Assalamualaikum.
Dah berapa lama entah tak jenguk blog ni. Konon nak jawap email and komen hangpa semua tapi sampai ke sudah tak jawap-jawap. Kalau jawap pun, slow.
Sorry naa.
Nak bagitau, aku baru kawin bulan 10 haritu :) Sabtu ni kenduri belah laki aku.
Saja teringat nak update blog sebab masa pi jumpa person-in-charge utk majlis kali ni, dia suruh isi borang atur cara majlis dan salah satu soalan dia ialah 'detik perkenalan'.
Bila orang tanya, kami biasanya bagitau yg kami kenai melalui kawan. Tapi kalau nak cerita panjang, start nya adalah melalui blog ni. Hahaha. So buat la blog, mana tau kot-kot bertemu jodoh kat blog. Baru la berilmiah sikit dan tak segan nak bagitau hang kenai ikut internet wkwkwkw.
Email-email yg hangpa hantaq tu, kadang-kadang laki aku yg jawap kan sbb dia lebih mengetahui kalau bab-bab degree and pekerjaan.
Sebelum ni blog aku adalah mengenai tips ACCA, pastu tetiba rasa mcm nak buat tips pasal preparation kawin dan cara jimat. Pastu tetiba rasa malas hahaha.
Ok la nak bagitau tu je.
Ohye, aku tak habis lagi ACCA. Masih F papers. Aku failed F8 (audit) 2 kali dan F6 (tax) sekali. Audit failed sbb paper tu bosan, aku tak suka paper tu dan kurang pemahaman tentang cara nak jawap. Tax tu aku failed sbb aku tak sempat study, busy kerja.
Sebelum ni ayah yg hantaq pi exam centre. Sekarang laki aku pulak hantaq. Thank you ayah sebab hantaq kakak pi exam lepastu belanja mi sotong :')
Sorry takda new updates tentang ACCA sebab dah lama tak ambik tau tentang scholarship/study/news ACCA. And thank you for still reading my blog :)
P/s : Bunga teloq dgn baju nikah aku buat sendiri okay. Bilik pengantin pun sendiri. Pelamin je upah orang. Saja nak bangga :p
Hai, Aisha. Saya baru habis baca blog awak dari awal. Terima kasih sangat2 buat blog ni. Mula-mula blur flow ACCA macam mana. Dah baca blog awak, barulah terang mata hati.
ReplyDeleteSaya umur 27 tahun ni. Tiba-tiba terdetik nak ambil ACCA lepas lima tahun kerja dalam bahagian kewangan. Seronok kalau tahu lebih mendalam bidang pekerjaan ni. Mula-mula kurang keyakinan jugalah. Umur dah nak tiga dekad haha. Dulu saya ambil Diploma dalam Pengurusan Risiko, grad tahun 2015. Baca blog awak sedikit sebanyak, naik semangat ini.
Terima kasih sekali lagi. All the best!
Sama lah kita, saya pula Grad Diploma Sains tahun 2015. Tahun ni pula dah umur 28. Baru terdetik dan ada kesedaran, pendedahan jelas tentang laluan kerjaya, perakaunan ni..
DeleteMungkin cadang nak ambil CAT FIA 2-3 tahun lagi, nak belajar all out dulu through opentuition, kumpul duit yuran n all that, then baru proceed ambil exam CAT. Cadang mahu dapatkan juga ACCA dan title CA tu sebelum menjengah usia 40.
Hopefully semuanya masih belum terlambat lagi untuk kita..
Usia bukan ukuran.. Yang penting semangat untuk belajar dan jalan terus.. Saya do'akan kita sama-sama berjaya.
Sama lah kita, saya pula Grad Diploma Sains tahun 2015. Tahun ni pula dah umur 28. Baru terdetik dan ada kesedaran, pendedahan jelas tentang laluan kerjaya, perakaunan ni..
ReplyDeleteMungkin cadang nak ambil CAT FIA 2-3 tahun lagi, nak belajar all out dulu through opentuition, kumpul duit yuran n all that, then baru proceed ambil exam CAT. Cadang mahu dapatkan juga ACCA dan title CA tu sebelum menjengah usia 40.
Hopefully semuanya masih belum terlambat lagi untuk kita..
Usia bukan ukuran.. Yang penting semangat untuk belajar dan jalan terus.. Saya do'akan kita sama-sama berjaya.