Pages

Wednesday 9 December 2015

Result Sem 1 CAT-ACCA

So, hari ni adalah last paper untuk exam CAT-ACCA bagi sem 1.

2 paper yang aku ambik adalah MA1 dan FA2. Both papers adalah CBE (Computer-based-exam). 
Suasana dia lebih kurang macam nak ambik test untuk driving license.

Paper MA1 bagi aku senang lah jugak sebab soalan dia ala-ala dalam Exam Kit BPP and Kaplan. (KPTM guna buku BPP, INTEC and Sunway guna buku Kaplan). Kalau buat banyak latihan, in shaa Allah boleh jawap dengan sukacitanya.

FA2 pulak lain ceritanya.

Soalan dia a bit tricky, tak macam dalam buku BPP or Kaplan. Kalau tak ada rasa iman dalam diri ini, boleh menyebabkan kau menyumpah-menyeranah.

K exaggerate sahaje. 

BPP punya soalan senang, Kaplan punya soalan susah sikit, tapi final exam FA2 memang kita tak pernah jumpa lagi style soalan dia.
Kena banyak berfikir lah sikit, and tak straight-forward. So biasanya students akan terkejut masa jawap FA2. Contohnya, aku.

Aim aku adalah untuk dapatkan World Prize Winner untuk setiap sem bagi setiap subject, ie, the highest mark dalam kalangan semua students yang ambik paper tersebut. Tapi apakan daya, rezeki World Prize Winner masih belum sampai.

Ohye, siapa-siapa yang nak masuk KPTM KL sebab nak loan MARA, sampai sekarang application tak bukak-bukak, padahal dah habis sem 1 dah pun. So, bersedia untuk guna duit sendiri dulu.

Kepada lepasan SPM nanti korang jangan lupa apply Peneraju tau. Peneraju sangat best ok. Part paling best adalah apabila dorang hantar students kat Sunway. Sunway adalah tempat yang sangat daebak untuk ACCA. Even budak KPTM pun, lepas habis CAT, mostly dorang akan menuju ke Sunway.

Alang-alang kau nak bayar mahal untuk ambik kos CAT-ACCA, biar ambik kat swasta yang best. Baru berbaloi. Tu kalau sendiri bayar la, kalau nak loan, tunggu MARA or Peneraju.

So sekarang aku tengah tunggu application MARA untuk buka. 

Dan harap-harapnya awal tahun depan dah boleh apply.



12 comments:

  1. Berapa harga perlu bayar setiap sem ? Kalau ade peneraju dia support semua nya kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuran program berbeza ikut kolej/uni. Kalau KPTM, sem 1 RM 3740, sem 2 RM 2730, sem 3 RM 2240. Fee utk ACCA pulak boleh refer kat website ACCA utk each paper.

      Ya Peneraju akan support semuanya kalau awak under Peneraju.

      Delete
  2. Assalamualaikum akak, masa akak apply kptm ni, duration akak tahu akak ditawarkan kat kptm berapa lama eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tak ingat tapi rasanya utk July intake, dlm awal May kot akak dapat tawaran tu.

      Kalau apply last minute, maybe esok lusanya dah boleh check sbb akak pernah apply last minute utk Jan intake, besoknya dah dapat tawaran, tp tu Jan intake la. Kalau July intake maybe dia nak selaraskan utk semua orang so dlm May gitu.

      Kalau lepas requirement, in shaa Allah dapat :)

      Delete
  3. Akak... Intec ke sunway lagi bagus.... Bkn intec ke since diorang dari uitm... Tp knp akak ckp sunway... Intake untuk sunway dah lepas kalau peneraju la uhukkk ��������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Both bagus jee :) Akak sebut sunway sbb time tu akak fokus yg private uni/kolej yg sape2 je boleh masuk, hehe. Kalau mcm intec kan ada interview so probability utk be accepted tu tak semua org adalah sama. Plus, time tu kawan2 pun asyik mention pasal Sunway so otak mmg ingat Sunway jela hehe. Tp kolej lain pun best jugakk, bukan Sunway je, it depends :) Intec pun platinum status. Kolej lain pun sama, ada jgk platinum selain dpd intec and sunway :)

      Delete
  4. assalammualaikum, kak... saya dapat tawaran ke kptm utk program CAT-ACCA selama 1 1/2 tahun.. saya ade terbaca blog akak, katanye kalu 1 1/2 tahun mcm rugi... rase mcm lama pulak kat situ... kalu boleh nak 1 tahun je kat kolej swasta... in shaa allah parents saya mampu biayai program CAT-ACCA kat kolej swasta... pendapat akak mana yang better??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      Kalau mcm tu, better pergi yg setahun punya. Banyak lagi tempat lain yg offer cat-acca setahun. Kalau results awak bagus masa spm dulu, boleh mintak tuition waver dpd uni/kolej tersebut based on bilangan A yg awak dapat masa spm :)

      Senarai kolej/uni yg offer cat-acca boleh refer kat entry akak yg Tuition Fee Mahal Teruk. Situ ada akak includekan fees bagi setiap uni/kolej.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Tanya kawan kalau tak faham, belajar secara konsisten wlpun sikit, tak study last minute, buat latihan banyak2, sebelum exam jangan stay up malam sbb nak dpt tidur yg cukup. Plg penting adalah buat latihan drpd pelbagai buku sampai muak

      Delete
  6. Assalamualaikum akak..exam fa2 lebih susah ke daripada soalan kaplan?..

    ReplyDelete
  7. Very helpful suggestions that help in the optimizing website. thank for sharing the link.
    หนังตลก

    ReplyDelete