Kita email depa dulu tengok lagu mana, buleh ka dak kalau nak mintak interview lagi, wahaha.

So.. depa kata apa?

Depa kata nanti hari Khamis ni depa akan bagitau pasal tarikh temuduga terbaru.

Okay takpa kita tunggu....

So sekarang ni dah hari Khamis, dan dah petang. Dan ini adalah email yang aku dapat,


"Assalamualaikum

Untuk makluman, disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, IPAC Education akan menunda tarikh temuduga untuk sesi kedua mengikut ketetapan berikut:


Tarikh : 7 Mei 2015 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran)
Alamat : DK1, Ground Floor, Menara SAAS
  Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS),
                  Faculty of Accountancy,
                  Universiti Teknologi MARA,
                  40450 Shah Alam, Selangor


Bawa bersama sijil asal dan salinan (disahkan) bagi dokumen berikut:

a. Kad Pengenalan
b. Sijil Lahir
c. Kad Pengenalan & Sijil Lahir waris
d. SPM/STPM/Diploma/Ijazah dan lain-lain
e. Dokumen-dokumen yang lain


Segala kesulitan amatlah dikesali, Sekian terima kasih."


Semoga Allah permudahkan.

Tuesday 28 April 2015

10 Hari

Mid April hari tu aku balik sana kejap untuk setel barang, Uni dan bank.

Tak lama mana pun, ada la dalam 10 hari aku kat luar Malaysia. Tolak transit segala, ada la dalam seminggu kot aku stay sana. Bertolak 14 April petang, sampai sana 16 April, pagi.

Beli tiket lambat la juga, sehari sebelum GST. Kalau bukan sebab GST, rasanya sampai ke sudah aku tangguh tarikh beli tiket.

Stay kat rumah kawan, jadi tukang masak dinner diorang selama seminggu.
Sempat la jugak ambik measurement badan kengkawan, kot-kot diorang nak tempah baju kat aku ke apa ke senang la bila dah ada measurement. Hehe.

Untuk urusan bank, aku setel dua hari sebelum balik. Malas nak setel awal-awal sebab malas nak carry cash banyak-banyak awal-awal. Ingat nak buat traveller's cheque, tapi bank tu tak buat service tu.

Tadi pakcik aku tanya, "Kenapa tak buat bank draft?"

T_T Mana nak tau.

Bergetar jugak la kuku ni pegang cash banyak-banyak.

So urusan Uni pulak? Aku assume kita kena pergi Uni untuk tutup akaun uni ke student mail ke apa ke, rupanya tak payah buat apa-apa.

"Do I need to do anything, I mean, the procedure, if I wanna stop studying here? I have cancelled my programme last February, so do I need to sign anything off, or cancel my account or something like that..?"

"Nope. You're fine. You don't have to do anything. The enrollment is completed every year, so if you don't want to enroll, then you don't have to do anything."

"But I will be back to Malaysia and won't be coming back here anymore..?"

"Yep, you don't have to do anything."




Like seriously dia punya procedure simple macam tu? Tekan button 'cancel programme' and everything is settled?

Gila senang.