Pages

Wednesday 15 June 2016

ACCA Exam Paper : F1 & F2

So, 6 and 7 June haritu aku ambik CBE untuk paper F1 and F2. Aku dah clearkan F3, so aku kena clearkan F1-2 before aku 'officially' masuk Fundamental stage  F4-9 (bagi aku, F1-3 ni mcm foundation je, bukan level F (Fundamental) lagi sebab F1-3 ni belajar masa diploma/CAT)

F1 - FAB : Accountant in Business
F2 - FMA : Management Accounting

Oh ye, untuk F1-3, tak kisah ambik yang mana dulu pun asalkan habiskan F1-3 before ambik F4-9. Contoh mcm aku, aku ambik F3 dulu before 1-2. Then, kena habiskan F4-9 before ambik Professional level.

So.. Seperti mana dalam entry F3, aku self-study jugak untuk both papers yg aku ambik kali ni. Aku bukan lah good student pun tapi aku nak share apa yang aku buat untuk passed the exam by self-studying. Just in case ada yg tak tahu self-study tu apa, self-study tu macam kau belajar sendiri tanpa attend any formal classes/uni/college.

F1 - FAB : Accountant in Business

Textbook

Aku guna course material daripada Sunway TES. Aku beli dari sorang budak Sunway kat Carousell (apps untuk jual/beli barang secondhand). Aku beli RM2 je haha. Ayat dia simple dan senang dihadam untuk orang yang malas membaca macam aku. Aku lemah bab-bab menghafal dan membaca, so memang tak ah aku nak baca buku BPP tu. Ada je buku BPP tapi tak guna pun (maybe guna 5% je kot haha)

Kadang tu aku guna jugak nota OpenTuition.com. Jarang dengan video lecture dia untuk F1 ni sebab suara Grommit (orang yg kasi lecture)  tu terlalu perlahan bagi aku sampai aku kena tonyoh earfon masuk terjerobos ke dalam lubuk lubang telinga. Kalau boleh sentuh gegendang telinga memang aku nak kasi sentuh. And dia cakap mcm tak bukak mulut T_T tu bagi aku la, taktau la orang lain cane huhu.

Practice Questions
- Exam Kit Kaplan, BPP
- Mock Exam dari OT
- Exam specimen kat website ACCA
- MTQ daripada website ACCA
- Examiner's reports

Dan aku tak beli pun practice questions ACCA yg 3 set berharga  £14 tu.

Study Style
Aku sangat tidak menggemari theoretical papers so aku sangat mengantuk bila study paper ni. Sepatutnya sebulan sebelum dah kena fokus kepada buat soalan, tapi since aku jenis tak suka menghafal and membaca, so bila buat latihan memang akan banyak salah. So aku lebih fokus kepada membaca compared to buat soalan (maybe ni kot yang contribute kepada markah rendah aku T_T)

Exam Questions
Markah aku rendah, agak sedih jugak bila tengok balik. Awal-awal dulu aku target 85+ tapi bila dah tahu paper ni macam mana, aku target lulus 50% je hahahahahahaha. Tapi since aku target lulus je, so bila dapat lebih daripada 50% tu aku rasa mcm bahagia gila haha, padahal markah rendah kot -_-

So apa yg susah sangat pasal paper ni?

Actually paper ni tak susah pun, senang je sebenarnya, bagi orang yg minat. Kebanyakan budak akaun suka mengira dan tak suka menghafal/membaca, sebab tu la kitorang rasa mcm paper F1 ni susah. Sebab kena belajar benda yg tak minat iaitu membaca/menghafal. Btw, paper ni 100% teori

Teori = Tak minat = Bosan = Mengantuk = Tak suka study = Kurang penekanan = Tak score

Bila tak score, orang akan associate itu sebagai susah. Padahal tak minat, bukannya paper tu susah gila-gila ke apa ke.

Ohye pasal exam questions.

Soalan dia simple je, pendek-pendek je, tapi jawapan dia confusing macam nak ambik exam English Comprehension pun ada jugak. Untuk makluman kalian, soalan exam kit BPP agak complex dan jawapan dia membuatkan kita rasa mcm kita kena berfikir di luar kotak, pemikiran simple-simple ni tak relevan dalam exam kit BPP sebab soalan dia pun mcm agak berbelit sikit, sikit jela tak banyak.

Tapi bila kau jawap exam, soalan dia tak macam dlm exam kit pun, tak se-complex itu pun, tetapi ianya adalah soalan simple dan Senang la kita nak tau apa yg soalan tu nak, so kau akan tertanya-tanya, like.... soalan simple macam ni memerlukan aku fikir secara kompleks dan unik ke camane? Masa buat exam kit, aku fikir simple-simple, salah, sebab kena fikir dari segala sudut. Tapi soalan final exam ni pendek-pendek je, senang faham, takkan kena fikir di luar kotak jugak kot, hmm tapi kalau fikir di luar kotak, takut pembuat soalan tu kata 'Eh budak ni soalan simple pun dok pikiaq teghok-teghok padia'.

Ni bagi aku la taktau la orang lain camane.

Lagipun aku kan tak minat subjek-subjek bisnes ni, sebab aku rasa paper ni mcm paper common sense, so semua pilihan jawapan dia aku rasa mcm betul.

Tapi, agak ah paper business ni paper common sense, sengaja pengasas teori ni semua suka bagi nama and definisi untuk setiap perkara -_- common sense kot benda-benda fraud, motivation, learning etc. Yang paling tak boleh blah, ada satu subtopic dalam paper F1 ni aku pernah belajar masa ambik paper Psychology masa Degree dulu -_- Urgh whut iz diz mayn?!


* * * * * * * * * * * * * * * * * *

F2 - FMA : Management Accounting

Textbook
Aku tak guna buku teks langsung. Just guna OpenTuition.com punya notes and video lectures sahaja untuk completekan the whole ACCA syllabus. Bagi aku, video lectures OT ni sangat bagus untuk orang yang tak suka membaca buku tebal-tebal sebab bila aku baca buku teks BPP tu aku tak faham amende -_-

OT ni hanya berguna kalau kau guna video lectures dia sekali dgn notes yg dia kasi. Kalau kau baca nota dia je tanpa tengok video, in shaa Allah takde function. John Moffat yang cakap cemni, bukan aku, tapi memang betul pun apa yang dia kata.

Namun begitu, aku baru perasan dalam website OT, dia mengatakan bahawa OT ni cuma prepare kau untuk passed the exam, bukan untuk dapat markah tinggi-tinggi sampai 100%.

Masa aku exam hari tu, Margaret (orang Sentral College yang jaga exam time tu) ada bagitau kat aku yang BPP is a good textbook, sebab dia bagus untuk teori. Yela BPP kan penuh dengan perkataan dan karangan berjela, aku pulak allergic membaca and menghafal so memang tak laa aku nak bukak buku tu walaupun ada depan mata.

OT is good to teach you on how to do the calculation part and give you the basic understanding to pass the exam, while BPP pulak memang complete dengan calculations and teori berjela yg aku alergic tu. Tapi OT pun dia bukannya tunjuk calculations je, dia akan explain jugak this and that and why and how. So basics kau in shaa Allah boleh faham dengan strong.

Practice Questions
- Exam Kit Kaplan, BPP,  GTG
- Mock Exam dari OT
- Exam specimen kat website ACCA
- MTQ daripada website ACCA
- Examiner's reports

Dan aku tak beli pun practice questions ACCA yg 3 set berharga  £14 tu.

Inquiries
Aku tanya member, tak pun aku tanya John Moffat kat website OT. Laju dia reply, within 24 hours. Tengok la, kalau time tu dia tengah tido, besoknya dia reply ah. Kalau dia tengah free, dalam beberapa jam jela dia reply. Tak lama pun tunggu.

Amboui gaya aku cakap serupa dia pakcik sebelah umah je


Study Style
Aku cover syllabus one month before the exam. Since aku ambik both F1 and F2, so aku alternate this week F1 and the other week is for F2. Buat exam kit BPP for each topic after finished the syllabus of each chapter.

Aku ambik F1 (Isnin) dulu then only F2 (Selasa), dan exam adalah hari bersebelahan, so Isnin malam Selasa tu aku tak study langsung F2 sampai la exam besoknya sebab aku mengantuk stay up untuk F1 pada malam sebelumnya haha. So aku tido je lepas exam F1 tu hahaha.

Aku pun takdelah jenis tak tengok movie langsung, tengok je tetiap hari Running Man tu hihi. Just kena bahagi masa la.

Exam Questions
Aku taktahu apa benda yang susah. Aku rasa macam ok-ok je, tapi takleh score tinggi. Soalan dia consist of 70% theory and 30% calculation. 

Iye mostly teori. Dan aku lemah bab-bab teori. Maybe sebab tu kot takleh score tinggi. Soalan calculation sikit sangat, kertas conteng pun aku tak guna sangat pun, mostly just conteng untuk tulis soalan mana aku blur and confuse jawapan -_-

Section B yg MTQ jela kot yang banyak calculation. Bagi aku, aku rasa aku hilang banyak markah kat chapter Performance Management. Maybe sebab aku terlalu fokus kepada calculation part and pay less attention on the theory part, tu yang buat markah aku hilang

Soalan dia tak susah, cuma aku je confuse sikit. Takdela kena fikir teruk-teruk pun, hm entah lah. 


Exam Fee and Venue for Both Papers
RM560/paper kat Sentral College as non-Sentral student
Fill up the form which can be obtained from the receptionist.
For June exam, complete the form and payment by April 15th

* * * * * * * * * * * * * * *

Setiap kali aku habis exam, Margaret akan datang kat aku and tanya aku dapat berapa dalam keadaan yg excited sambil tanya macam mana aku study, buku apa aku guna dan sebagainya. Maybe sebab aku self-study and aku sorang je Melayu kat situ. Yang lain semua chinese. 

Untuk kalian yang dok anggap chinese ni pandai ke genius ke apa ke. percayalah depa pun macam kita. Aku kan keluar last sekali so aku tengok la markah depa sorang-sorang sebab Margaret tu pegang senarai markah semua orang yang ambik exam. 

Chill, kita sama hebat dengan depa. Ini serious.